Thursday 3 December 2015

GAJAH DIBIBIR MATA TAK NAMPAK

GAJAH DIBIBIR MATA TAK NAMPAK Bila timbul idea untuk memberi kerusi roda percuma kepada mereka yang memerlukan dibawah projek sedekah jariah saya,saya terfikir juga dalam hati,masih adakah orang yg perlu?Sumbangan dari rakan fb amat menggalakkan.Dalam masa beberapa minggu mengiklan dihadapan rumah sahaja,saya menerima permintaan sebanyak 12 orang yang selama ini memerlukan kerusi roda tetapi tidak mampu membeli,bahkan ada wanita tua yg berkesot dirumah sudah bertahun,ada oku yg merangkak dirumah sejak kecil,ada datuk yg berkurung dalam rumah entah berapa lama.Ya Allah!! Bila saya sambung kpd projek bantuan unifom sekolah,saya menemui lebih banyak anak yatim yg amat memerlukan,yg siibunya bersusah hati,berkusut fikiran,berhempas pulas berusaha mencari ratusan ringgit untuk baju,kasut,beg,stokin shj,belum termasuk buku tulis,sebelum sekolah dibuka. Sebenarnya didalam masyarakat kita tersembunyi mereka yg susah,yg miskin,yg fakir kerana mereka tidak meminta.Kita yg berada pula tidak mencari tetapi Allah menyebut dalam quran mengingatkan semua orang Islam tentang yatim dan miskin 23 kali berbanding perkara lain,tetapi banyak orang melupakannya bahkan lebih menumpu kpd perkara lain.Kita akan ditanya nanti kerana kita diperingatkan banyak kali,Allah sengaja menduga kita bila Dia menjadikan seseorang miskin,menjadikan suatu keluarga yatim.Tugas kita mencari,membantu,tetapi mereka yg miskin dan yatim tidak disuruh meminta_minta.Yg miskin itu asnaf zakat,yg menjd wajib pada kita mengagih zakat,yg yatim, Allah sebutkan tidak beriman seseorang yg tidur kekenyangan tetapi anak yatim yg menjd jirannya kelaparan, membayangkan beratnya tanggungjawab kita. Dalam masyarakat perlu bangun seseorang atau suatu pertubuhan atau pakatan yg mengendali bantuan untuk dua golongan ini supaya kita terlepas tanggungjawab ini.Jangan hanya mengharap kpd rumah anak yatim kerana ia mungkin berjauhan .Bila saya memulakan projek sedekah jariah ini,saya mendapat sumbangan yg mencurah dari berbagai golongan yg menyumbang kerana mereka tidak berkesempatan dan tidak berupaya mencari golongan miskin dan yatim ini sedangkan mereka mempunyai kesedaran.Dengan itu saya mengajak agar instutsi masjid,atau surau,atau badan kebajikan bahkan orang persendirian,membangunkan usaha untuk mewujudkan satu badan yg mengutip sumbangan dan mengagih sumbangan kpd golongan yatim dan miskin dlm qariah atau kawasan masing-masing.Siapa shj yg nak menyumbang,walaupun sedikit,boleh terus kpd badan ini dan kelak diakhirat kita dapat mrnjawab dihadapan Allah bahawa kita telah berusaha,bahawa kita ada membantu menerusi usaha tersebut.Kita perlu 'juara atau hero' atau orang yg meminta bagi pihak dua golongan ini sebagai kewajipan memenuhi perintah Allah.☺abdghaniharon Jangan kita terlalu ghairah dg perkara besar,perkara negara,antara bangsa sedangkan yg ditepi hidung buat tak nampak.Jangan jadi pelanduk diseberang nampak,gajah dibibir mata tak nampak.Mereka yg miskin,yg yatim diluar negara nampak,anak yatim Pakistan dibantu bila ada yg datang menadah dipintu,tetapi anak yatim dlm qariah sendiri dilupakkan sedangkan yg dlm qariah,yg jd jiran kita,itulah yg akan ditanya kerana menjadi wajib.Apakah kita yakin anak yatim dlm qariah kita dpt menyuap makanan,makan nasi berlauk, berbanding ada orang berkempen orang diluar hanya dapat makan daging bila raya.Sedangkan kita tidak pernah menjengok dapur rumah mereka dan mereka bukanlah peminta.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment