Showing posts with label Lalat. Show all posts
Showing posts with label Lalat. Show all posts

Monday, 16 November 2015

BAGAI MENEPIS LALAT DI HIDUNG

BAGAI MENEPIS LALAT DI HIDUNG

Berkata seorang muda kepada saya bila ditegur berhenti berbuat dosa,"Cikgu,semua orang berdosa.Cikgu pun ada dosa..Kita bertaubatlah suatu hari nanti"Saya membalas,"Berdosa itu satu masalah,tetapi akibat dari berdosa itu akan menimbulkan lebih banyak masalah dan kesan hingga mungkin kita tidak terjumpa jalan keluar atau tak tersedar untuk bertaubat".

Betul,kita boleh bertaubat,tetapi soalnya sempatkah nanti kita bertaubat kerana akan timbul kesukaan berbuat dosa.Ibarat lalat jika diletak minyak wangi dan bangkai dlm satu tempat,ia tetap memilih bangkai kerana kelazimannya.Begitu juga orang suka berbuat dosa.

Jangan fikir bila berbuat dosa,kita hanya berdosa tetapi kesan buruknya berdosa itu lebih luas.Mari kita lihat kesan buruk orang berdosa mengikut ulamak besar Ibn Qayyim.Orang berdosa akan terhindar dari mendapat ilmu,jika dapat pun tidak berkat,tidak berfaedah kpdnya.Sebab itu otang berdosa sentiasa menghindar diri dari majlis ilmu,merasa resah berada didlmnya.Lihatlah diri anda,apakah dosa yg kita telah buat yg menghalang kita untuk menambah ilmu.

Orang berdosa akan jauh dari Allah,merasa resah dlm hidup walau ada berbagai kemewahan dunia.Mereka juga jauh dari manusia yg baik-baik.Dengan itu mereka semakin hanyut. Urusan hidupnya menjadi semakin payah kerana tidak mendapat pertolongan Allah.Renungkan pada diri kita, apakah kemewahan hidup telah menjauhkan kita dari Allah.Siapa kawan rakan kita?

Orang berdosa akan terhalang dari kerja mentaati Allah.Dosa yg dilakukan akan menjadi benih menumbuhkan dosa yg lain.Contoh, Satu gambar dedah aurat yg disiar difb,setiap yg melihat berdosa,maka,yg memuat naik beroleh dosa,bila dishare,bertambahlah dosa,bila dimaki hamun, maka yg memuat naik berkongsi sama dosa,bila dibikin fitnah,yg memuat naik terpalit sama,selagi gambar itu berlegar,selagi ada yg menatap,entah-entah hingga yg memuat naik sudah dalam kubur,akaun dosanya masih terus bertambah.Mungkin anda pernah terbaca kisah seorang ahli ibadat yg dihasut syaitan utk mencari jalan beribadat dg lebih khusyuk dg cara buat satu dosa dulu,kemudian bertaubat,dg esak tangis.Ahli ibadat itupun disuruh buat dosa yg mudah sahaja iaitu hanya minum arak.Bila ia minum arak ia mabuk,syaitan mendatangkan wanita kpdnya lalu ia berzina dlm mabuk,setelah ia sedar,ia membunuh wanita itu utk menutup malunya. Lihatlah betapa satu dosa mudah membawa dosa betingkat-tingkat.Jadi jangan buat walau satu dosa mudah,walau kita boleh bertaubat.

Mereka yg kerap berbuat dosa hilang rasa jijik kpd dosa bagai lalat dan bangkai,hatinya tidak lurus,penuh berbelit dan mereka sentiasa menjadi tawanan syaitan.😮abdghaniharon😮

Mukmin adalah orang yang takut pada dosa.Nabi membezakan orang mukmin dg orang berdosa seperti sabdanya,“Sesungguhnya mukmin melihat dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki bukit dan dia takut bukit itu akan runtuh menghempap dirinya. Dan sesungguhnya fajir (orang jahat) melihat dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dia menepis-nepisnya.”(Riwayat Tirmizi)

Jadi fikirlah sebelum berbuat dosa,dosa meninggal suruhan,dosa melanggar larangan.Kesannya bukan hanya berdosa,tetapi bertingkat-tingkat,bertambah-tambah.Jika kita pernah menjadi lalat yg suka menghurung bangkai,mari berubah kpd lalat yg menghurung buah dan bunga yg wangi.Jadilah seperti kucing peliharaan yg baik yg tidak makan selain dari apa yg diberi dlm bekas makannya,tidak kecing dan berak merata,bermanja dg tuannya,sentiasa membersih bulunya.Bertaubatlah untuk membersih dosa,moga keburukan dari dosa lalu akan terungkai dari membelit hidup kita.Bila terasa masalah dlm hidup,resah, kembali memikir dosa lalu, ibarat bukit yg nak menghempap,bertaubatlah.Sesungguhnya dosa bukan bagai menepis lalat dihidung.abdghaniharon







Saturday, 31 October 2015

JANGAN JADI LALAT

JANGAN JADI LALAT

Biasalah jika ada orang beririhati atau hasad jika ada orang dapat anugerah perkhidmatan,ada orang tukar kereta baru,beli moto besar,ada jiran beli tv besar,perbesar rumah dsbnya.Hasad atau iruhati yg sedemikian ditegah Allah kerana itu seolah tidak menyukai anugerah Allah kpd seseorang,lebih teruk jika berharap apa yg orang lain miliki itu akan hilang atau musnah..Islam mengajar kita tumpang gembira dg nikmat Allah yg diberikan kpd orang lain,bukan beririhati kpdnya.

Tetapi Nabi menyuruh kita beririhati juga kepada dua jenis orang.Jika kita berhasad kpd dua manusia ini,maka sifat hasad yg dijadikan Allah kpd kita itu digunakan dg tepat,bertepatan tujuan Allah ujudkan sifat hasad kpd manusia.Sabda nabi,"
 “Tidak ada hasad kecuali dalam dua perkara: seorang lelaki yang diberikan ilmu oleh Allah tentang al-Qur’an sehingga dia pun membacanya sepanjang malam dan siang maka ada tetangganya yang mendengar hal itu lalu dia berkata, “Seandainya aku diberikan sebagaimana apa yang diberikan kepada si fulan niscaya aku akan beramal sebagaimana apa yang dia lakukan.” Dan seorang lelaki yang Allah berikan harta kepadanya maka dia pun menghabiskan harta itu di jalan yang benar kemudian ada orang yang berkata, “Seandainya aku diberikan sebagaimana apa yang diberikan kepada si fulan niscaya aku akan beramal sebagaimana apa yang dia lakukan.”.”(HR. Bukhari)
Dalam hadis lain disebut juga orang yg diberi ilmu dan dia amalkan serta ajarkan.😬abdghaniharon😬

Bila melihat orang pandai baca quran,bila melihat orang selalu baca quran,beririhatilah kpdnya dg meniru perlakuannya,besaing untuk melakukannya.Jangan memberi alasan,jangan bertangguh bila tua baru nak belajar baca.Jika tak pandai baca,tak lancar,kenapa tak usaha bagi pandai,tak usaha bagi lancar.Apakah membiar masa berlalu akan menyebab kita pandai baca,lancar baca.?Usaha yg berterusan shj jalan yg ada.Jika kita tidak berusaha utk membaca quran setiap hari,terlepaslah kita satu peluang untuk beririhati pada perkara baik.

Begitu juga bila melihat orang bersedekah,beririhatilah kpdnya.Saya pernah melihat di satu bulan ramadan,dimasjid saya selalu orang memberi sedekah selepas solat asar.Suatu hari seorang remaja yg dihantar ibunya memberi sedekah kpd jemaah solat hanya dua ekor ikan gelama kering belah belakang dlm plastik.Tidak lain,ini adalah sifat irihati yg baik,yg ingin sama melakukan amalan yg orang lain boleh buat dg kemampuan yg dia ada.Maka berhentilah memberi alasan,aku tidak apa yg nak disedekahkan,jika demikian kita terkepas satu peluang beririhati pada perkara baik.

Jika pun kita tidak boleh buat dua perkara tersebut,janganlah beririhati kpd nikmat Allah yg diberi kpd orang lain,jangan berharap nikmat itu hilang dari mereka.Jika tidak mampu berbuat baik, jangan pula berbuat kerosakan.Ulamak membanding hal ini dg ibarat jika kita tidak boleh menjadi garam yg menyelamatkan ikan dari menjadi busuk,jangan jadi lalat yg merosakkan ikan.Sifat hasad dan irihati yg selain dari dua perkara yg diharuskan itu adalah ibarat lalat yg merosakkan ikan dg meletak berenga yg menjd ulat.Sifat irihati akan menjana fitnah,umpatan,lebih teruk bertindak merosakkan seperti mengguna ilmu hitam kpd orang lain dsbnya.

Mungkin ada orang berkata,saya tak ada orang nak beririhati,jiran saya pun tak baca quran,saya pun jarang nampak orang bersedekah dg hartanya.Malang sekali.Sebab itu Islam menganjurkan bersahabat dg orang yg baik, orang yg boleh dicontohi,yg boleh membimbing kpd kebaijan.Jika berkurung dirumah,dlm lingkungan sahabat yg setaraf amal ibadat dg kita shj,kita tidak akan ke mana.Carilah orang yg boleh kita berhasad dg kebaikan dan ibadat yg dilakukannya, bukan sekedar menjadi rakan sembang bawah pokok dihalaman,sembang fb dan wassap,sudahnya masuk angin keluar asap.abdghaniharon