SAYA TAK MAMPU BUAT
Ada dua orang muslimat hadir ke rumah saya petang kelmarin.Mereka ingin tahu bagaimana saya menjalankan projek pemberian air bertapis percuma diprojek sedekah jariah saya.Setelah bertanya itu ini,akhirnya seorang dari mereka berkata,"Cikgu ada berniaga,ada pencen lagi,bolehlah buat begini.Kami hanya ada duit pencen sahaja."Natijahnya,niat mereka pada awal cukup baik,tetapi penyudahnya mereka memberi alasan untuk tidak berbuat kebaikan itu.Saya melihat mereka melangkah pergi dengan harapan mereka berubah fikiran.
Kita selalu memberi alasan untuk tidak melakukan khususnya perkara baik.Bila melihat orang berbuat perkara baik,kita selalu memberi alasan orang lain ada kelebihan dari diri kita.Kagum melihat orang,tetapi kaki kita tetap tak berganjak.Ayat sinonim,"Saya tak mampu buat."Hakikatnya kita semua ada kelebihan tersendiri yg Allah berikan,cuma kita kita berfikir utk memanfaatkan, memanipulasi kelebihan yg ada,tak mau merebut peluang dan mencipta peluang.Bila timbul fikiran berbuat baik,kita selalu berfikir kearaf negatif dulu,memberi alasan,membina benteng utk tidak melakukan,sepatutnya kita berfikir utk buat,utk atasi masalah,utk menjayakannya.
Bila disebut bangun awal pagi utk tahajjud,fikiran segera berfikir esok nak kerja,mengantuk.Kenapa tak cari jalan utk bangun juga,tidur awal sedikit kerana tidur lewat pun mungkin kerana bersembang,tengok tv shj.Atau tidur sekejap waktu siang dg niat qailulah iaitu tidur sekejap waktu siang utk bangun malam.Niatlah untuk bangun malam kerana niat itulah yg akan menentukan kita nak benar benar nak melakukan.
Bila nak bersedekah,bukan mesti banyak,bukan mesti duit.Apa saja yg kita ada dan mampu,lihatlah keliling rumah,mungkin ada buah pada pokok,ada tumbuhan yg menjadi ulam, dalam rumah di mana ada barang yg telah tidak diguna tapi masih elok,mungkin masak sesuayu lebih sedikit untuk jiran dan sebagainya.Seorang wanita tua yg tinggal sendirian dipondok kecik masih mampu bersedekah pekasam ikan puyu kepada saya.Soalnya kita nak buat atau nak bagi alasan tak mau buat.Dah tahu sedekah itu menyubur harta,masih tak mau buat?Tapi bercita nak kaya.
Bila diajak membaca quran,alasannya tidak lancar,tidak ada masa.Allah mengetahui anda berbohong,mana-mana muslim yg tidak membaca quran setiap hari,sesungguhnya mereka telah berdusta alasan kpd Allah.Bukan soal lancar tidaknya,Allah suruh baca,bacalah dg keadaan kebolehan kita,jangan ukur dg orang lain.Mulakan sehari 5 minit,atau beberapa ayat.Berhentilah memberi alasan kerana kita mampu membaca akhbar,membelek telefon pintar berjam sehari,tak mampu baca quran seminit dua sehari.Siapa yg langsung tak baca quran dlm sehari,anda memang muslim yg teruk!
Rancanglah untuk berbuat kebaikan.Istilah motovasi selalu menyebut merancanglah utk bekerja,plan to work, jangan merancang utk tidak bekerja. Merancanglah utk berbuat ibadat,jangan buat ibadat hanya secara kebetulan,secara terpaksa.Bila ziarah kematian,rancang supaya dapat bersolat jenazah,rancang utk bersolat di perjalanan,rancang dlm perbelanjaan bulanan bahagian utk kebajikan,rancang masa sehari utk beberapa minit baca quran,menambah ilmu.Jika kita boleh merancang untuk hidup,bekerja dan beristiqamah dgnya,sedang hidup ini hanya sementara,mengapa tidak merancang utk berbuat ibadat untuk hidup yg kekal.Berhentilah memberi alasan.abdghaniharon
No comments:
Post a Comment