Tuesday, 2 June 2015

DUA PENGORBANAN SEORANG AYAH

DUA PENGORBANAN SEORANG AYAH

Ketika duduk menunggu giliran di klinik kardiologi,hospital Sultanah Bahiyah,seorang lelaki tua yg baru mendaftar masih tercungap kepenatan minta duduk ditepi saya.Bila nafasnya mula reda,saya mula bertanya,"Saya nampak haji turun teksi tadi,tak ada orang hantar ka?"Dia mula bercakap ."Isteri dah meninggal.Anak dah kerja dan dah kahwin,tinggal berasing.Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak,memberi alasan,atau menghantar dg masam muka.Biarlah saya naik teksi."Dia diam sejenak.Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya."La ni saya sedar,kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya.Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."Dia mula mengesat air mata."Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak,inikan mula menolak,memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu.Biarlah,saya anggap saya sudah menghabiskan tugas membela mereka.Biarlah mereka nikmati hidup tanpa diganggu.Kita kadar bersedia untuk kembali kepada tuhan.."Allahuakbar!.Saya pula yg jadi sedih,tapi saya masih ditemani oleh anak.

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya.Bukan tak pernah menolak permintaan ayah,bukan pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaannya,bukan tak pernah bermasam muka dgnya.Ya Allah.Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya,tetapi melakukan lebih lagi dg mengelak anak anak terjerumus dosa.

Dua pengorbanan ibu bapa.Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua.Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui,akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa,yg terlalpa bila sibuk mengejar dunia,ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan,dg dunia yg perlu dihambat.Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanan kedua seperti orang tua yg saya ceritakan,kali ini bukan lagi utk memberi kpd anak,tetapi berkorban untuk tidak menyusahkan anak,sehingga akhir hayatnya.Betullah kata orang ibubapa mampu membela anak sekawan neru,anak belum tentu mampu membela seorang bapa atau ibu.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!Berpadalah dlm menghambat dunia.Seluruh isi dunia ini jika nak bayar kpd seorang ayah sebagai ganjaran membesarkan kita,tidak akan sama tukarannya.Menolak satu permintaan seorang ayah adalah jauh lebih besar dari menolak perintah seorang raja.Tapi semua ibubapa yg beriman,yg menghadap penghujung hidup akan terus berkorban demi anak dg tidak menyusahkan mereka,bahkan ada yg masih sanggup 'meminjam' RM kpd anak anak.Anda pernah menolak permintaaan ayah?Masih bermadah penuh sendu mengharap pinjam duit abah?Masih mengharap keringat tuanya?Peluru saya tepat ke sasaran.ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment