Friday, 6 November 2015

SEPERTI ICON DI PINTU BANK DAN SUPERMARKET

SEPERTI ICON DIPINTU BANK DAN SUPERMARKET DI MALAYSIA

Melangkah ke mesin atm,seorang lelaki muda berserban dan mendokong sebuah tabung bersuara, "Assalaamualaikum, selamat pagi.Mohon sumbangan untuk sekolah tahfiz."Saya membalas salam dan senyum kepadanya.Dia terus mengucapkan hal yg sama kpd orang lain yg melangkah ke tempat itu.Seperti satu icon di pintu bank,supermarket.

Kisah meminta derma untuk buat sekolah,maahad tahfiz,masjid,surau dsbnya seperti suatu fenomena,seperti kebiasaan bahkan ada orang jdkan sumber pekerjaan dari komisyen kutip derma.Sesekali rasa lekeh sangatkah Islam,hingga nak buat masjid,nak buat tempat mengaji agama kena menadah tangan meminta-minta sampai sebegitu.Apa pandangan orang bukan Islam kpd Islam sendiri.

Satu dari punca asas berlakunya perkara ini ialah tiada perancangan.Bila nak buat sekolah,terus fikir nak cari duit cara sumbangan,fikir setakat nak buat sekolah,tak fikir nak maintain sekolah macam mana.Sepatutnya dalam perancangan awal kena dirancang sumber kewangan utk bina,sumber kewangan utk jalankan,maintain dan sumber untuk berkembang.Bila anak angkat saya bercadang menubuhkan Darul Muhajirin di Kampuchea, saya meminta menambah aspek sumber kewangan selepas penubuhan iaitu menanam avocado dan kopi pada lebihan tanah 9 hektar yg dibeli yg akan diusaha oleh pelajar utk jana sumber dan berhenti dari meminta.

Kebanyakan institusi sekolah,tahfiz bahkan masjid atau surau kita tiada sumber kewangan selain dari mengharap sumbangan yg berpanjangan.Rancanglah perniagaan seperti minimarket kerana semua orang boleh menyumbang dg membeli dan ia adalah ibadat muamalah.Rancanglah penaman jika ada tanah wakaf,kolam ikan,atau buat bahan keluaran untuk dipasarkan sebagai sumber kewangan dan tertunai tuntutan muamalah.Jadi setiap institusi kena ada biro ekonomi yg menjana kewangan bukan cara meminta tetapi berusaha.Apakah ini bukan satu ibadat yg besar,satu cabang jihad? Seluruh ahli qariah dan umat Islam boleh digembleng utk membeli di minimarket masjid,tahfiz atau seluruh ibubapa dan pelajar boleh digembleng utk projek pertanian atau bahan keluaran.Dg itu kita dpt menyempurna tuntutan ilmu,ibadat dan ekonomi Islam.😃abdghaniharon😃

Nak berserah kpd Allah pun biarlah berusaha dan merancang dg bersungguh.Nabi tidak suruh meminta,Allah tidak suruh menadah kpd manusia walau nak buat benda baik hingga menjatuhkan maruah agama.Kalau nak meminta pun,pergilah kpd masyarakat Islam secara tertutup di masjid,ditempat orang Islam berkumpul,mohon dlm group fb dll.Jelaskan.Masyarakat Islam Malaysia bukan kedekut, tetapi mereka perlu keyakinan utk menyumbang,mereka mahu lihat perancangan,usaha yg dibuat.Saya berjaya mendapat 22k utk Darul Muhajirin hanya dari kalangan rakan fb dlm seminggu shj, dan dpt menampung pembelian kaki palsu anak saya 13k dg menjual buku tulisan sendiri,adalah bukti masyarakat kita mudah memberi bila mereka yakin.Gunakan saluran yg betul,berhentilah dari menadah tabong di pintu bank,pasar raya kerana itu memalukan Islam.Berhenti memberi salam kerana meminta.Islam itu tinggi.

Selain aspek ekonomi yg penting dlm perancangan,aspek lain yg penting juga ialah kurikulum atau pengisian.Jika masjid,jangan hanya bina utk solat,tetapi kena ada perancangan pengisian majlis ilmu yg memenuhi berbagai peringkat usia,kegiatan masyarakat,, meliputi hal kebajikan, riadah,budaya beragama,kesihatan dsbnya.Jika tahfiz,jangan sekedar menghafal quran,tetapi masukkan juga ilmu dunia pmr,spm atau ilmu kemahiran teknikal,pertanian,penternakan supaya mereka yg menghafal quran ada sumber untuk hidup, jangan hanya mengharap nak jd imam solat terawih.Rancang supaya para hafiz nanti boleh melanjut pelajaran,boleh ada ijazah untuk bekerja atau sekurangnya ada kemahiran utk bekerja atau berusaha.Memang ada orang berkata Allah akan tolong,tapi Allah letak syarat juga dg berusaha,jika dunia meletak peraturan perlunya sijil pmr,spm,ijazah,maka ikutlah kerana itu tidak bercanggah dg hukum.

Jika sebuah rumahtangga pun perlu sumber kewangan dari usaha ayah ibu, kenapa institusi agama yg kita bina tidak diserta sumber kewangannya.Jika kita tidak sanggup keluarga kita jd peminta utk hidup,jangan biarkan rumah Alkah,institusi agama menjadi peminta.Berfikirlah untuk menjana sumber.abdghaniharon.

No comments:

Post a Comment