Saturday, 21 November 2015

CARIK PADA JUBAH ORANG

CARIK PADA JUBAH ORANG Dalam perjalanan ke masjid,saya terserempak dengan seorang lelaki tua sedang menimbus lopak kecil dengan batu yang dibawa dalam uncang plastik dijalan berdepan rumahnya.Bila saya menyapanya,dia bersungut jalan dalam kampung banyak tempat dah rosak,JKK buat tak tahu saja.Katanya,"Setakat mana kita larat,kita tolong perbaiklah." Perkataannya mengingatkan saya kisah burung pipit yang membawa air dalam paruh untuk memadam api yang membakar nabi Ibrahim,walaupun air itu tidak akan memadamkan api.tetapi itu tidak penting,yang penting berusaha dengan kemampuan kita,Allah yang menentu jaya tidaknya.Jangan tunggu ada perkara besar baru nak buat kebajikan,ada bencana banjir,kemusnahan,baru nak berbuat kebajikan,sedangkan didepan mata ada berbagai kerja kebajikan yg kecil yang boleh dibuat untuk manfaat orang ramai.Hingga disebut,kamu membuang halangan dijalan itu satu amalan iman.☺abdghaniharon☺ Ada orang tunggu kaya baru nak bersedekah,tunggu berlebih baru nak memberi,tunggu senang baru nak menyumbang, jawabnya sampai tualah tidak berbuat kebajikan.Ada yang tunggu rezeki bertambah,dapat itubini,naik pangkat baru nak berkenduri.Ada yang menunggu terserempak dengan orang yang meminta,baru nak memberi.Ada gerakan berusaha nak memerintah baru fikir tentang Islam,maka terbiarlah aspek kebajikan,pendidikan,ekonomi dan sebagainya kerana seluruh usaha ditumpu kepada nak berkuasa sedangkan menegakkan Islam buka bermaksud berkuasa sahaja tetapi melaksana seluruh hidup secara Islam baik ekonomi, sosial,pendidikan, kebajikan,politik dan sebaganya,bukanlah politik semata.Kita disuruh berdakwah menyeru kepada Islam tidak kira berkuasa atau tidak. Kenapa kita tidak berusaha menimbulkan gerakan untuk membangun ekonomi Islam,membangun sistem pendidikan Islam,pengurusan kebajikan Islam secara besar-besaran seperti bangunnya gerakan politik Islam.?Kenapa kita kena tumpu politik sahaja,sedangkan melaksana hukum Islam itu hanya satu perintah,sedanhkan banyak lagi perintah Allah yang suruh lakukan yang kena dibuat samada memerintah atau tidak.Kita masih bergantung bahan makanan pada bukan Islam,jangan ceritalah barangan lain,bahkan nak nuat masjid pun bergantung kepada bukan Islam.Sekolah agama,tahfiz adalah sekolah termiskin.Orang Islam meminta-minta dimana sahaja untuk berbagai keperluan hinggalah untuk membiayai rumah tuhannya.Keruntuhan akhlak paling ramai dari orang yang mengaku Islam.Semua ini akan ditamya Allah sama seperti ditanya soalan menegak pemerintahan secara perindangan Islam. Saya nak ajak anda melaksana Islam dalam diri,dalam keluarga,perselitaran hidup kita setakat termampu.Binalah ilmu untuk diri,untuk keluarga untuk memenuhi bidang ibadat,berkahwin,berumahtangga dan hiduplah secara tuntutan dalam munakahah,buat kerja menurut prinsip Islam,buat niaga dan barangan keluaran untuk memenuhi tuntutan muamalah,tuntutlah dilaksana hukum islam dalam prinsip jinayat.Buatlah kerja kebajikan kerana jika setiap kita melakukan kerja kebajikan,hidup kita akan bahagia tanpa mengharap semata-mata dari kerajaan. Jangan terlalu kecewa perundangan Islam tak terlaksana,mungkin Allah tak makbulkan kerana kita tidak sempurnakan lagi perintah yang lain dalam hidup Islam.Dalam kita menuding tangan menyalahkan pemerintah yang tidak mahu laksana hukum Islam,tanyalah juga diri kita,apakah aku telah laksanakan semua perintah Allah,selain dari perintah menegak perundangan Islam.Jangan kuman diseberang laut nampak,gajah dibibir mata tak nampak.Jangan nampak carik pada jubah orang,carik pada jubah srndiri tak nampak.Saya tetap menyokong dan menuntut perundangan Islam tetapi saya lebih cenderong untuk memastikan perintah lain juga dilaksana,perintah membantu anak yatim dan miskin yang disebut 23 kali dalam quran,perintah ibadat,pendidikan,akhlak,kesihatan dan sebagainya.Islam bukan mesti tertegak dengan adanya negara,tetapi wajib menegak Islam dalam diri,dalam keluarga..abdghaniharon CARIK PADA JUBAH ORANG Dalam perjalanan ke masjid,saya terserempak dengan seorang lelaki tua sedang menimbus lopak kecil dengan batu yang dibawa dalam uncang plastik dijalan berdepan rumahnya.Bila saya menyapanya,dia bersungut jalan dalam kampung banyak tempat dah rosak,JKK buat tak tahu saja.Katanya,"Setakat mana kita larat,kita tolong perbaiklah." Perkataannya mengingatkan saya kisah burung pipit yang membawa air dalam paruh untuk memadam api yang membakar nabi Ibrahim,walaupun air itu tidak akan memadamkan api.tetapi itu tidak penting,yang penting berusaha dengan kemampuan kita,Allah yang menentu jaya tidaknya.Jangan tunggu ada perkara besar baru nak buat kebajikan,ada bencana banjir,kemusnahan,baru nak berbuat kebajikan,sedangkan didepan mata ada berbagai kerja kebajikan yg kecil yang boleh dibuat untuk manfaat orang ramai.Hingga disebut,kamu membuang halangan dijalan itu satu amalan iman.☺abdghaniharon☺ Ada orang tunggu kaya baru nak bersedekah,tunggu berlebih baru nak memberi,tunggu senang baru nak menyumbang, jawabnya sampai tualah tidak berbuat kebajikan.Ada yang tunggu rezeki bertambah,dapat itubini,naik pangkat baru nak berkenduri.Ada yang menunggu terserempak dengan orang yang meminta,baru nak memberi.Ada gerakan berusaha nak memerintah baru fikir tentang Islam,maka terbiarlah aspek kebajikan,pendidikan,ekonomi dan sebagainya kerana seluruh usaha ditumpu kepada nak berkuasa sedangkan menegakkan Islam buka bermaksud berkuasa sahaja tetapi melaksana seluruh hidup secara Islam baik ekonomi, sosial,pendidikan, kebajikan,politik dan sebaganya,bukanlah politik semata.Kita disuruh berdakwah menyeru kepada Islam tidak kira berkuasa atau tidak. Kenapa kita tidak berusaha menimbulkan gerakan untuk membangun ekonomi Islam,membangun sistem pendidikan Islam,pengurusan kebajikan Islam secara besar-besaran seperti bangunnya gerakan politik Islam.?Kenapa kita kena tumpu politik sahaja,sedangkan melaksana hukum Islam itu hanya satu perintah,sedanhkan banyak lagi perintah Allah yang suruh lakukan yang kena dibuat samada memerintah atau tidak.Kita masih bergantung bahan makanan pada bukan Islam,jangan ceritalah barangan lain,bahkan nak nuat masjid pun bergantung kepada bukan Islam.Sekolah agama,tahfiz adalah sekolah termiskin.Orang Islam meminta-minta dimana sahaja untuk berbagai keperluan hinggalah untuk membiayai rumah tuhannya.Keruntuhan akhlak paling ramai dari orang yang mengaku Islam.Semua ini akan ditamya Allah sama seperti ditanya soalan menegak pemerintahan secara perindangan Islam. Saya nak ajak anda melaksana Islam dalam diri,dalam keluarga,perselitaran hidup kita setakat termampu.Binalah ilmu untuk diri,untuk keluarga untuk memenuhi bidang ibadat,berkahwin,berumahtangga dan hiduplah secara tuntutan dalam munakahah,buat kerja menurut prinsip Islam,buat niaga dan barangan keluaran untuk memenuhi tuntutan muamalah,tuntutlah dilaksana hukum islam dalam prinsip jinayat.Buatlah kerja kebajikan kerana jika setiap kita melakukan kerja kebajikan,hidup kita akan bahagia tanpa mengharap semata-mata dari kerajaan. Jangan terlalu kecewa perundangan Islam tak terlaksana,mungkin Allah tak makbulkan kerana kita tidak sempurnakan lagi perintah yang lain dalam hidup Islam.Dalam kita menuding tangan menyalahkan pemerintah yang tidak mahu laksana hukum Islam,tanyalah juga diri kita,apakah aku telah laksanakan semua perintah Allah,selain dari perintah menegak perundangan Islam.Jangan kuman diseberang laut nampak,gajah dibibir mata tak nampak.Jangan nampak carik pada jubah orang,carik pada jubah srndiri tak nampak.Saya tetap menyokong dan menuntut perundangan Islam tetapi saya lebih cenderong untuk memastikan perintah lain juga dilaksana,perintah membantu anak yatim dan miskin yang disebut 23 kali dalam quran,perintah ibadat,pendidikan,akhlak,kesihatan dan sebagainya.Islam bukan mesti tertegak dengan adanya negara,tetapi wajib menegak Islam dalam diri,dalam keluarga..abdghaniharon

No comments:

Post a Comment