BAGAI MENEPIS LALAT DI HIDUNG
Berkata seorang muda kepada saya bila ditegur berhenti berbuat dosa,"Cikgu,semua orang berdosa.Cikgu pun ada dosa..Kita bertaubatlah suatu hari nanti"Saya membalas,"Berdosa itu satu masalah,tetapi akibat dari berdosa itu akan menimbulkan lebih banyak masalah dan kesan hingga mungkin kita tidak terjumpa jalan keluar atau tak tersedar untuk bertaubat".
Betul,kita boleh bertaubat,tetapi soalnya sempatkah nanti kita bertaubat kerana akan timbul kesukaan berbuat dosa.Ibarat lalat jika diletak minyak wangi dan bangkai dlm satu tempat,ia tetap memilih bangkai kerana kelazimannya.Begitu juga orang suka berbuat dosa.
Jangan fikir bila berbuat dosa,kita hanya berdosa tetapi kesan buruknya berdosa itu lebih luas.Mari kita lihat kesan buruk orang berdosa mengikut ulamak besar Ibn Qayyim.Orang berdosa akan terhindar dari mendapat ilmu,jika dapat pun tidak berkat,tidak berfaedah kpdnya.Sebab itu otang berdosa sentiasa menghindar diri dari majlis ilmu,merasa resah berada didlmnya.Lihatlah diri anda,apakah dosa yg kita telah buat yg menghalang kita untuk menambah ilmu.
Orang berdosa akan jauh dari Allah,merasa resah dlm hidup walau ada berbagai kemewahan dunia.Mereka juga jauh dari manusia yg baik-baik.Dengan itu mereka semakin hanyut. Urusan hidupnya menjadi semakin payah kerana tidak mendapat pertolongan Allah.Renungkan pada diri kita, apakah kemewahan hidup telah menjauhkan kita dari Allah.Siapa kawan rakan kita?
Orang berdosa akan terhalang dari kerja mentaati Allah.Dosa yg dilakukan akan menjadi benih menumbuhkan dosa yg lain.Contoh, Satu gambar dedah aurat yg disiar difb,setiap yg melihat berdosa,maka,yg memuat naik beroleh dosa,bila dishare,bertambahlah dosa,bila dimaki hamun, maka yg memuat naik berkongsi sama dosa,bila dibikin fitnah,yg memuat naik terpalit sama,selagi gambar itu berlegar,selagi ada yg menatap,entah-entah hingga yg memuat naik sudah dalam kubur,akaun dosanya masih terus bertambah.Mungkin anda pernah terbaca kisah seorang ahli ibadat yg dihasut syaitan utk mencari jalan beribadat dg lebih khusyuk dg cara buat satu dosa dulu,kemudian bertaubat,dg esak tangis.Ahli ibadat itupun disuruh buat dosa yg mudah sahaja iaitu hanya minum arak.Bila ia minum arak ia mabuk,syaitan mendatangkan wanita kpdnya lalu ia berzina dlm mabuk,setelah ia sedar,ia membunuh wanita itu utk menutup malunya. Lihatlah betapa satu dosa mudah membawa dosa betingkat-tingkat.Jadi jangan buat walau satu dosa mudah,walau kita boleh bertaubat.
Mereka yg kerap berbuat dosa hilang rasa jijik kpd dosa bagai lalat dan bangkai,hatinya tidak lurus,penuh berbelit dan mereka sentiasa menjadi tawanan syaitan.😮abdghaniharon😮
Mukmin adalah orang yang takut pada dosa.Nabi membezakan orang mukmin dg orang berdosa seperti sabdanya,“Sesungguhnya mukmin melihat dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki bukit dan dia takut bukit itu akan runtuh menghempap dirinya. Dan sesungguhnya fajir (orang jahat) melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dia menepis-nepisnya.”(Riwayat Tirmizi)
Jadi fikirlah sebelum berbuat dosa,dosa meninggal suruhan,dosa melanggar larangan.Kesannya bukan hanya berdosa,tetapi bertingkat-tingkat,bertambah-tambah.Jika kita pernah menjadi lalat yg suka menghurung bangkai,mari berubah kpd lalat yg menghurung buah dan bunga yg wangi.Jadilah seperti kucing peliharaan yg baik yg tidak makan selain dari apa yg diberi dlm bekas makannya,tidak kecing dan berak merata,bermanja dg tuannya,sentiasa membersih bulunya.Bertaubatlah untuk membersih dosa,moga keburukan dari dosa lalu akan terungkai dari membelit hidup kita.Bila terasa masalah dlm hidup,resah, kembali memikir dosa lalu, ibarat bukit yg nak menghempap,bertaubatlah.Sesungguhnya dosa bukan bagai menepis lalat dihidung.abdghaniharon
No comments:
Post a Comment