BINALAH JUGA PERAHU UNTUK MEREKA,SUPAYA KITA DAPAT BERKAYUH SAMA
Bila saya update status di timeline kerana berusaha mempertemu jodoh seorang gadis dg mana-mana lelaki yg berkenan dan berhasrat berkahwin,ada orang yg terasa apa yg saya dah buat ni,rasa janggal,atau tak sepatutnya,tak sesuai.Hakikatnya begini, saya sedapatnya tidak mahu melepas peluang berbuat baik jika sudah terlintas didepan mata,apa lagi bila usaha itu belum pernah atau jarang saya buat,kerana saya ingin pelbagaikan kebaikan dan ibadat,ibarat kalau makan asam pedas tiap hari pun jemu juga,sesekali pekena nasi kandar kepala ikan,tentu sedaaap.Hadis nabi," ,“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Sebaik-baik pertolongan adalah menjodohkan dua orang (seorang laki-laki dan perempuan) dalam pernikahan.” (HR Ibnu Majah). Inilah mungkin punca yg menimbulkan bandingan orang yg berusaha mempertemu jodoh diibarat mendirikan masjid dlm masyarakat melayu,menggambar besarnya ganjaran dr Allah.
Walau ada kata-kata kalau jodoh tak kemana,tetapi jodoh juga tidak salah diusaha,bahkan diusaha utk mewujud sebab,tetapi usaha itu tidak dapat mengubah ketentuan Allah.Tidak ada had bahawa lelaki kena meminang kerana dlm sunnah Siti Khadijah yg memulakan menawarkan diri kpd Rasululah.Bahkan ada kisah seorang gadis menemui nabi dan berkata “Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”. ( hadis sahih dalam riwayat Bukhari , Nasaie dan Ibn Majah)
Hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.Ini juga menjelaskan bahawa kita boleh berusaha utk mencari jodoh.😃abdghaniharon😃
Kebanyakan orang merasa malu,apalagi bila muncul peribahasa seperti satu larangan,taboo bahawa timba yg mencari telaga,bukan sebaliknya,tetapi budaya Melayu ini yg bercanggah dg luas Islam menyuruh umatnya berusaha.Maka apa salah seorang gadis menawar diri berkahwin dg seorang lelaki yg disukainya,atau menawar diri untuk berkahwin dg lelaki yg berkenan padanya.Buanglah rasa malu,demi kebaikan.Buang pandangan serong kpd seorang wanita yg mencari jodohnya dg cara yg baik,tulus dan terbuka,tetapi menjaga hukum agama.
Sehubungan itu saya mengajak anda mengambil peluang untuk mempertemu jodoh rakan taulan,sanak saudara yg mungkin malu bersuara.Orang kedah kata tolong pegu.Bila saya jadi pengetua dulu saya biasa pegu seorang guru saya yg teruna dg guru saya juga yg dah beranak (2?) langsung saya buat kenduri di dewan sekolah,SMK Sg.Pasir.Mereka hidup bahagia khabarnya.Ada guru kata,apa pengetua dok sibuk bagi menikah orang,saya malas nak jawab,kerana orang yg tidak mengintai untuk berbuat baik tidak pernah nampak peluang berbuat baik,walau peluang itu ada depan mata.Inilah yg dikata jauhari juga yg mengenal manikam,tukang emas permata shj yg mengenal kaca,permata,berlian, zamrud.Selain itu ada juga yg saya usaha mempertemu yg dara dan teruna,seronok juga terasa bila diri kita yg terlajak zaman termasuk dlm screen adegan kisah cinta mereka.hehehe.(Teringat seorang murid saya yg bercinta menulis dlm buku latihannya akibat mabuk bercinta "kita dipisah oleh laut dan pantai" huuuuuiiii,romantis sekali,ngalahkan hindustan.!!!
Menolong mencari jodoh juga membolehkan pasangan memilih pasangannya yg terbaik kerana pandangan orang berpengalaman,yg lebih tua mungkin lebih teliti,berbanding pilihan sendiri yg mungkin melulu,yg hanya melihat dahi licin,pipi merah,kulit putih,daaahh berdarah hidung.Hakikatnya ada bintik hitam yg tersembunyi dibawah bedak.Putih yg dibuat-buat,bukan tulen.Bercita-citalah untuk mempertemu jodoh orang sebagai suatu kerja baik,membahgiakan orang lain,moga Allah bahagiakan hidup kita.Janganlah kita yg dah kahwin ambil sikap kita dah berperahu,dah ada pendayung,kita berkayuh meninggalkan mereka yg lain di pantai,bermain ombak,sedangkan mereka yg dipantai menggigit jari.Ayuh binalah perahu untuk mereka sama berkayuh,tentu akan menjadi satu pesta yg meriah.Itulah ibarat untuk hidup ini yg saling menghulur tangan,dlm konteks ini,mempertemu jodoh. abdghaniharon.
CATATAN: Pesanan buku Bicara Mata Hati edisi 1 dan 2 boleh dibuat dg mengirim alamat ke wassap/sms 0124120846 utk dipos.Tiada harga ditetapkan,hanya sumbangan utk projek sedekah jariah,wakaf air bertapis,quran dan kerusi roda kpd yg memerlukan.
No comments:
Post a Comment