Monday, 14 December 2015
GUNTING KECIL BUAT MERAIH GANJARAN UMRAH
GUNTING KECIL BUAT MERAIH GANJARAN UMRAH
Saya menziarahi seorang kawan sekampung yg hendak mengerja umrah.Ketika berbual,seorang tua jiran sekampung turut berkunjung.Setelah berbual agak lama,pakcik ini minta diri dan ketika bersalam,dia memberi satu gunting kecil kepada tuan rumah.Katanya,"Saya tak mampu nak pi ke Mekah,kerja pun cukup makan saja.Tumpang pahala pun jadilah."Sedih juga mendengarnya.Gunting kecil memang perlu untuk bergunting beberapa helai rambut setelah selesai umrah iaitu bertahallul.
Menumpang berbuat amal kebajikan, atau tolong menolong kearah berbuat kebajikan adalah perintah dari Allah dlm quran."Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5:2]Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kerja kebajikan perlu dilakukan secara bersama,bantu membantu mengikut kemampuan,mungkin kita tidak mampu sendirian ke syurga Allah.
Bila ada orang berkenduri,hulurkan sedikit sumbangan tumpang berkenduri kerana kita mungkin tak mampu nak buat kendiri sendiri.Jika ada program bantuan untuk fakir miskin,yatim,hulurkan juga sedikit yg mampu,kerana jika kita beri sendiri mungkin kelihatannya amat sedikit.Jika orang nak tanah suci,berilah sumbangan walau sedikit untuk menumpang kebaikan.Jika ada pelajar tempat kita yg mungkin bermusafir hingga ke luar negara untuk menuntut ilmu khususnya ilmu agama,berilah zakat atau bantuan,juga untuk membantu kearah kebaikan.Jika ada yg mengumpul bantuan utk bencana atau jihad diluar negara,berilah sekadar ada kerana kita tidak mampu melakukannya sendiri.
Selain wang ringgit,tenaga dan fikiran juga boleh disumbang ke arah kerja kebaikan.Dimana yg boleh pada program masjid atau surau,ambillah peranan,walau tidak berjawatan.Paling tidak,hadirlah menjayakan program yg diatur walaupun hanya sekedar menjadi hadirin,nescaya Allah perkirakan peranan kita.Diprojek sedekah jariah saya ada jiran yg datang tolong gantung pakaian,ada yg tolong kutip penyangkut,ada yg tolong cuci tempat wakaf ambil air bertapis,tolong memungut sampah bahkah ada yg datang untuk bersembang dan memberi sokongan kerana umur yg telah lanjut dan tidak berdaya lagi,yg lainnya menyumbang barangan dan wang ringgit.Semua ada peranan, kerana saya sendiri tidak berupaya melakukan sendirian.
Hakikatnya,Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang dimana dibuka ruang kita berbuat kebaikan dg cara bantu membantu walau pun sedikit dg kadar kemampuan yg ada kerana mungkin kita tidak mampu melakukan sendiriam..Dengan itu tidak ada seorang pun dari kita yg menjadi hamba Allah boleh berkata aku tidak memilki apa apa untuk berbuat baik.Hatta jika kita terlantar dikatil pun,atau sebagai suri rumah yg hidup berlegar dirumah shj,panjatlah doa utk mereka yg berbuat kebaikan,lontarkan rasa simpati dan sokongan, moga Allah beri juga kebaikan kpd kita.Bila mendengar suatu kerja kebajikan yg dilakukan jauh dari kita yg tidak terjangkau,panjatkanlah doa untuk mereka,itu juga satu pertolongan kerana salah satu senjata orang muslim ialah doanya.Jangan remehkan dan pandang kecil pada setiap bantuan untuk berbuat baikJd jangamlah simpan jari jemari dan tanganmu dg berpeluk tubuh,kaki mu dg bersila panggung,fikiran yg kosong,tetapi carilah ruang dan peluang untuk turut berbuat baik dg apa yg terdaya oleh kita.Jika orang tua dlm kisah diatas hanya sanggup memberi gunting kecil yg harga tidak seberapa untuk tumpang memperoleh ganjaran orang berumrah,fikirkanlah mungkin kita boleh memberi apa untuk tumpang mendapat kebaikan dari usaha berbuat baik oleh orang lain.abdghaniharon
Labels:
Gunting
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
King casino review and free spins - Viecasino
ReplyDeleteKing casino 카지노사이트 is owned and operated by the casino, and in accordance with the Malta Gaming Authority. 메리트카지노 King casino is vua nhà cái licensed by the Malta Gaming Authority.