Sunday, 15 November 2015

KITA RAKYAT BERBEZA TARAF DI HOSPITAL

KITA RAKYAT BERBEZA TARAF DI HOSPITAL

Ketika melangkah meninggalkan kaunter bayaran hospital saya disapa oleh seorang saudara jauh yg bekerja di pelantar minyak.Katanya dia masuk wad dah seminggu dan masih kena berada diwad.Ditangannya ada botol drip yg dibawa berjalan mungkin jemu berada dlm wad.Bila ditanya penyakitnya,dia bercerita,"Mulanya,aku malas nak balik pelantar minggu lepas sebab lepas tu nak cuti Depavali pula.Jadi aku mai hospital nak ambik mc.Temberang doktor di unit kecemasan kata sakit perut utk dpt mc.Agaknya kerana aku menyebut macam penyakit serious sangat,dia nak buat ujian darah dan lainnya dan suruh masuk wad.Gawat,nak minta mc,dia tak bagi.Akhirnya duduk wad dan buat beberapa ujian.Petang tu doktor yg melawat menyebut ada kalsium berlebihan dari biasa dalam darah saya dan perlu ujian lanjut.Akhirnya saya disyaki mengidap kanser dan perlu ujian tisu di hospital Alor Setar."Wajahnya sedih.Dia menyambung,"Aku nak bercuti sangat,Allah bagi cuti yang mungkin bertahun."Saya macam nak tergelak dg apa yg disebut tetapi segera membatalkan dan beralih menyatakan kesabaran dan simpati.

Satu kisah benar.Saya pernah menulis hal cuti sakit yg tidak sakit dan akhirnya Allah seperti menemukan kebenaran kata-kata dlm tulisan dulu iaitu jangan ambil cuti sakit jika tak sakit,bimbang Allah beri sakit sungguh.Mungkin ini kebetulan.Ambil iktibar,kawan saya ni bercerita pd saya pun mungkin untuk menjadi iktibar.Sentiasalah berlaku benar dan berada di atas kebenaran.Mungkin juga peristiwa ini,Allah nak beritahu kawan saya tentang penyakitnya yg tidak disedari sebagai peringatan,ujian dan berikhtiar.

Dihospital kita masih ada sistem kasta dlm layanan,berbeza layanan untuk pegawai kerajaan dan rakyat marhaein.Jika kita ke JPJ,Kastam,imigresen,KWSP,Pendaftaran dan berbagai jabatan kerajaan,kita dilayan sama shj,kena beratur,ambil no giliran,tak kira siapa.Tapi bila sakit,masuk hospital,pegawai kerajaaan gred tertentu dan ibubapa serta anak mereka, diwad satu (bunga raya)sebilik seorang,2 orang,4 orang fully aircondt,lengkap bila air, emergency button,makan pun berbeza juga rasanya,pembedahan percuma,masuk wad percuma.Orang biasa,orang kampung yg bukan pegawai kerajaan atau ibubaoa mereka,di wad 3 (kenanga) yg macam sardin,kipas angin,bilik air berkongsi ranai,riuh rendah,kena bayar wad,bedah dsbnya.Sudahlah tak jadi pegawai kerajaan,kena bayar lagi.Kenapa berbeza,kenapa tak ikut jabatan lain?😠abdghaniharon😠

Kenapa kena berbeza,kita sama-rakyat,sama bayar cukai,awak pegawai kerajaan telah diberi gaji,diberi pencen,elaun yg berbagai,tak cukup lagi.Layanan yg berbeza taraf ini seperti meletak rakyat berbeza kelas.Islam tidak mengajar sedemikian.Apakata semua wad satu taraf shj,dg itu kesesakan di wad 3 dapat dikurang,kemudahan daoat dinaiktaraf.Orang ke hospital untuk berubat bukan untuk makan angin seperti duduk di hotel,cucuplah ada katil,kemudahan bilik air dan aircondt keseluruhan.Mungkin mereka yg berhak dpt wad 1 akan menyanggah pandangan ini,tetapi saya mengajak kita berlapang dada kerana Islam tidak mengajar perbezaan taraf antara manusia,perbezaan layanan.Lihatlah nabi ditegur kerana menumpu layanan kpd pembesar dari seorang rakyat biasa yg buta dlm surah Abasa,jelas menunjuk tidak boleh ada perbezaan layanan kerajaan kpd rakyat dan jika kita insan yg baik,yg merendah diri,kita juga tidak meminta layanan berbeza.Nak layanan berbeza,bayar sendiri di hospital swasta,itu hak kita,kita bayar,tetapi hospital kerajaan adalah satu perkongsian dari pembayar cukai,kita semua berhak mendapat layanan yg sama,berhak untuk diberi ubat yg sama untuk sembuh,berhak untuk hidup.

Saya bekas pegawai kerajaan,bila melawat pesakit di wad 3(kenanga) terasa sedihnya.Ini bukan salah pihak hospital.Mereka yg merangka dasar,merangka pembinaan hospital,mereka yg berkuasa dikabinet dan diparlimen yg patut mengubah..Persamaan layanan rakyat bukan idea komunus terapi itu dasar Islam.Mereka yg merasa diri mereja lebih dari orang lain,sesungguhnya telah sombong kpd Allah yg mencipta manusia sama sahaja .abdghaniharon

No comments:

Post a Comment