Tuesday, 10 November 2015

AKU TAK RETI ILMU AGAMA

AKU TAK RETI ILMU AGAMA

Seorang kawan lama yg kembali berjumpa bertanya saya,"Hang ni cikgu,masa mana hang pi mengaji agama,hang boleh tulis berbagai hal agama.Yang aku tau,hang bukan ustaz,hang bersekolah menengah hingga ke universiti macam aku juga."Mai kita bincang sikit hal ilmu khususnya agama kerana kawan saya ni yg dah diusia senja sprt saya tetapi ilmu agamanya setakat apa yg dipelajari di sekolah dulu,dia sendiiri mengaku.Kita macam mana,macam dia?

Banyak orang senang mengaku,aku tak reti,aku tak berilmu.Tanya masalah simple pun tak tahu walau umur dah separuh abad,cara samak tak tau,suruh sembeleh ayam pun tak tau.Kalau solat dok baca inna aqthoina kal kausar dg qulhuwallah saja,surah paling pendek,tak bertambah hafalan.Sebabnya mudah,tak mau belajar.Banyak orang berhenti belajar ilmu agama bila habis sekolah menengah. Ilmu agama yg dibelajar di sekolah menenah itulah bekal hidupnya,tetapi ilmu dunia dihambat lagi hingga dapat ijazah,master,phd.Tanya diri sendiri,sebab apa berhenti belajar agama?Sebab acuan sistem pendidikan kita sedemikian yg mengkesampingkan ilmu agama,sebab mengejar dunia,sebab kita sendiri tak mau belajar ilmu agama.Berhenti belajar ilmu agama ibarat membiar rumput tumbuh mengatasi padi dibendang.

Akhirnya lahirlah mereka yg dewasa dg bekalan ilmu agama yg dibelajar disekolah menengah sekadar fardu ain,itupun daif, walau ada ijazah.Yg sedar,akan mencari ilmu di kuliah masjid,tapi banyak yg tak sedar,yg merasa dah cukup ilmu agama buat bekal hidup,yg lebih teruk tak sedar kata dia tidak berilmu agama disebut dua kali jahil,tak sedar bahawa dia tidak berilmu.Kita berada dimana?Jangan berkata aku tak ada ilmu tetapi tidak berusaha belajar hingga umur pencen.Satu dari soalan wajib dikubur oleh malaikat yg bengis ialah kemana umur kamu dihabiskan?

Orang yg merasa ilmu agamanya dah cukup,dia angkuh dg Allah.Orang yg malas menambah ilmu agama,tetapi lebih leka ilmu dunia dan hiburannya seolah menghina suruhan nabi dan perintah Allah supaya berilmu utk menambah keimanan,ketakwaan.Carilah ruang dan masa untuk tambah ilmu agama dg mengikuti kuliah,jika tak dimasjid,kuliah dlm talian,you tube.Boleh pilih banyak guru.Jangan beri alasan lagi kerana ia boleh ikuti dimana juga dan pada bila masa.Bacalah buku atau page kegamaan,jika ada masalah yg tidak difaham, google cari,akan ditemui seseorang menulis mengenainya.Kita bukan mesti belajar kitab kuning baru dikata berilmu kerana ilmu kitab kuning sudah dimudahkan dlm buku dan telefon pintar,komputer.Cukuplah untuk bekalan diri kerana kita bukan nak jadi guru agama.Bertanyalah dg orang yg mengetahui.Bergaullah dg orang berilmu.Banyakkah mendengar dari bercakap,banyakkan meneliti tulisan orang dari memberi komen,banyakkan berfikir pandangan orang lain dari mengkritik orang,akhirnya banyakkan merendah diri utk mendapat ilmu dari merasa orang lain tidak betul,aku lenih tahu,lebih betul.

Pejam mata,fikir sedalamnya.Cukupkah ilmu agama kita yg hanya dipelajari di sekolah dulu.Berpadakah ianya membawa kita kesyurga.Jika kita masih berkata aku tak tinggi ilmu agama,banyak tak tau ilmu agama,sampai bila kita nak biarkan hal ini,sampai mati?Mulakanlah usaha untuk menambah dan membaiki diri.Jangan habiskan masa sehari dg menghambat dunia,cubitlah sedikit waktu untuk menambah ilmu agama,moga ibadat kita lebih mantap,lebih istiqamah,iman lebih bertambah,diri lebih tunduk kpd Allah.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment