PILIHLAH YANG MUDAH,ALLAH BERSAMAMU
Kita begitu biasa dengan perkataan 'kebenaran itu pahit'.Sebenarnya kalimah ini dari satu hadis nabi yg dicerita oleh Abu Dzarr al Ghafari yg menceritakan rasulullah berpesan kpdnya 7 perkara.Perkara yg kelima ".....baginda memerintahkan aku berkata benar walupun pahit" (Riwayat Ahmad hadis sahih).Mai kita bercakap perkara ini.
Bukan mudah berkata benar,sebab itu nabi pesan.Kebenaran itu pahit,sama seiring seperti kata-kata jalan ke syurga itu penuh ranjau dan duri.Kebenaran akan membawa kesyurga,dan tidak ada orang yg sampai ke pintu syurga tanpa ada pengorbanan,tanpa disakiti.Jadi berdirilah atas kebenaran,jika kita nak ke syurga.
Kebenaran bukan mesti berkata benar sahaja,tetapi benar dlm semua perkara.,termasuk dlm pekerjaan kita.Semasa bertugas sebagai pengetua dulu,saya pernah membantah satu perkara dengan jabatan pendidikan menyentuh soal pertandingan asrama terbaik anjuran kementerian.Untuk memastikan kemenangan kpd sesuatu asrama sekolah yg dipilih oleh jabatan pelajaran negeri maka sekolah itu diberi peruntukan yg banyak untuk upgrade asrama.Akibatnya asrama lain terbiar,tertinggal,peruntukan yg sepatutnya dikongsi,diberi semua kpd asrama yg dipilih untuk bertanding.Menanglah asrama itu peringkat daerah,negeri dan dibawa keperingkat kebangsaan.Maka dihari penyampaian hadiah.pegawai kementerian pun gah tunjuk kat menteri,hebatnya pengurusan asrama.Hakikatnya menipu,hakikatnya berapa banyak asrama yg ditahap rendah kerana tak cukup peruntukan.😀abdghaniharon😀
Contoh lain ialah pemilihan pusat sumber sekolah terbaik yg menipu data nilam,data bacasn pelajar utk memastikan kemenangan dan berbagai pertandingan serta laporan yg dibuat-buat.Saya menyeru semua pegawai kementerian supaya berlaku benar seperti tujuan pertandingan,ingat kita ada mahkamah di hari akhirat.Yg jadi guru tahu hal ini,saya tahu kerana saya pernah jd pegawai pelajaran daerah.
Begitulah juga dlm sambutan kpd pemimpin politik.Nak bagi nampak ramai,habis budak sekolah di angkut,dipaksa hadir hingga tertinggal pelajaran,suruh goyang bendera,slogan puji pemimpin.Ini termasuklah orang kampung yg diupah da diangkut utk hadir.Hakikatnya satu yg tidak benar,menipu dan penuh kepuraan.Dalam politik,menipu dalam penyerahan borang keluar parti,masuk parti lain macam lumrah, hakikatnya tidak benar.
Berapa banyak orang tidak berkata benar bila pemeriksaan dibuat,odit berbagai perkara.Lidah ligat berbelit memberi alasan,sedangkan jalan paling mudah,berkata benarlah.Jika silap minta maaf,mengaku silap,mengaku salah,tukarannya syurga.Bila ditahan polis,JPJ,berkata benarlah moga Allah bersama kita samada disaman atau tidak..Pahit hanya didunia,tetapi jika kita memilih untuk selamat didunia dg cara tidak benar,maka siksaanlah menanti diakhirat.
Ingatlah,kekadang kita memperolehi sesuatu dg perkataan tidak benar.Memperolehi jawatan dg resume "berkilat", belitan lidah penuh bermadah,penuh janji melangit masa temuduga,bila dapat jawatan tak terasa berdosa ka?Nak dapat kontrak,rekod syarikat dan kewangan dipinda, dicipta,disokong menteri,bila dapat kontrak tak terasa bercampur dosa ka?Begitulah terhadap berbagai hal yg diperolehi dg menambah sesuatu yg tidak benar.Ingatlah,babi tidak melahirkan kambing,ia tetap melahirkan babi.Nila setitik tetap merosak susu sebelanga.Sesuatu yg berasaskan tidak atas dasar kebenaran,akan terus melahirkan yg tidak benar.
Marilah kita berdiri atas kebenaran walaupun pahit.Jika salah,mohon maaf.Berkatalah yg hak,yg benar,Allah bersama kita,jika berkata yg bukan hak,syaitan bersama kita.Berkata benar itu mudah,tanpa perlu fikir,tetapi yg tidak benar itu perlukan susah dan perlu fikiran.Pilihlah yg mudah,Allah bersamamu.abdghaniharon.
No comments:
Post a Comment