Monday, 29 June 2015

KITA TIDAK PERNAH SENDIRIAN DI DUNIA INI

KITA TIDAK PERNAH SENDIRIAN DI DUNIA INI

Allahyarham Tuan Guru Hj Abd Rashid Mahang yg mengajar dimasjid saya pernah saya tanya ketika dia nak bertolak balik ke Mahang selepas mengajar,jam dah hampir 11 malam,"Ustaz tak bawa teman ka?"Katanya,"Susah berkawan dengan manusia,banyak kerenahnya,saya berkawan dengan malaikat."Dia menempuh perjalanan berpuluh km dlm gelap malam sendirian selama bertahun.Mereka yg mencapai keyakinan yg tinggi,tidak pernah merasa sendirian walau dimana mereka berada.

Salah satu keadaan mengapa manusia membuat maksiat kpd Allah ialah bila mereka rasa sendirian,tidak ada yg melihat atau tidak ada yg mengetahui.Mencuri pandangan melihat aurat orang,melayari fb lucah,meninggalkan solat,tidak berpuasa,mengambil hak orang dan berbagai dosa lagi bila mereka merasa sendirian.Hakikatnya kita tidak pernah sendirian.Kita sentiasa diawasi oleh malaikat di kiri kanan yg mencatat setiap amal baik dan perkara buruk dan sudah pasti Allah yg Maha Malihat sentiasa melihat kita.Jika kita menginsafi dan menyedari bahawa ada yg melihat kita,pastilah kita terasa malu untuk melakukan maksiat dan kemungkaran.Ini disebabkan Allah memberikan sifat malu kpd manusia.

Malu dikatakan sebahagian dari iman.Jika tidak malu,sebahagian iman telah hilang.Bila manusia membuat maksiat,ketika itu dia hilang imannya,kerana ketika itu dia membesarkan kehendak hatinya lebih dari perintah Allah.Dg itu nabi pernah menyebut ada orang yg beriman waktu pagi,kufur waktu petang.Dia tidak malu..Malu ini dikaitkan dg pandangan.Malu pada manusia tidak dituntut oleh agama kerana setiap perbuatan hendaklah dikembali kpd Allah tetapi malu kpd Allah dituntut hingga menjadi separuh iman.Jadi malulah kpd Allah yg melihat tanpa ada penghadang,malulah kpd malaikat yg diperintah Allah mengawasi kita setiap detik yg mencatat setiap gerak.

Nak ajak pembaca semua,mari kita menanam keyakinan bahawa kita tidak pernah sendirian walau dlm bilik yg berkunci rapat.Pandangan manusia boleh terhalang pandangan malaikat dan Allah tidak pernah terputus sejak kita lahir.Malulah kepada Allah,kpd malaikat yg diperintah menjaga kita.
ABD GHANI HARON.

No comments:

Post a Comment