BILA MAULUD BARU NAK BERSELAWAT
Seorang kawan sekampung datang ke rumah petang itu seperti ada hajat penting..Setelah berbual sebentar ,dia mula menyatakan tujuan.Katanya ,"Aku nak pi umrah bulan 12 nanti.Ada yg suruh aku kirim salam pada nabi,aku tak tau macam macam mana nak sampaikan,sedangkan aku pun tak pernah sampai ke makam nabi.Tak mau terima,nanti dikata sombong,dah terima jadi beban amanah pula."
Bila kita nak meletak amanah,pertimbangkan bebanan kpd orang menerima,meletak amanah mudah,nak tunaikan mungkin payah,dlm kontek kisah diatas,yg menerima tidak tahu kaedah nak sampai dan dia sendiri tidak biasa.Ada orang suruh kirim salam kpd sesorang yg mungkin sukar disampaikan seperti jauh atau,jarang bertemu,berulang kali ke rumah masih tak jumpa.Jadi jika nak berkirim salam,pertimbangkan kepayahan dan keupayaan yg nak menerima.Begitu juga amanah yg lain seperti menumpang sekejap anak sedangkan anak kita nakal,orang yg diamanah kurang upaya,meletak amanah menjaga binatang peliharaan kpd jiran kerana kita bermusafir mungkin menyusahkan mereka dan berbagai contoh lagi.
Memang ada perbezaan fahaman tentang kirim salam pada nabi.Sapa nak buat,buatlah kerana ada kisah saiyidina Omar berkrim salam pada nabi melalui sahabat yg nak Madinah.Yg tak mahu buat,tak usah larang orang lain.Pilih orang tidak terasa terbeban dan tahu kaedah menyampaijan salam pada nabi.Tetapi hakikatnya,jika kita tidak sampai kuburan nabi pun,setiap selawat kita sampai pada nabi.Selawat dan salam mempunyai maksud yg hampir sama.Sabda rasulullah," "Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, janganlah kamu jadikan kuburku suatu perayaan, berselawatlah kepadaku, sesungguhnya selawat kamu sampai kepadaku dimana juga kamu berada. [ Abu Daud ]
Jelas bahawa walau dimana kita berada,selawat kita tetap sampai kpd nabi,bukan mesti tiba dimakamnya.Teringat pada nabi,sebutlah selawat kpd baginda,tanpa perlu menyusahkan orang lain, apalagi sebenarnya nak menghampuri makam nabi sendiri agak susah dan perlu berusaha,menunggu dsbnya kerana terlalu ramai yg nak menghampirinya.☺abdghaniharon☺
Bila menyebut selawat pada nabi,berselawatlah selalu,setiap hari.Jika murid mengucap salam dan selamat pada setiap guru,jika kita mengucap salam dan selamat pada setiap orang yg ditemui, ucapkanlah selawat kpd nabi jika tidak lebih pun,biar sekerap kita mengucap salam dan selamat kpd manusia lain kerana berselawat ke atas nabi besar ganjarannya dan manfaatnya.Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
Maka berselawat kpd nabi bila bila masa shj,bila ada ruang.Di hari akhirat nanti,rasululullah adalah peluang terakhir kita untuk mendapat pertolongan tetapi jika didunia lidah liat dan berat mengucsp selawat kpd baginda,mungkin berat juga utk kita mendapat pertolongan.Jangan tunggu nak berdoa baru nak berselawat,ada majlis maulud baru nak bersekawat,nak tunjuk ingat dan kasih kpd nabi,bila ziarah orang nak pi tanah suci baru nak kirim salam pada nabi,itu kepura-puraan.Orang yg ikhlas mengingat nabi akan berselawat kpdnya pada bila masa pun,bila mengingat Allah,berzikir dan lanjutkan dg berselawat.Mulakanlah berselawat hari ini beberapa kali dan bertetaplah mengamalkannya.abdghaniharon.
No comments:
Post a Comment