Thursday, 19 November 2015

KELOMPOK MANUSIA YANG PARA NABI DAN SYUHADA BERIRI HATI

KELOMPOK MANUSIA YANG PARA NABI DAN SYUHADA BERIRI HATI Ada beberapa kenalan fb menulis kpd saya untuk menjadi kenalan yang baik.Maka saya suka berkongsi hadis nabi ciri sahabat yang baik supaya semua teman fb saya merenung dan berfikir serta membentuk diri supaya mempunyai ciri yang disebut oleh rasulullah dalam bersahabat. Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat,“Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab , “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya”.Sahabat bertanya lagi,“Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?” Baginda s.a.w. membalas , “Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat.”😦abdghaniharon😯 Berdasa pesan nabi ini,saya akan mengajak anda semua kepada kebaikan,saya akan menegur anda secara umum perkara yang perlu dijauhkan.Tegurlah juga kesilapan dan kealpaan saya ajaklah saya untuk kearah lebih baik.Mari berpimpin tangan untuk saling membina,saling membetul,marilah kita sama paut berpaut melawan arus hidup,marilah kita bersama melangkah ke syurga Allah. Nabi membayangkan sahabat yang baik dicemburui oleh para nabi. Sabdanya,"Sesungguhnya sebahagian dari hamba Allah terdapat sekelompok manusia. Mereka itu bukan dari golongan Nabi dan tidak pula dari golongan syuhada, akan tetapi para Nabi dan syuhada merasa iri atas kedudukan mereka di sisi Allah Ta'ala. Mereka berkata: 'Hai Rasulullah, tolong beritahu siapakah mereka itu?', kemudian jawab Baginda : 'Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai kerana Allah Taala bukan atas dasar hubungan keturunan di antara mereka, dan juga bukan kerana wang yang mereka berikan. Maka demi Allah Ta'ala, sesungguhnya wajah mereka memancarkan cahaya, cahaya yang sangat terang. Mereka tidak merasakan takut ketika orang lain merasa takut, dan mereka tidak merasa khuatir ketika orang lain dilanda kekhuatiran". Saya menyeru anda semua marilah kita menjadi kaum yg disebut nabi ini,kita bersahabat atas dasar saling membina untuk mentaati Allah,kita berkenalan bukan untuk tujuan kekayaan dan kita berkenalan untuk berani menyatakan yang benar.Jangan ambil kesempatan dari persahabatan untuk keoentingan diri seperti niat berniaga,niat meminta tolong selesai hutang,niat nak tambah like pada post,nak tambah friend,nak popular,dsbnya.Nasihatkanlah mereka yg mengirim bahan berdosa dan jauhkanlah diri jika teguran tidak diendahkan.Biarlah dlm kumpulan friend kita kebaikan terus mewangi dg jambangan bunga serta pelangi ketaatan kpd Allah.Tinggalkanlah apa yg membusuk,apa yg memburuk,biarlah mereka sesama mereka. Guru saya Allahyarham Syeikh Azmi pernah berpesan jika nak kenali sahabat sejati dari segi perlakuannya, makanlah bersamanya,berjalan atau bermusafir bersamanya dan tidur bersamanya,kita akan kenali dirinya secara yg lebih dekat.Saya dapati ianya amat benar.Jika hal ini digabung dg sifat yg dikatakan oleh nabi,kita akan memiliki sahabat ketawa dan menangis bersama masa hidup dan sahabat yang pemergiannya bagai sabutir bintang ufuk timur yang hilang. Jadilah sahabat saya yang baik yang disebut nabi,dan saya berazam untuk menjadi sahabat anda yang lebih baik.Jom kita jadi kelompok manusia yg para nabi dan syuhada pun beriri hati .abdghaniharon

No comments:

Post a Comment