Monday, 23 November 2015

KUCING TUA PUN BERGERAK EKORNYA BILA TIKUS MELINTAS

KUCING TUA PUN BERGERAK EKORNYA BILA TIKUS MELINTAS Seorang misi merungut kepada saya,"Pak Cik tu suka tengok atas bawah.Habih di peghatinya.Tak sukalah.Unifom kami memang singkat bajunya."Dia nak menyatakan ada pesakit yg datang buat dailisis yg suka melihat susuk tubuh misi dg pakaian seluar yg agak ketat dan baju singkat tak menutup bahahian punggong.Dia seolah minta saya menasihatkan pak cik tu tetapi sebaliknya saya menyuruhnya membuat baju baru yg lebih labuh.Kucing walau setua mana,bila nampak tikus,tetaplah ia bersedia menerkamnya walau kudrat tak sebanyak mana.Nafsu manusia tidak pernah tua seperti umur mereka. Lebih baik kita mengubah diri kearah yg lebih baik dari menyuruh dan mengajak orang berubah.Kalau kita yg menyebab orang buat dosa,biar kita berubah,jangan dok sibok menyalah orang lain dg kata-kata gatai,meghela,tua keladi.Sebab itu Islam menetapkan pakaian yg tidak menampak susuk tubuh kerana sedikit saja susuk tubuh terbentuk,syaitan sudah bertenggek di atasnya utk menggamit pandangan,tetapi jika lelaki berpakaian ketat,tak siapa pun melihatnya,bahkan meluat pula.Sebab itu juga pakaian wanita sebaiknya berwarna gelap,kusam,tidak menarik pandangan. Ingatlah kita semua ada peranan untuk membentuk suasana.Pakaian dan penampilan kita boleh mungubah suasana suatu tempat,seolah radar yg memutar setiap kepala untuk melihat kita,magnet yg menarik setiap pandangan.Maka biarlah mereka melihat dg kebaikan,bukan melihat dg dosa pada bonjolan disana sini pada tubuh kita.Satu ketika,saya menunggu dikaunter sebuah jabatan kerajaan,tetiba masuk seorang lelaki berketayap putih dg dua anak gadis bertudung litup dan memberi salam.Mereka duduk dikerusi.Suasana yg tadinya agak riuh terhenti dg salam itu dan anak gadisnya dilihat mengeluarkan telefon dan kelihatan membaca,saya rasa quran.Sibapa saya lihat bercakap sesuatu di kaunter sambil menunjuk ke arah tv yg menyiar program nyanyian,dan serentak itu chanel tv berubah kpd satu perbincangan mengenai penyakit di saluran lain.Ini yg saya maksudkan biarlah kehadiran kita mengubah suasana kpd lebih baik. Semua orang ada peranan tersendiri untuk mengubah dan membentuk.Dirumah ibubapa yg kena berperanan,jangan biar tumah menjadi panggung wayang dari pagi hingga ke malam,jangan jadi kelab malam melalak dg lagu tak kira waktu,jangan jadi internet cafe yg game computernya tak kira waktu bersolat.Nabi sebut dalam hadis jangan jadikan rumahmu bagai kuburan,dg andai pada zaman nabi tiada alatan seperti sekarang,maka rumah menjadi sunyi,lalu nabi menyuruh dibacakan quran dirumah.Maka kini kenapa rumah tidak diisi dg bacaan quran tetapi melalak dg muzik yg menjd seruling syaitan,penuh gelak ketawa,tangis,kesakitan yg penuh kepuraan dlm lakonan wayang.Kenapa tv kena di on hari hari,anak kecil kena dipaksa menonton upin ipin,tetapi quran tak dibuka walau sehelai sehari,anak kecil tak diajar menyebut kalimah Allah selancar sebutan "betul,betul,betul" oleh si upin dan ipin.😃abdghaniharon😃 Tanyalah orang yg pernah pergi umrah,haji.Mereka semua akan berkata seronok duduk di Mekah,dok fikir nak bersolat , nak ibadat shj,fikir nak pi masjid shj.Jawapannya mudah,suasana semua orang bepakaian menutup aurat yg sebenar,susana semua orang tidak berbuat dosa,suasana semua orang nak berbuat ibadat,menyebabkan mata kita terhalang dari berdosa,telinga sentiasa mendengar yg baik,fikiran sentiasa tertumpu utk berbuat baik,menyebabkan diri kita terdorong untuk beribadat shj.Maka ciptalah dunia kecil sepeti tansh suci dirumah sendiri,jadilah faktor pengubah kpd suatu tempat dimana kita berada.Hidupkan suasana baik,suasana kebajikan dg berpakaian dan penampilan sempurna menurut Islam,bercakap perkara baik,hentikan umpatan,hentikan perkara sia-sia. Ingatlah kita tidak boleh melarang orang melihat apa yg menarik pada tubuh kita,maka kita jadikan apa yg dipakai harus pada penglihatan mereka,biarlah mereka lihat.Kucing tua pun tetap bergerak ekornya bila tikus melintas.Jom kita menjadi faktor pengubah yg lebih kearah baik bagai kapor yg mengubah kunyit menjadi perang.abdghaniharon.

No comments:

Post a Comment