MENITI UNTUK MENGAMBIL BUAH DIHUJUNG DAHAN
Satu petang saya menghantar satu kerusi roda yg diminta oleh seorang anak perempuan untuk ibunya yg lumpuh kakinya.Rumah sewa dua pintu dg keadaan serba kekurangan.Salam saya disambut dan bila saya menyatakan tujuan datang untuk memberi kerusi roda yg diminta,wanita itu berkata,"Buat susah cikgu saja,saya dok fikir nak ajak jiran pi ambik di rumah cikgu."Bila saya berkata,saya hendak dapat yang lebih baik disisi Allah kerana berusaha menghantar krrusi roda ini,wanita itu merenung saya dengan redup wajah,menyapu air mata dengan belakang tangannya."
Bila niat berbuat baik,buatlah sebaik mungkin,kerana apa saja yg kita usahakan untuk berbuat baik akan mendapat ganjaran.Bila memberi sedekah,tentulah lebih baik dan lebih ikhlas dan bersih niatnya dg berjalan memberi sedekah dari menunggu orang datang meminta yg jika orang tak datang,kita tak beri,bersedekah seperti terpaksa,bersedekah kerana kebetulan.Bila teringat nak bersedekah,bergerak menyerah sedekah itu mengukuhkan niat,dan berjalan membawa sedekah itu moga Allah beri ganjaran juga sepanjang perjalanan,berbanding memanggil mereka datang ambil.Inilah bandingan hadis yg menyebut orang yg berjalan ke masjid atau tempat solat diberi ganjaran dan diampun dosa pd setiap langkahnya.Hadis nabiَ “Setiap langkah menuju tempat shalat akan dicatat sebagai kebaikan dan akan menghapus kejelekan.” (HR. Ahmad.)
Bila berbuat baik,jangan ingat perbuatan buat baik saja diberi pahala,usaha,langkah,jerih payah utk melakukannya juga diberi ganjaran dan keampunan.Rebutlah semua ini.Ada sahabat nabi sengaja membanyak langkah ke masjid kerana mengharap ganjaran yg lebih.
Bila memberi makanan di masjid secara pack,adalah lebih baik menyerah sendiri kpd jemaah,berbanding ditinggal dipintu masjid dan diambil oleh jamaah.Ianya seperti berniaga yg ambil untung separuh saja,sedangkan dia berhak untuk dapat lebih tetapi disia-siakan.Bila makan apa lagi berbuka puasa,berjamaahlah,kerana lebih banyak tangan yg turun kpd suatu makanan,lebih berkatnya.Bila bersolat di musolla,berjamaahlah kerana ganjaran lebih besar dari solat sendirian.Jadi,bila berbuat baik,kutiplah seluruh kebaikan yg boleh terlahir daripadanya.☺abdghaniharon☺
Bila menuntut ilmu,sebaiknya mencari guru.Moga setiap langkah ke tempat belajar,ke kuliah,ke ceramah dsbnya diberi ganjaran dan keampunan,maka peliharalah niat baik walau dlm perjalanan.Biarlah anak bersusah sedikit ke rumah guru belajar baca quran,atau kekelas fardu ain,moga ini lebih baik dari membawa guru ke rumah.Pembelajaran quran anak saya,saya dapati lebih cepat dg menghantar mereka tiap hari ke rumah guru berbanding meminta guru hadir ke rumah walau kita mampu.Biarlah anak sedikit berpanas,berpeluh kerana ketempat belajar,moga Alkah memberi ganjaran dan keampunan kpd ibubapa yg membesarkannya.
Kesimpulannya,bila berbuat kebaikan,jangan hanya tumpu kpd perkara yg kita nak berbuat baik,tetapi ingatlah Allah telah memberi kebaikan srjak kita berniat berbuat baik.Maka rebutlah berbagai ganjaran dan jeampunan yg Allah berikan sepanjang usaha kita untuk melaksana kebaikan itu.Jangan hanya meniti untuk mengambil buah yg dihujung dahan, sedangkan buah yg di batang pokok dan pangkal dahan diabaikan.Anda faham maksud ibarat ini?abdghaniharon
No comments:
Post a Comment