Friday, 25 December 2015
WARNA WARNI ORANG MELAYU BERUMRAH
WARNA WARNI ORANG MELAYU BERUMRAH
Di tanah suci saja kita akan melihat manusia berduyun ke masjid lima kali sehari untuk solat dan berduyun pula berjalan balik.Semuanya berjalan kaki,tak kira hang dato,tan sri atau pak tani.Kalau di negara kita ada dua kali nanudia berduyun ke masjid,waktu raya puasa dan raya haji.Tidak ada sejadah vip,tiada tandas vip,semua orang kena bawa kasut sendiri dlm masjid,polis menghalau orang macam menghalau kawanan kambing.
Biasanya di tanah suci warna utama adalah putih dari jubah,telekong dan kain ihram , hitam dari jubah dan tudung wanita.Tetapi kebelakangan ini orang melayu dan indonesia khususnya, meletak tompokan warna yg pelbagai dlm lautan hitam putih menerusi tudung berfesyen,bertingkat,berwarna warni macam nak pi makan kenduri.Datang ke mekah utk ibadat bukan utk melaram,nak tayang tudung terbaru Fareeda.Bukankah yg lebih baik wanita itu memilih pakaian dg warna yg tidak nenarik pandangan,jika seseorang memakai warna merah dlm lautan nanusia yg memutih dan kehitaman,seluruh biji mata akan tertarik memandangnya.
Tak cukup dg itu orang indon memakai baju batik pada rombongan mereka.Ada pula syarikat pengendali meminta ahli rombongan khususnya wanita memakai skaf besar sbg tudung dan dicetak nama syarikat.Kesian wanita ini menjadi
penjaja iklan dikepalanya hingga ke dlm masjid,ke dlm solat.Jika kita biasa mendengar tegahan tidak boleh berniaga dlm masjid,apakah membawa iklan syarikat bukan unsur niaga.Pada saya,guna skaf itu ok utk tujuan pengenalan,tapi tak perlulah mempamer iklan nama syarikat,jika nak letak pun,biarlah tersembunyi sedikit.Berlaku adillah kpd pelanggan anda,jangan jdkan mereka tukang jaja iklan.
Ada juga romantisnya di Mekah ini.Orang tua tua jalan bersama,berpimpin tangan,memegang baju,memeluk bahu.Kalau di negara sendiri jalan berasing,depan belakang,bila ditanah suci,jalan seiring,bagai merpati dua sejoli pergi balik masjid,bertawaf,bersaie,shopping.Inilah agaknya satu rahmat berkunjung ke tanah suci,jauh dari keluarga membolehkan orang tua tua mengimbau kenangan lalu yg mengusik jiwa dan menghijaukan kembali jasih sayang yg telah pudar..Lebih nak tergelak orang tua tua makan ice creame dlm kun yg di jilat bagai budak kecik.Kalau di negara kita buat macam ni,habislah title pak haji dan mak aji.
Yang menyakit mata pun ada.Rokok murah di sini,maka perokok tegar tetap merokok walaupun haram,walaupun datang nak ibadat.Mutawif umrah saya menyebut hal ini secara langsung dlm taklimat,tetapi saya terserempak selalu mereka merokok ditangga hotel.Tapi bila sembang politik bukan main,"pasai apa tak mau hudud",sedangkan dirinya dg sebatang rokok sudah tewas.Di tanah suci tiada kedai kopi yg ada kerusi meja boleh duduk duduk.Apa yg dibeli,carilah sendiri tempat makannya.Akibatnya adalah orang kita yg makan dan minum berdiri,berjalan.Seperkara lagi di tanah suci tiada ketul ais dijual,tiada teh ais,kopi ais,necafe atau milo ais,tiada boleh beli minuman dlm plastik.Minuman sejuk hanya sejuk shj,tiada ais,jika ada amat sedikit.
Pada pengamatan saya,orang Melayu amat kurang beriktikaf dln masjid dan membaca quran.Mereka lebih meneru pergi balik masjid,rajin buat jmrah sampai berkali-kali,tapi quran tak juga qatam walau sekali dan meneru di kedai membeli belah dan suka memandang itu ini dg kekaguman..Bangsa lain biasanya memenuhi masjid utk beriktikaf.
Tahun 2012 saya pernah berumrah dan buat dailisis dg mudah di mekah dan madinah.Kali ini saya terpaksa menyemak dibeberapa hospital baru dpt tempat dailisis kerana penuh booking,itupun hingga 2 pagi.Ini menunjukkan pesakit buah pinggang amat ramai,yg rosak buah pinggang seperti saya,anda boleh ke tanah suci,dailisis percuma dan kekadang anda diberi makan juga percuma.Latihlah berjalan sehari 2 km kerana rumah kediaman kebanyakan jauh dlm jaraj 1 km dan masjid yg sangat luas.
Nak sampai ke tanah suci ini agak susah,penerbangan 9 jam. Bermacam kerenah lagi.Bila dah ada kesempatan,buatlah yg terbaik.Jangan bawa kebiasaan kita,tetapi pilihlah utk menjd sepeti orang lain yg lebih baik.
Saya sambung lain kali.
Labels:
Umrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment