MEMBALAS PERINGATAN ALLAH DENGAN MENINGGALKAN SURUHANNYA
Saya diwadkan bersama 3 orang lagi pesakit dalam satu bilik di hospital,semua lebih tua dari saya yg dah 60an..Seorang dari mereka adalah guru takmir masjid di Perak,manakala dua orang lagi pesara kerajaan.Mereka dikunjungi ramai tetamu waktu melawat menandakan mereka mempunyai hubungan baik dg ramai orang,tetapi seperkara yg mengkelan dihati saya ialah kesemua mereka meninggalkan solat waktu, tidak bersolat.Astaghfirullah.
Sakit adalah satu peringatan Allah bahawa kita dibawah kuasaNya,sakit sebagai ujian kpd keimanan dan ketakwaan seseorang hamba Allah.Bila diberi peringatan dan ujian dg sakit,sepatutnya kita kena lebih tunduk kpd Allah dg patuh perintahNya,tunai suruhanNya.Tetapi bila kita menyambut ujian dan peringatan dg meninggalkan suruhan Allah, sedangkan waktu sihat boleh bersolat,ia seolah membalas balik peringatan dan ujian dg tidak patuh suruhan.Ibarat anak yg dihukum bertindak balas langsung tidak mahu membantu kerja di rumah.Bukankah ia seperti bukan sahaja tidak tunai suruhan,tetapi melawan dg membalas balik tindakan Allah dg meninggalkan suruhanNya secara tidak sedar.Sia-sialah Allah beri peringatan,tetapi kita semakin engkar.
Allah beri berbagai kelongggaran bila sakit.Wuduk boleh berganti tayamum pada anggota bermasalah,solat boleh duduk,berbaring,boleh buat kadar rukun shj yg amat mudah dsbnya.Apa tujuan kelonggaran ini dpiberikan melainkan Allah nak suruh dan nak mudahkan hambanya,hakikatnya Allah tetap henda hambanya bersolat dg keadaan yg ia mampu.Tidak ada satu keadaan pun yg mengharus meninggalkan solat,melainkan hilang akal.Sakit bukan hujah utk tinggal solat.
Bila sakit dan di wadkan,berbagai bekal alatan dibawa.Pakaian,pinggan,cawan,flask,pisau,camca,biskut dsbnya,tetapi kenapa tak bawa bekal keperluan untuk bersolat seperti sejadah,pakaian yg sesuai,telekong,debu tayamum.Kita lebih bersedia utk nak hidup dari bersedia utk mati walau telah datang peringatan dg sakit.Bahkan dari wad boleh call kpd orang diluar pesan nak teh ais,nasi kandar kerana tak lalu nasi hospital,roti jala,buah itu ini,tetapi tak pesan suruh bawa sejadah,quran,buku agama,jauh lagilah nak pesan bersedekah moga Allah balas dg kesembuhan yg segera.đ˘abdghaniharonđ˘
Yg ziarah ramai pun sibuk bertanya bila masuk hospital, apa sakitnya,makan lalu ka,tidur nyenyak ka,tetapi tak tanya pun dah bersolat kah,solat bagaimana.Tak bertanya pun masa lapang dikatil hospital tak baca quran kah.Adik beradik saudara mara sahabat handai dimaklum utk ziarah,tetapi mereka hanya hadir utk bersembang hal dunia,tidak berpesan dan memperingat kearah ketakwaan.Yg ziarah ada tolong picit,tolong hurut,tetapi tak pula bertolongan supaya si sakit bersolat.Sisakit pula menghabis masa dg berkubang dikatil tidur sepanjang hari,berehat kononnya.Hakikatnya berehat itu bukan tidak buat apa,bukan tidur tetapi mendekat diri dg Allah dg ibadat kerana Allah menyebut hambanya yg menyebut namanya,berzikir,membaca quran,hatinya akan tenang.Itulah rehat yg sebenarnya.
Marilah kita mengubah pendekatan.Sakit itu peringatan dan ujian Allah,maka bila sakit,lebih gigoh lagi berusaha utk patuh perintah Allah,utk ibadat.Bila ziarah yg sakit,peringat dan banyulah sisakit untuk berusaha menunai perintah Allah. Kurangkan bercakap hal dunia tetapi utamakan berpesan kpd ketakwaan.Jangan jadi ibarat murid yg dihukum,bertindak melawan meninggalkan kelas.Membalas peringatan Allah dg meninggal perintahNya secara tidak sedar.abdghaniharon.
No comments:
Post a Comment