Tuesday, 24 November 2015
MENGAPA LETAK KERETA JAUH DARI TANGGA MASJID?
MENGAPA LETAK KERETA JAUH DARI TANGGA MASJID?
Seorang haji kelihatan memandu masuk ke kawasan masjid mungkin untuk singgah bersolat kerana waktu zohor sudah hampir.Dia kelihatan meletakkan kereta jauh dipenjuru kawasan masjid.Seseorang yg duduk di balai lintang masjid kemudian bertanya kpd haji itu,"Apa sebab haji pi letak kereta jauh di penjuru,di depan sini kan kosong?"Haji itu menjawab selamba,"Bukankah nabi menyebut setiap langkah ke masjid,moga diampun satu dosa dan ditingkat satu darjat.Saya datang dengan kereta,saya nak ambil juga kelebihan kata-kata nabi dengan berjalan dari tempat saya letak kereta ke atas masjid."Subhanallah!☺abdghanihaton☺
Kalau ramai yg berfikiran sprt haji ini,parking depan pintu masjid akan kosong,tetapi banyak orang silap perkiraan.
Jangan biarkan kemudahan yg ada pada kita menyebabkan ibadat kita menjadi ringkas,menjadi kurang pahala.Seperti yg haji sebut,dia tetap nak mengambil sunnah berjalan ke masjid walau dia ada kemudahan.Jika ada orang berhujah,pergi masjid dg kereta atau motor tetap diberi ganjaran,tentu tidak sama dg orang yg berjalan kaki kerana susah payahnya dan menepati sunnah.Maka haji ini dilihat sangat menghalusi hal ini,berpadalah dapat sedikit berjalan kaki walau hanya dari tempat letak kereta ke tangga masjid.
Saya biasa membawa van jenazah dan meletak jauh sedikit dari rumah supaya jenazah boleh diusung sekejap sebelum dinaikkan ke van dengan tujuan ada orang yg boleh mendapat ganjaran kerana mengusung jenazah itu besar ganjarannya.Lihat di Mekah,berebut mereka menghulur tangan utk tumpang mengusung jenazah.Jadi usunglah jenazah untuk beberapa jarak untuk mengambil ganjaran,jangan dibiar kpd seorang pemandu van sahaja memperoleh ganjaran.Bukankah ini lenih baik,lebih halus perkiraannya dlm merebut ganjaran dari Allah,walau kita ada kemudahan van yg boleh rapat ke pintu rumah.
☺abdghaniharon☺
Berkenduri walimah atau petkahwinan adalah ibadat.Kita boleh menjemput dg teknologi sms,whatsapp,dll.Maksud jemputan tetap sampai.Tetapi jika kita berkunjung kerumah tiap orang yg nak dijemput,bertemu dg tiap orang yg nak diajak seperti masa dulu tentu lebih akrab,lebih menjalin ukhwah dan silaturrahim,lebih menjadikan yg dijemput rasa nak hadir dan tentulah Allah memberi ganjaran yg lebih kerana bukan shj mendapat pahala menjemput,terapi pahala menghubung ukhwah dan silaturrahim.Jadi jangan biar teknologi menutup sebahagian pintu berbuat baik,berbuat kebajikan.Memang kita rasa mudah,tetapi kita kerugian.Ibadat memang memerlukan pengorbanan,kudrat tulang empat kerat.Teknologi tidak boleh mengganti ibadat,alat tak boleh menjana pahala bagi kita.
Ada orang pasang cd bacaan quran untuk memulakan majlis,memberkati majlis,bukankah lebih baik dibaca sendiri walau surah terpendek.Membiar teknologi mengambil alih bacaan quran mungkin sedikit sebanyak memyumbang ke arah orang malas baca quran.Lihat sahaja merata masjid yg memasang cd bacaan quran,bukan dibaca secara life.Anak saya dulu biasa tanya,kalau pasang cd baca quran,pahala dapat kpd siapa?Bila berumrah,sedapatnya cubalah berjalan dari berkereta roda.Bahkan kini telah ada mesin beroda dua yg kita boleh berditi diatasnya dan bergerak,suatu hari mungkin teknologi ini akan diguna ditawaf dan saie,siapa tahu.Tapi takkan sama dg berjalan kaki bertawaf dan saie.
Bila makan,sebaiknya gunakan tangan.Itu sunnah dan ada kelebihan.Tetapi ada orang suka guna sudu,garfu,chopstik dll.Terpulanglah,tetapi bila berada dlm situasi keislaman, situasi di rumah atau majlis yg sesuai,pilihlah yg terbaik iaitu makan dengan tangan pada makanan yg sesuai mengguna tangan.Itu lebih baik.Ilmu kini boleh dituntut dg alat komunikasi hingga tidak perlu kita keluar rumah menerusi internet.Tetapi rebutlah sunnah berguru secara bersemuka supaya lebih mantap,lebih faham.lebih berkat dengan menghadiri juga kuliah di masjid dan surau atau tempat pengajian.Berguru dg berdepan tentu lenih besar ganjaran dari berguru dirumah sendiri.
Banyak lagi jika nak disebut hal kemudahan dan teknologi yg menghakis ganjaran pahala kerana kita nak jadi mudah.Ingatlah,kemudahan dlm ibadat banyak menyebabkan kurangnya ganjaran.Ibadat tidak boleh diganti dg alat ciptaan,ia perlukan pengorbanan,usaha.Saya nak mengajak anda semua berfikir untuk lebih teliti dan "berkira" dalam melakukan ibadat supaya lebih sempurna,lebih ganjaran,lebih keberkatan,bukannya lebih mudah.abdghaniharon.
Catatan.Tidak diizin copy dg meninggalkan nama penulis.
Labels:
Kemudahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment