Sunday, 29 November 2015
RANGKA AYAM GORENG BUAT ANAK YANG MEMINTA
RANGKA AYAM GORENG BUAT ANAK YANG MEMINTA
Saya ke pasar minggu suatu petang mencari cucok badak dan karipap untuk berbuka puasa sunat.Disebelah gerai kuih ini,gerai menjual ayam goreng.Ketika saya memilih kuih, seorang lelaki juga sedang berdiri digerai ayam goreng seperti nak membeli sesuatu.Seorang perempuan pertengahan umur kemudian muncul bersama dua orang anak perempuan dg pakaian agak lusuh.Anaknya kelihatan menunjuk ayam goreng sambil menarik-narik baju ibu.Si ibu bertanya penjual,"Rangka ayam ni berapa harga?"Dibalas penjual,"Tiga ringgit" Rangka ayam adalah ayam yg dilapah diambil isi untuk dibuat sate,tinggal kerangka tulang dg sisa isi,dicelop tepong dan digoreng.☺abdghaniharon☺
Wanita itu meminta dibungkus satu rangka ayam.Dia mengeluarkan satu bungkusan plastik dg duit syiling untuk membayar harga kerangka itu.Ketika wanita itu mahu bergerak meninggalkan gerai,lelaki yg berada disitu segera memintanya menunggu,lalu saya melihat dia menyuruh penjual itu membungkus beberapa ketul ayam goreng,dan diberikan kpd wanita itu.Wanita itu memandang lelaki itu dg senyum lebar tetapi akhirnya bibirnya mengorak kesedihan,dan linangan air mata.Lelaki itu pula membuka cermin matannya lalu mengesat air mata yg mungkin terdorong oleh kesedihan wanita itu.Wanita itu berkata,"Rangka ayam ini boleh dikongsi soramg sikit dengan anak-anak.Tak cukup duit nak beli ayam goreng sorang seketul"Saya sendiri turut sebak,betapa mereka hanya mampu membeli rangka sisa ayam goreng untuk anak yg meminta.Mungkin ada lagi anak yg lain dirumah.
Bila wanita itu meninggalkan gerai itu,saya menyapa lelaki tersebut.Katanya,"Ketika kita sedap memamah isi ayam,ada orang hanya sanggup memamah tulang ayam tulang ayam.Saya selalu melihat orang membeli rangka ayam ini kerana sukakan tulang dari isi,hari ini saya bertemu dengan orang yang hanya mampu membeli rangka ayam untuk anak yang meminta-minta"Dia betul-betul sedih,tetapi wajahnya membayangkan kepuasan dapat membantu wanita itu.
Jadilah hamba yang bersyukurlah.Ingatlah bila kita memilih bahagian makanan yg sedap,kita sedang meninggalkan bahagian yg lain kepada orang lain yg tidak mampu.Janganlah merendahkan apa juga yg tidak kita sukai,kerana kepada orang lain,itulah rezeki mereka.Ada orang yg membeli udang yg sudah bercerai kepala yg dilelong dlm pinggan,sotong yg melecet kulitnya yg dijual secara longgok,kerana ingin merasai juga keenakan rezeki Allah itu walau telah kurang elok.Manfaatkanlah setiap cebisan makanan yg menjadi rezeki kita,jangan dibazirkan kerana ada orang hanya mampu membeli apa tersisa,yg dijual dg murah,utk turut merasai juga nikmat makanan tersebut.
Akhirnya saya beli juga satu rangka ayam untuk merasainya.Sesungguhnya apa yg masih ada hanyalah kerangupan tepung,dan tulang rawan yg rapuh disamping memamah sendi-sendi ayam yg lembut.Ya Allah!
abdghaniharon
Labels:
Rangka ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment