Saturday, 21 November 2015

MANFAATKANLAH REZEKI HINGGA KE PENGHUJUNGNYA.

MANFAATKANLAH REZEKI HINGGA KE PENGHUJUNGNYA. Saya ke market agak awal kerana nak membeli ikan .Motor saya di parking dihujung market kerana kawasan itu tiada orang berniaga.Ketika menongkat motor,saya terpandang sesusuk tubuh wanita agak tua membawa sesuatu dalam bungkusan kertas dan duduk mencangkung membuka bungkusan di kaki lima market bahagian belakang yg tiada orang berniaga.Saya menghampiri wanita itu .Rupanya dia membawa nasi yang siap digaul dengan lauk dan membentang dlm kertas lalu memanggil kucing yang berkeliaran di market.Beberapa ekor kucing segera mengerumuninya dan membaham nasi yg disediakan dengan rakusnya. Saya memberi salam dan menyapanya.Dia kelihatan seronok melihat kucing berebut makan..Katanya,"Cikgu,kesian tengok kucing-kucing ni.Saya hanya bawa nasi yang tak habis di makan dirumah dengan sikit lauk untuk mereka bila mai market.Tiap hari memang nak mai ke market.Kalau tak bawa mai,nasi dan lauk yg tak habis dimakan dibuang saja membazir pula.Jadi sedekah juga ni walau pada kucing." Mari kita pelajari sesuatu dari wanita ini.Dia melakukan dua kebaikan.Dia berusaha mengelak dari membazir dan menjadikan sisa makanan yang tidak habis dirumah untuk kucing jalanan yang juga merupakan sedekah dan melakukan sedekah jariah.Beginilah insan yang halus perkiraan dalam hidup.Cuba lihat diri kita,ada tidaknya makanan yang tidak habis di makan,dibuang ke tong sampah atau ke mana.Membazirlah namanya,kerana sepatutnya kita masih boleh berikhtiar untuk memberi apa yg tidak habis di makan kepada binatang baik yang dipelihara atau yang dijalanan.Sedangkan pada sunnah,sisa makanan pada jaripun disunat dijilat,apalagi yg bersisa dlm periok.Manfaatkanlah rezeki hingga ke penghujungnya. Jika direnung hikmah Allah jadikan kucing binatang yang hidupnya dikalangan manusia,hikmah ayam yang sangup dikurung oleh manusia.Dan Allah takdirkan makanan mereka apa yang dimakan oleh manusia.Mereka mungkin penyelamat kepada pembaziran yang dilakukan manusia.Jadi ninatang ini ibarat pelengkap hidup manusia itu sendiri.Maka bila makanan kita tidak habis atau sisanya,berilah kpd binatang yang ada dikeliling kita termasuk burung.Jika tiada dipelihara dirumah,bawalah ke market sambil ke sana membeli keperluan.Moga perjalanan kita ke market bukan saja utk memenuhi keperluan,tetapi suatu amal kebajikan,moga ada kucing menanti dan mengharap akan menjadi doa buat kita.Sebab itu saya lihat beberapa ekor kucing mengerumuni wanita ini seperti mereka telah mengetahui kehadirannya. Manfaatkamlah setiap cebisan rezeki dan masa serta peluang yg ada untuk berbuat baik.Wanita ini tidak sahaja menjadikan pergi matket sebagai routine harian utk mengisi perut,tetapi bersiap ke sana dg tujuan sampingan untuk berbuat kebajikan.Tentulah, antara kita yg pergi ke market semata-mata utk beli keperluan dg wanita ini yg pergi market untuk memberi sedekah dan membeli keperluan,berbeza disisi Allah.Kita mungkin tidak perlu jadi seperti wanita ini,tetapi saya nak mengajak pembaca semua memikirkan,jika wanita ini memanfaatkan setiap inci hidupnya,rezekinya utk berbuat baik,bagaimana dg kita.Rancangkah setiap pergerakan supaya menjadi kebaikan seperti mana wanita ini yg menanfaatkan kunjungan ke market setiap hari dg bersedekah. Saya pernah melihat kerani pejabat saya berugas dulu membawa nasi untuk kucing yg berkeliaran di kantin pejabat,seorang jemaah masjid yg membawa makanan untuk kucing yg dibuang di sekitar masjid,pelajar sekolah yg memberi cebisan roti kpd ikan dlm kolam sekolah, bahkan seorang pengetua yg membawa bungkusan nasi lemak untuk dihulur kpd jaga sekolah yg semalaman bersengkang mata.Selalulah berfikir untuk berbuat kebajikan. abdghaniharon

No comments:

Post a Comment