Thursday, 3 December 2015

IKTIBAR DARI PENJALA DAN PEMANCING IKAN

IKTIBAR DARI PENJALA DAN PEMANCING IKAN Ketika berdiri ditepi pantai suatu pagi,saya lihat seorang penjala ikan di arah kiri saya dan seorang pengail di arah kanan saya.Penjala ikan itu berulang-ulang menebar jala dalam laut luas,walau tiada apa yg tersangkut pada jalanya,dia terus menebar lagi jalanya.Pemancing itu pula saya lihat berulang kali membaling umpan ke tengah laut, walau tiada ikan yang meragut umpan,dia terus membaling umpan lagi.☺abdghaniharon Jom kita ambil iktibar dari dua insan ini.Kalau logik akal difikir,laut ini amat luas,ikan bebas sebebasnya.Menebar jala ke laut dengan kita tidak nampak apa yg ada dalam air dan melontar umpan ke laut lepas seperti kerja yg sia-sia.Tetapi akhirnya saya lihat penjala itu mendaoat ikan dan pengail itu juga menyentak pancingnya yg diragut ikan.Tidak lain,usaha mereka yg berulang-ulang, yang terus bersabar dan yang penting tidak berputus asa,tidak give up,akhirnya Allah datang rezeki kpd mereka,makhbul usaha mereka.Allah dorongkan ikan tersangkut ke dalam jala,takdirkan ikan meragut umpan.Jika penjala itu berputus asa selepas beberapa kali menebar jala,tentu ia balik dg tangan kosong,begitu juga pengail itu. Hakikatnya,jangan give up,jangan putus asa.Teruskan usaha tetapi bersama usaha mesti berserah kepada Allah.Penjala dan pemancing itu sebenarnya hanya menebar jala dan melontar umpan dg berserah kpd Allah,maka Allahlah yg mendatangkan ikan.Jangan mengharap dg sekali menebar jala,sekali membaling umpan.Begitulah juga dlm usaha kita yg lain,jangan sekali berusaha terus berputus asa,ambillah iktibar dari penjala ikan di laut luas.Jangan sekali dua berusaha,terus berputus asa.Penjala itu mungkin menebar jala berpuluh kali,pemancing itu melontar umoan mungkin beratus kali,barulah mereka mendapat ikan. Rasulullah s.a.w bersabda:"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut" (Riwayat Imam Ahmad)Pada fahaman dipermukaan,hadis ini seperti menekankan perlunya menanam tumbuhan,tetapi pada maksud yg tersirat,ia membawa suruhan supaya tidak berputus asa untuk berusaha dan berharap meskipun kiamat akan berlaku esok.Selagi ada ikhtiar,ada kudrat,selagi boleh menggerak anggota,teruslah berusaha dan berserah kpd Allah.Bila tinggal hati shj kpd kita,seperti mereka yg sakit tenat,maka berserahlah seluruhnya kpd Allah,itu juga satu usaha. Tidak ada istilah give up,berputus asa dalam Islam.Paling tidak,kita berserah kpd Allah setelah berusaha dari pelbagai arah,berbagai ikhtiar,berbagai caranya.Jika penjala akan melihat riak air,ada ikan menangkap dipermukaan utk menebar jala,pemancing yg melontar umpan diberbagai arah sebagai usaha menemui ikan,maka begitu juga kita yg berusaha dibidang lain.Gagal dari satu arah,kita usaha dari arah lain,gagal satu jenis,usaha jenis yg lain,hinggalah kita ketemui kejayaan.Mereka yg berputus asa adalah mereka yg memisah diri dari rahmat Allah.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment