Saturday, 27 June 2015

KENAPA KENA MATI?

KENAPA KENA MATI?

"Apa pasai kita mesti mati aa?"Terpacul satu soalan dari seorang Cina tua yg buat dailisis dg saya."Kita olang caya kita hidup balik, jadi,gua halap bila hidup balik talak sakit buah pinggang lagi oo".

Soalan itu saya fikir berjam jam lamanya,saya menilis di meskn dailisis.Kenapa kita kena mati.Mati adalah penamat hidup kerana tuhan menyebut setiap sesuatu ada pasangannya, hidup pasangannya mati, kecuali Allah, tiada pasangannya kerana ia adalah satu,esa.Hidup sebagai tempoh ujian dan mati adalah penamat masa ujian utk mendapat keputusan.Kita dimatikan utk menerima hukuman dan ganjaran, supaya kita sentiasa berbuat baik dalam hidup.

Tempoh hidup adalah tempoh beribadat.Tuhan jadikan hiasan dan rezeki atas dunia bukan utk kita merebutnya hingga lupa matlamat utk beribadat,ambil apa yg ada pd dunia pd kadar kita tidak lupa utk beribadat,utk bersedia menghadapi mati.Seluruh persediaan hidup sepatutnya dibuat utk taatkan Allah.Tetapi sebahagian besar kita lalai,kita merancang utk diri dan anak supaya mereka hidup senang didunia,berubah dari matlamat asal.Lihatlah betapa mereka berusaha utk memastikan ada makan,ada bekal lagi,ada harta yg disimpan,ada kemewahan,ada kemegahan, ada kuasa dll yg semuanya menyebabkan kita tersasar dari tujuan hidup dan tempoh penamat iaitu mati makin mendekat.

Orang mati akan mengingatkan yg hidup bahawa kita juga akan mati.Tuhan peringatkan manusia dg menjdkan mati itu setiap hari ada,dilaporkan,diberitahu,utk mengingatkan kita.Tuhan boleh tamatkan seluruh hidup serentak,tapi tidak dibuat demikian kerana ia terus ingin memberi peringatan. Berbahagialah siapa yg mendengar berita kematian dg ingatan akan sampai juga masa bagi aku.Sebab itu disuruh menyebut'"dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali'"(innalillah ......)sebagai bukti kita ingat hidup itu masa ujian yg akan ada tempoh tamatnya.

Mati juga juga mengingat yg hidup bahawa kita tidak dpt membawa apa apapun bersama.Meski orang Cina percaya,membakar kereta,rumah,kad kredit kertas sebagai kiriman ke syurga, kita tak mempercayainya.Iskandar Zulkarnain yg menguasai sebahagian dunia,bila saat kematiannya berwasiat supaya sebelah tangannya dibiar terbuka semasa mayatnya dikafan, utk menunjukkan meskipun ia penakluk terbesar didunia,apabila mati tetap pergi dg tangan kosong.Kita masih nak menghambat kekayaan sedangkan berapa ramai yg telah pergi menunjuk tauladan.Harta yg dikaut sumur usia,akan Allah pindahkan kpd orang lain yg belum tentu bermanfaat utk kita.Jadi gunakanlah harta utk keselesaan hidup diakhirat setelah berpenat lelah didunia.

Mati menunjukkan ada kuasa lebih besar dari kita iaitu Allah.Ada orang mendabik diri bahawa dirinya dia yg punya,ikut suka dia,siapa pun tak perlu kacau.Tuhan peringatkan dg betbagai cara,contoh,kuku yg tetap tumbuh dijari meskipun kita tak suka ia menjd panjang,kuku tetap panjang.Ini menunjukkan diri kita dikuasai oleh suatu kuasa lain yg tak termampu kita mengatasainya.Ia pasti datang tanpa ketukan pintu, tanpa menekan loceng pagar.

Mati adalah perpindahan alam dalam perjalanan hidup manusia, kerana kita mempercayai kita akan melaui berbagai alam.Alam kubur akan ditempohi selepas ini sendirian,tiada ibubapa anak isteri, berteman bekalan ibadat yg telah dibuat didunia,jika ada bantuan pun hanyalah dari sedekah jariah yg pernah dibuat didunia,ilmu yg bermanfaat yg diajar kpd orang lain didunia dan anak anak yg soleh yg ditinggalkan didunia. Ingatlah,hidup adalah tempoh ujian dan mati adalah penamat ujian.

Seorang pesara akhirnya menjawab kpd apek itu,"Lu jangan bimbang,lu tentu tak sakit buat pinggang lagi lepas mati,kalau tidak lu kirim siap siap mesin dailisis dg amoi misi cantik punya."Kah!Kah!Kah! ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment