"MINTALAH BANTUAN DI KEK LOK SI"
Ketika menunggu di kelinik pakar rehab di Hospitsl Sultanah Bahiyah,isteri saya yg bersama anak disapa oleh seorang perempuan Cina bila melihat anak saya yg kudung kaki hingga ke separuh peha kerana kanser tulang.Katanya,"Mak Cik cuba pigi minta bantuan kaki di Kek Lok Si.Disana dia boleh bagi bantu buat kaki palsu oo"Isteri saya hanya mengiyakan untuk mengambil hatinya.Kek Lok Si adalah sebuah tokong Cina yg terkenal di Penang yg menyediakan berbagai bantuan kpd oku tak kira bangsa menurut cerita wanita Cina ini.Memang ada orang Melayu yg ke sana .
Malu rasanya nak dapatkan bantuan dari tokong.Saya dah cukup belanja utk beli kaki palsu dari sumbangan rakan fb.Tetapi tetap terasa malu rumah ibadat agama lain boleh buat begini tetapi masjid kita jangankan nak beri bantuan,mengharap bantuan lagi utk bergerak.Sebuah tokong Cina di Padang Serai Kedah menyediakan medin dailisis untuk orang ramai.Sehingga ini yg saya tahu Masjid Bertam Indah di Kepala Batas,Penang shj yg menyedia khidmat mesin dailisis.
Masjid kita membatas aktiviti kpd solat waktu,solat jenazah dan kuliah serta ceramah shj kebanyakannya.Aspek lain dlm hidup Islam seolah tidak berkaitan dg masjid,sedangkan Islam itu cara hidup,addin.Jika demikian seluruh cara hidup adalah ibadat,adalah agama.Masjid sebagai intitusi utama dlm nasyarakat Islam patut berfungsi secara menyeluruh. Pelbagaikanlah aktiviti.☺abdghanihaton☺
Dari aspek kebajikan anak yatim,fakir miskin sepatutnya ada data lengkap,dikenali siapa mereka,diatur program membantu mereka.Program kesihatan anak khariah seperti khidmat nasihst,klinik mingguan,bantuan rawatan perubatan percuma kpd anak yatim dan miskin.Masjid dibandar boleh berperanan utk menyedia makanan kpd gelandangan dg kerjasama Ngo,disamping membantu mereka,dapat pula menarik mereka ke masjid.Jangan sampai mereka ini meminta digereja..Jangan jd ajk masjid untuk megah jd ajk,genggam duit masjid rapat,seronok tulis dipapan kenyataan dapat himpun duit banyak .Sedangkan anak yatim terbiar,miskin terlantar,gelandangan terus berumah dikakilima.Ajk yg begini akan seret dihadapan Allah kerana orang menyumbang kpd masjid bukan suruh himpun dan pamer utk dimegah,tetapi mereka memberi supaya dibelanja.
Untuk membantu golongan yatim,miskin,gelandangan,oku dan mereka yg memerlukan rawatan penyakit,masjid hanya perlu menjadi pusat pengumpul sedekah jariah dari orang ramai.Tunjukkan keperluan,tunjukkan belanja,tunjukkan aktiviti dan usaha.Jangan bataskan kpd bantuan wang shj, luaskan kpd bantuan barangan terpakai yg disumbang orang ramai seperti pakaian,peralatan dsbnya.Masjid menjadi tempat mempertemu antara yg nak bersedekah dg yg memerlukan,tempat transit.
Masjid juga patut menjana sumber pendapatan dg mewujud usaha niaga dg mengguna sumber kewangan lain dari yg disedekah utk masjid.Contoh jika tiap masjid ada minimarket,seluruh anak qariah diminta "menyumbang" dg membeli barangan keperluan harian disana.Mereka mendapat dua kebaikan,pertama dapat melaksana muamalah secara Islam dan keduanya membantu secara tak langsung kewangan masjid dari untung niaga.Masjid ada sumber untuk bergiat,ada orang dapat pekerjaan di minimarket,aktiviti masjid boleh berjalan tanpa bergantung kpd sedekah jariah shj.
Masjid juga boleh berfungsi dlm mendidik anak qariah diberbagai peringkat umur.Wujud program utk kanak-kanak,remaja,dewasa,muslimat hinggalah yg tua.Contoh tadika utk kanak-kanak, program sukan dan riadah utk remaja,pasukan bola masjid,kelas pengajian khusus utk remaja,utk pemudi shj,kursus nikah kawin yg lengkap hingga urusan rumahtangga dsbnya.Utk membantu masyarakat bersedia menghadapi persediaan urusan jenazah,masjid boleh berperanan mewujud khairat kematian,dg itu kewangan utk mengurus kematian telah tersedia.
Panjang lagi kalau nak bercerita.Maaflah klaau saya berkata,kebanyakan orang suka pegang jawatan,tapi tak suka buat kerja.Pegang jawatan cukup setakat boleh jalan shj,tidak ada peningkatan,pembaharuan,tidak mahu membuat sesuatu yg baru.Itulah yg terjadi kpd masjid kita.Lebih teruk jika ada yg nak berusaha,ada pula yg menghalang.Masjid Bertam Indah di Kepala Batas yg diurus oleh golongan profesdional penuh program pengajian,ada dumber niaga,ada pusat dailisis dan berbagai lagi,adalah contoh pengurusan yg terbaik.Jabatan agama sendiri tak ada usaha untuk menggalak masjid berfungsi lebih luas,mereka pun ibarat memandu kereta Morris Minor,yg boleh berjalan,tetapi banyak menyusahkan orang lain dijalan.Jika jabatan agama sprt Morris minor,masjid kita lebih teruk,kecuali masjid yg ajknya mahu bekerja,mahu berusaha,yg mahu melompat naik teksi Proton Inspira.Mungkin perlunya golongan professinal berada dijabatan agama,bukan golongan pendidkan khusus agama shj utk mengubah pemikiran,mengubah pengurusan dan program jabatsn agama dan masjid.Mungkin perlunya orang muda dlm ajk masjid.Jika ada orang Islam murtad kerana miskin dan tiada bantuan,sebaliknya mendapat bantuan gereja,siapa yg sepatutnya bertanggungjawab?abdghaniharon
No comments:
Post a Comment