Friday, 11 December 2015

SYARAT UNTUK JADI MENANTU ,TIDAK MEROKOK Singgah di sebuah masjid saya terserempak dengan

SYARAT UNTUK JADI MENANTU ,TIDAK MEROKOK Singgah di sebuah masjid saya terserempak dengan rombongan pengantin,mungkin ada majlis akad nikah di masjid.Ketika berwuduk di kolah,saya lihat pengantin lelaki merokok di pintu tandas,berkepul asapnya.Agaknya gelabah nak mengadap tok imam.Majlis akad dibuat didepan mimbar dan ssya bersolat di satu penjuru masjid.Tok imam mengguna mike dlm qutbah nikah dan akad.Berkali-kali akad diulang kerana pengantin lelaki tersangkut menerima akad,tergagap,terlupa nama bakal isteri,terlupa jumlah mas kahwin.Imam suruh rehat seketika untuk bertenang.Dalam hati saya berkata, buat dosa dengan merokok,lepas tu nak buat ibadat terima akad dg mulut yg baru berbuat dosa,itulah padahnya.Saya meninggalkan mereka,entah sampai bila baru boleh selesai majlis itu.🐹abdghaniharon🐹 Merokok dan vape dah difatwa haram,haramlah. Berhentilah. Kempen kerajaan nampaknya kurang berkesan.Maka saya nak cadang kempen yg tak melibat kerajaan tetapi libat peranan orang Islam sahaja,kerana rokok ini masalah hukum,masalah merosakkan diri.Apa kata jika semua bapa yg ada anak dara meletak syarat untuk jadi menantu,tidak boleh merokok,jika tidak,pinangan ditolak.Beri syarat kpd anak perempuan,suruh bakal suami jangan merokok,jika dok merokok,mula berhenti sebelum masuk meminang.Kalau semua bapa bertegas hal ini,ramai yg akan berhenti merokok kerana orang bercinta sanggup berkorban apa saja.Mungkin ada orang tanya,cikgu cadang cikgu dah buat ka?Sudah,menantu saya masa meminang telah diletak syarat tidak merokok.Ini perkara hukum,kalau dg rokok sebatang sanggup buat dosa,iman mereka lebih murah dari sebatang rokok,macam tuu kah nak buat menantu,nak menyambung zuriat kita?Tapi kalau kita yg menjadi bapa sendiri merokok,mungkin Allah takdirkan menantu pun merokok sebagai satu kebencian,jika Allah masih menyayangi moga didatangkan menantu yg tidak merokok dan berani menegah..😆abdghaniharon😆 Lebih jauh ,jangan pangkah wakil rakyat yg merokok walau dari parti Islam kerana jika dg sebatang rokok pun tewas,macam mana nak tegak hukum Islam.Guru saya pesan,jangan mengaji dg guru yg merokok,cakap tak serupa bikin,ada sifat munafik,termasuklah cikgu sekolah.Jika boleh guna Pibg minta tukar cikgu yg merokok disekolah,walau dalam tandas,hantar ke SJK Cina atau SJK Tamil,kerana rokok haram pada orang Islam shj..Ni mesti ada cikgu naik angin, minta maaflah, jika nak marah pun fikir banyak kali. Mungkin bila mengambil pekerja pun kena tanya soal merokok kerana pekerja yg merokok biasanya mengotorkan dan tak lama akan berpenyakit.Bila membeli barangan dipasar minggu,atau gerai makanan,jika terlihat yg menjual berkepit rokok,carilah penjual yg lain,kerana kita seolah memberi rezeki ketika dia buat dosa.Nak beri zakat pun lihatlah asnaf yg tidak merokok supaya duit zakat kita tidak diguna pada perkara haram.Jangan berimamkan seorang yg merokok kerana kita yg tidak merokok lebih baik dari dia yg bergelar imam atau ustaz.Nabi melarang kpd mereka yg berbau mulut kerana makan makanan : "Barangsiapa yang makan buah dari pohon ini yakni bawang putih maka janganlah sekali-kali mendekati masjid kita."(Muttafaq 'alaih)Merokok menyebab bau mulut yg lebih dahsyat.Ustaz yg merokok lebih baik tak dipanggil berceramah kerana mereka ibarat kokok berderai-derai,ekor bergelumang taik. Banyak lagilah kalau nak sebut.Jika kita semua sepakat dg tujuan untuk kebaikan mereka yg merokok, supaya mereka patuh kpd hukum Allah,perkara ini boleh berjaya.Ini juga satu dakwah.Kepada mereka yg merokok,saya tidak berniat buruk, sesungguhnya cadangan yg diberikan adalah dg tujuan untuk mengembalikan anda kpd jalan yg benar,patuh hukum tuhan. Ingatlah pesan Allah dlm quran,'dan janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan'.(surah baqarah 195) .abdghaniharon Sharelah sebagai teguran,moga ada hati yg mahu berfikir dan berubah kpd yg lebih baik.Dilarang memadam nama penulis sebagai satu tanggungjawab dan adab.

No comments:

Post a Comment