PANDANGAN PUN JADI IBADAH
Bersantai di pantai pada suatu petang,saya lihat seorang wanita yg lanjut umur duduk dikerusi roda sendirian mengadap ke laut lepas.Ditangannya ada tasbih.Redup wajah merenung laut tanpa memperduli anak muda yg bermandi di pantai.Tak jauh dari tubuh tua itu,seorang lelaki duduk berjuntai kaki di tembok laut.Saya menyapa dan duduk berbual dengannya.Rupanya orang tua itu ibunya.Dia merungut,"Emak saya selalu juga minta dibawa ke pantai ini.Dia hanya minta ditinggalkan ditepi pantai untuk beberapa ketika."Melihat raut wajah dan muka yg bercahaya pada wanita tua itu,saya rasa Allah mendorongnya utk memperolehi ganjaran pahala dengan hanya melihat sesuatu dg keupayaannya yg terhad di kerusi roda,melihat laut.
Ada satu hadis yg menyebut mengenai ibadah yg boleh dilakukan dengan hanya melihat."Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: “Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa,melihat al-Quran dan melihat lautan.” –(Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan
“Melihat Ka’abah”.(Riwayat Abu Daud).
Besar dan luasnya bidang ibadah kpd Allah hingga dg pandangan pun menjadi ibadat.Bila Allah menarik kekuatan dari wanita ini kerana lanjut usia,masih ada ruang untuk ibadat tanpa kudrat yg banyak hanya melihat laut.Pada kita yg sihat,kudrat yg masih kuat,mata yg masih jelas,rebutlah juga peluang ini dg mengetahui melihat 4 perkara ini menjd ibadah dan niatlah pandangan ini kerana Allah.Bila ke pantai jangan hanya niat nak berehat,nak berkelah,nak bersantai tetapi tambahlah dg niat melihat laut sebagai satu ibadah.
Bila melihat wajah ibubapa,jangan dipandang bagai mencari barang di rak supermarket,tetapi pandang dg niat dan kesedaran bahawa pandangan ini suatu ibadah.Dan tentu sekali bila melihat al quran,kita kena menginsafi ia adalah kalam Allah.Kepada mereka yg pernah melihat kaabah,tentu anda setuju,kaabah tidak jemu direnung,banyak mata yg menangis pada pandangan pertama,banyak mata yg menangis bila tawaf widak untuk meninggalkannya.Jelas tanda kesuciannya dan tanda melihat kaabah suatu ibadah.
Jom kita semak pada diri kita,apa yg banyak kita pandang dlm seharian.Melihat manusia,melihat tv,telefon pintar,melihat sekeliling,lebih teruk melihat maksiat.Mungkin ada orang melihat wajah ibubapa setahun sekali bila raya, atau yg terasa jemu milihat wajah tua itu.Saya pernah menulis bagaimana seorang lelaki yg memandu beratus km hanya untuk melihat wajah ibubapa kerana itu lebih besar nilainya dari ratus ringgit duit minyak dan tol,lebih besar dari berjam memandu.Hakikatnya lelaki ini memahami hadis ini.
Berapa jam, berapa kali dlm sehari kita membelek telefon pintar melihat whatsapp,tetapi berapa kali pula melihat quran,membacanya,membeleknya.Entahkan ayat quran yg menghias dinding pun tidak dibaca,ia betul-betul menghias dinding.Bertuahlah mereka yg tinggal ditepi laut, dan itulah antara sebab dlm naluri semua manusia suka ke tepi laut,tepi pantai,tetapi kejahilan dan mungkin syaitan memesongkan suatu dorongan Allah kpd manusia untuk beroleh pahala ibadah dg melihat laut,mereka ke pantai dg niat yg lain.Mereka golongan yg rugi.Kumpullah belanja untuk melihat kaabah,sesungguhnya anda tidak akan jemu,anda akan terus ingin kembali melihatnya,tidak seperti melihat Eifel Tower,Burj Dubai,Great Wall,Piramid and Spinx dsbnya yg jika kita pernah kunjungi,kita tidak lagi mahu mengunjunginya lagi.š”abdghaniharonš¢
Perhatikan dikeliling kita.Dalam rumah kita,agaknya gambar apa yg ada.Gambar bintang bola sepak, artis,gambar kucing,lukisan abstrak atau gambar ibu ayah,gambar kaabah?Di meja pejabat mungkin gambar anak,suami isteri menjadi pilihan,bukankah wajah ibubapa patut lebih didahulukan atau digandingkan supaya menjadi ibadat.Dlm wallet, gambar siapa ada disana,buah hati pengarang jantung,atau wajah tua yg melahirkan anda ke dunia ini.Bila merancang bercuti, destinasi mana dipilih,nak shopping di Bandung, Vietnam,Hadyai,melihat bunga sakura di Jepun,melihat kuburan Taj Mahal?Atau melihat kaabah.Mana yg utama,pilihan ini membayang tahap keimanan kita,ada nilainya disisi Allah.
Rebutlah berbuat ibadat walau dg pandangan.Rancanglah hidup ini dg memanfaatkan setiap pancaindera supaya beribadat kpd Allah.Mata melihat 4 perkara,telinga mendengar ilmu dan nasihat,lidah menutur yg baik dsbnya.Ingatlah setiap anggota akan ditanya diakhirat,setiap anggota juga akan menjadi saksi yg semata-mata berkata benar shj.abdghaniharon
☺☺☺ Pesanan buku Bicara Mata Hati edisi 1 dan 2 boleh dibuat dg mengirim alamat ke wassap/sms 0124120846 utk dipos.Tiada harga ditetapkan,hanya sumbangan utk projek sedekah jariah,wakaf air bertapis,wakaf quran dan kerusi roda kpd yg memerlukan.☺☺☺
No comments:
Post a Comment