Wednesday, 16 December 2015

DUIT ADA PUN BELUM TENTU BOLEH PI MEKAH

DUIT ADA PUN BELUM TENTU BOLEH PI MEKAH Seorang lelaki berkata semasa di balai lintang masjid," Aku himpun duit ingat nak pi Mekah,duit dah cukup,tak boleh pi juga lagi.Dulu duit tak ada,tak boleh pi,la ni duit ada,pun tak tak boleh pi juga"Kita sembang sedikit hal ini. Betul lelaki itu telah berusaha untuk pergi Mekah,tetapi ada satu usaha yg jauh lebih utama dari mengumpul duit.Berdoa semoga Allah menjemput dirinya menjadi tetamu Allah itu lebih utama, kerana dengan jemputan Allah kita akan boleh berada di tanah suci,bagaimana,itu terserah kpd kuasa Allah.Usaha mengumpul duit itu hanya sebagai ikhtiar dan bukti kesungguhan kita untuk pergi ke Mekah,tetapi jika kita tidak sertakan doa,berserah kpd Allah,jika kita tidak dijemput Allah,tetaplah kita tidak dapat ke tanah suci.Dulu orang kata ada duit boleh ke Mekah,sekarang ada duit pun belum tentu boleh pergi.Jadi,apa pun doa dibuka jalan,dipermudah henndaklah didahulukan dg diiringi usaha ke arah itu.Jangan yakin Tabung Haji dah bagi tahun akan pergi,kerana kehendak Allah akan mengubahnya,mungkin lebih awal,mungkin langsung tidak sempat. Begitu juga kepada perkara lain dlm hidup.Jangan study siang malam tonggeng terbalik dg yakin kita akan lulus cemerlang,sedangkan doa tidak dirafak kpd Allah.Jangan yakin padi di bendang akan menjadi,pokok di dusun akan berbuah,pukat di laut akan mengena,tanpa berdoa dan berserah kepadaNya.Jangan percaya jualan kita akan terus laris,kerana Allah boleh melakukan apa saja jika kita menafikan kekuasaanNya. Jangan yakin bahawa apa yg ada dlm pinggan didepan menjadi rezeki kita,kerana mungkin ia tercicir sebelum masuk ke mulut.Kembalilah bergantung harap kpd Allah. Kebanyakan kita terlupa dlm keghairahan berusaha,utk berserah kpd Allah.Kita begitu yakin kita boleh,secara tidak sedar kita tidak bersandar kpd kuasa Allah,akhirnya bila gagal baru teringat kpd Allah.Jika kita gagal sedang kita yakin kita boleh berjaya,itu bermakna Allah memberi peringatan bahawa Dia mengatasi segalanya.Sebab itu jika gagal pun kita kena bersyukur,beristighfar bimbang kita tersilap dlm keyakinan.Bukan yakin usaha kita skan berjaya,tetapi yakin bahawa Allah yg akan membantu menjayakannya.😀abdghaniharon😀 Perkara ini melibat akidah yg halusi,yg pakar motivasi kerap tercicir.Mereka yg kecewa kerana gagal,kerapkali adalah kerana tidak memahami bahawa usaha kita tidak menentukan kejayaan (dlm bahasa kitab disebut usaha manusia tidak memberi bekas)tetapi kehendak Allah akan menetukan segalanya.Akhirnya mereka menyalahkan Allah sebagai tidak mengizinkan.Hakikatnya bukan soal izin,itu hak Allah kpd hambanya,itu ketentuanNya.Allah menyebut, kamu merancang dan Aku merancang,perancangan Aku lebih baik. Ayat imi jelas menunjukkan bukan soal izin ,tetapi apa yg Allah tentukan itu lebih baik dari apa yg kita harapkan dan usahakan. Kesimpulannya jangan mengeluh pada setiap perkara yg berlaku,jangan merasa kecewa pada setiap usaha yg gagal, tetapi bersyukurlah pada setiap perkara dan beristighfarlah pada setiap kegagalan dlm berusaha supaya kita kembali mengikut perancangan Allah dan redo kpd ketentuanNya.abdghaniharon

2 comments:

  1. Betul kata cikgu itu. Ada orang semua tempat dia nampak dlm dunia Air Asia ...hanya Mekah jer ..dio tak napok. Gitulah cikgu. Bila tuhan tak gerakkan hati, taufiq hidayah kureng ... gitulah.
    Wallahu aklam. tk kerana menulis ini.

    ReplyDelete
  2. Betul kata cikgu itu. Ada orang semua tempat dia nampak dlm dunia Air Asia ...hanya Mekah jer ..dio tak napok. Gitulah cikgu. Bila tuhan tak gerakkan hati, taufiq hidayah kureng ... gitulah.
    Wallahu aklam. tk kerana menulis ini.

    ReplyDelete