Thursday, 19 November 2015

KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH

KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH

Pernahkah anda mendengar orang memuji dengan berkata artis itu memiliki paras yang sempurna.Pengarah pelajaran masa saya kerja dulu mahu semua pegawai melaksana program zero defect maksudnya tanpa salah,tanpa cacat.Ada orang memuji kereta Bufori sebagai satu kesempurnaan.Seorang bapa memuji paras rupa anak kecilnya sebagai satu kesempurnaan.Betulkah apa yg mereka kata tentang kesempurnaan.?

Sebenarnya tidak ada suatu apa pun didunia jni yang sempurna,tanpa ada kelemahan,kerana yang sempurna hanya satu sahaja di alam ini iaitu Allah.Itulah sifat yang tidak boleh ditandingi oleh manusia dan lainnya kerana kita dicipta oleh Allah,maka Allah meletakkan sifat tidak sempurna itu sebagai bukti bahawa Dia yang Mencipta,Dia Tuhan yang Esa,Dua yang kebih besar dari segalanya.

Sedang nabi yang dikasihi Allah,Allah tunjukkan juga sedikit kesilapan seperti dalam surah Abasa di mana nabi lebih melayani pembesar dari seorang buta yang datang untuk bertemunya.Ditempat lain kita tidak menemui sifat kekurangan nabi,seperti ia manusia sempurna,tetapi dg kekurangan ini menjadikan nabi seperti manusia lain yg tetap membuat kesilapan.Yang tidak berbuat silap hanyalah Allah.Maka jika ada orang buat silap,buat salah,tegurlah, terimalah permohonan maafnya atau maafkanlah kerana yang demikian itu menjadikan kita akur bahawa semua manusia ada kelemahannya,tidak sempurna.Memarahi ketidaksempurnaan orang lain,kelemahan yg ada pada mereka,ibarat memarahi ketidaksempurnaan yg Allah sengaja ciptakan kpd manusia.Berpadalah dg menegur untuk membetul dan setelah itu berlapang dada dan memaafkan. Sesekali jangan dirasuk rasa marah,rasa tidak memaafkan.

Jangan keterlaluan dalam memuji kerana yang layak dipuji hanya Allah sahaja,bahkah semua puji patut kembali kpd Allah.Bila memuji manusia,lanjutkan pujian kpd Allah kerana Allah yg mencipta manusia kerana pujian kpd manusia hanya bukan kerana kesempurnaan,tetapi pujian kpd Allah itu,kerana kesemprnaan ciptaanNya.Sebutlah Alhamdulillah.Ini kerana pujian kpd apa yg nampak dimata adalah tidak tepat.Contoh bila melihat seorang kanak-kanak yg cantik,jika kita memujinya kecantiiannya adalah tidak tepat,tetapi pujilah penciptanya iaitu Allah.Bila sesuatu kerja sempurna ditunaikan, berpadalah dengan sedikit pujian kpd mereka yg melaksana,tetapi pujilah Allah yg menakdirkan kesempurnaan tugas tersebut.Maka kalimah Alhamdulillah itu Allah amugerah kpd manusia sebagai kalimah yang besar untuk manusia kembali menyatakan pujian,kesyukuran dan kepatuhan bahawa hanya Allah yang sempurna.

Nak ajak pembaca semua memejam mata merenung diri bahawa kita semua tidak sempurna,yg sempurna hanya Allah.Kembalikanlah setiap rasa syukur,setiap rasa kegembiraan kepada penciptanya iaitu Allah.Nak ajak anda berlapang dada kpd kelemahan dan kekurangan orang lain kerana itu juga Allah yg tentukan kpd mereka.Maafkanlah dan redolah kerana jika kita redo dg kelemahan yg ada pada orang lain,hakikatnya kita berlapang dada pada ciptaan Allah.Jika berupaya menegur,tegurlah dg baik,jika tidak berupaya,usaha dijaja,dicaci,berlapang dadalah.Ingatlah,kita semua tidak sempurna,yang sepurna hanya Allah.abdghaniharon.

No comments:

Post a Comment