Showing posts with label Isteri. Show all posts

Friday, 25 December 2015
SATU EPISOD DUKA SEORANG ISTERI
SATU EPISOD DUKA SEORANG ISTERI
Ketika mengagih bantuan bulanan makanan asas kepada keluarga yatim dalam qariah saya minggu lepas,saya didatangi seorang wanita berusia 40an.Dia mengaku tidak memiliki anak,tetapi hidup sebatang kara dirumah sewa kerana ditinggalkan suami.Dia berasal dari Klang, berkahwin,ikut suami dan tinggal dirumah sewa dekat pekan.Suaminya telah menghilang diri.Saya memberi kepadanya beras,minyak,tepung dan gula.Sedih melihatnya.
Kelmarin dia menghubungi saya lagi minta tambang untuk balik ke Bukit Raja,Klang, kerana ada saudara disana.Dia telah tidak apa-apa disini,keseorangan.Saya membeli tiket bas dan menyuruh anak saya menghantar ke stesen bas dan dibekal sedikit duit utk belanja.Lafaz syukurnya berulang dengan esakan tangis.Moga dia dapat memula hidup baru di sana.Saya menggunakan peruntukan wang projek sedekah jariah dari rakan fb untuk membantu wanita ini.
Satu dari kisah sedih seorang yg bergelar wanita dan isteri,yg banyaknya tersembunyi disebalik sebuah rumahtangga, yg ibarat habis manis sepah dibuang.Satu episod duka kisah isteri yg diperlakukan bagai abdi,dibeli bila perlu,ditinggal bila ada dahan baru.Lebih dasyat ada isteri yg menjd ibarat hamba sahaya yg membanting tulang utk tuannya,suaminya, jika salah dipukul sesuka hati,mengadu di mahkamah syariah,buat tambah beban bukan meringankannya.Jika isteri yg buat perangai,mudah saja,ceraikan kerana kuasa cerai ditangan suami,tetapi bila suami yg buat perangai,si isteri tiada kuasa apa,yg ada pun mahkamah syariah yg rata-rata menceritakan keperitan berurusan,kerenah birokrasi, tangguh menangguh dsbnya.Dengan itu kita seolah melihat seperti wanita berkahwin bagai tidak memiliki apa-apa untuk melindungi hidupnya,bila diserah dirinya oleh walinya kpd seorang lelaki.Hakikatnya,bila akad diucap,maka suami itu sebenarnya berjanji dg Allah,bukan dg tok kadi,dg juru nikah, itulah tukaran kpd diri seorang wanita,tetapi mereka mengabai janji mereka.
Jodoh pertemuan itu ditangan Allah.Amanah besar terletak kpd suami dan mereka akan ditanya diakhirat.Isteri hanya perlu taat pada suami,menjaga kesucian diri,melaksana ibadat wajib.Mohonlah kepada Allah diberikan jodoh suami yg amanah,yg beriman,bukan soal handsome dan sasanya.Jika telah berkahwin,rafakkanlah doa yg berterusan agar suami menjadi seorang yg amanah,yg beriman,kerana itu lebih besar dari meminta ditambah rezeki.Jika telah mendapat suami yg baik,selalulah merafak rasa syukur,mohon di kekalkan keimanannya.Jangan selalu merungut kelemahan yg sedikit pada suami,kerana kita mungkin berada dlm situasi jauh lebih baik berbanding orang lain.
Hakikatnya dalam hidup kita mohon yg terbaik dari Allah dg doa,jika kita terasa kita berada dlm nikmatnya,dlm kesejahteraan,kita kena rafakkan rasa syukur.Jadi kita sentiada berada dlm situasi berdoa atau bersyukur.Mereka yg tidak berdoa adalah orang angkuh,mereka yg tidak bersyukur adalah orang yg sombong.Mereka yg tidak berdoa dan bersyukur adalah insan yg rendah iman.abdghaniharon
Sunday, 15 November 2015
SELAGI BERGELAR ISTERI
SELAGI BERGELAR ISTERI
Ketika mendengar khabar kematian seorang saudara terdekat,isteri saya menelefon,kakaknya untuk mengajaknya bersama menziarah kerana rumah si mati jauh..Saya dengar menerusi perbualan bahawa suaminya tidak ada dirumah,mungkin di kebun dan tidak boleh dihubungi.Saya cepat melarang isteri saya mengajak kakaknya bersama berziarah kerana tiada izin suaminya.
Banyak orang memandang remeh hal izin suami untuk keluar rumah terutama bila dah lama hidup bersama,main cin cai saja,lebih kurang saja,takpa dia tak marah.Tetapi Allah berpesan dalam quran seorang isteri tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suami., “Dan tinggal-lah kalian (para wanita) di rumah-rumah kalian.” (QS. Al Ahzab 33)Ibnu Katsir mentafsir ayat ini sebagai isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami kecuali atas keperluan hidup.Walaupun keluar rumah untuk betbuat baik.
Mari kita ikuti satu kisah dlm hadis.
“Seorang lelaki yang keluar bermusafir telah berpesan kepada istrinya agar tidak turun (keluar rumah) dari tingkat atas ke tingkat bawah. Bapak isterinya itu, yang tinggal di tingkat bawah, lalu jatuh sakit. Kemudian istrinya mengutus seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi izin kepadanya turun untuk menziarahi bapaknya yang sedang sakit. Nabi SAW mengatakan, ‘Taatilah suamimu.’ Sampai suatu ketika sang ayah pun wafat. Si istri lalu mengutus lagi seseorang kepada Rasulullah. Nabi SAW mengatakan, ‘Taatilah suamimu.’ Jenazah bapaknya pun dikebumikan. Lalu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada si isteri untuk memberitakan bahwa Allah telah menghapuskan dosa-dosa bapaknya lantaran ketaatannya kepada suami.”
Ketaatan isteri pada suami adalah jaminan syurganya. Dari Abu Hurairah , Rasulullah bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan shalat lima waktunya, melaksanakan puasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Ibnu Hibban)
Jelaslah soal taat kpd suami adalah soal pokok dalam rumahtangga dan jalan kesyurga kepada semua isteri.Bukan soal meninggalkan rumah sahaja,bahkan soal berpuasa sunat,perlu minta izin,bila dikunjungi tetamu dirumah,perlu minta izin suami.Kita mungkin tak perlu jadi wanita yg ditingkat atas dlm hadis diatas kerana kemudahan perhubungan telefon dll,pergunakanlah utk mendapat izin.Soalnya perkara izin ini jangan diremehkan walau suami tak kata apa,atau tak tahu atau kita anggap kalau dia tahu pun dia tidak marah,atau berfikiran dah tua -tua ni,tak minta izin pun takpa kot.Allah tidak beri pengecualian apa pun selagi bergelar isteri.Patuhlah perintah Allah secara mutlak,totok, yg suruh minta izin pada suami.
Banyak orang juga yg pandang remeh izin suami dg sebab kebiasaan.Dia mungkin dah dapat izin keluar kerja,maka sesekali melencong ke supermarket,singgah rumah kawan,pergi makan kenduri dll.Sebaiknya mohon izin lagi kerana kita ada alat perhubungan supaya perbuatan kita tidak mencacat ketaatan kpd suami.Bukankah kita semua nak ke syurga?Buatlah perkara minta izin suami ini walau berulangkali,kerana setiap kali kita buat mengukuhkan ketaatan kita kpd suami,suatu bukti ketaatan kpd perintah Allah dan selangkah lagi ke syurga.Selahi bergelar isteri,taatlah.abdghaniharon.

Subscribe to:
Comments (Atom)