Tuesday, 23 June 2015

TERAWIH DIKERUSI DAILISIS

TERAWIH DIKERUSI DAILISIS
(Nukilan ini disiar semula dg sedikit tambahan)

Senja ini ketika orang lain berduyun ke masjid untuk solat terawih,saya meredah hujan lebat bersama anak ke hospital untuk menyambung nyawa,rawatan dailisis kerana kerosakan buah pinggang.Ketika orang lain khusyuk mendengar imam hafiz dlm solat terawih,ketika alunan selawat memenuhi ruang masjid,ketika ketika ada yg terlentang kekenyangan di sofa selepas berbuka,saya akan sendirian selama 4 jam dikerusi dailisis ditemani misi yg mengulang pertanyaan sekali sekala "Pak Cik ok ka?"Satu pertanyaan routine utk kepastian pesakit tiada masalah.Tusukan dua jarum sebesar dawai pagar yg melekat dilengan menelan semua nikmat hidup,aliran darah serta denyutan pedih sudah menjadi mainan demi kelangsungan hidup,tetapi itulah satu satunya jalan yg ada. .Ketika orang lain berebut meninggalkan masjid lewat malam,isteri saya memandu sendirian dikesunyian tengah malam utk menjemput saya dihospital.Rasa takut sudah lama dihumban demi kelangsungan hidup saya yg barat berulang membeli kehidupan sehari dg nilai tinggi rm 200.Jika tidak dibuat dailisis,insyaallah dlm seminggu berpindshlah jasad ini ke alam yg kubur.

Itulah routine hidup saya dan isteri serta anak diramadan 3 kali seminggu.Yg sakit seorang,yg terseret,anak isteri kerana menghantar dan menjemput.Saya membuat dailisis malam kerana tidak tahan dailisis waktu berpuasa kerana tetap nak berpuasa.Kena bayar tambahan dari rm200 kpd rm322 setiap kali,tetapi apalah sangat nilainya berbanding dat mejunai perintah Allah dg sempurna.

Ambillah pengajaran,kawal pengambilan gula utk mengelak kencing manis yg merosakkan buah pinggang.Kawal tekanan darah yg juga menjadi punca kerosakan buah pinggang.Ambil insulin jika anda telah terkena daibetes utk mengelak kerosakan buah pinggang kerana menelan ubat yg lama akan membeban dan merosakkan buah pinggang.Kos rawatan yg amat tinggi(setahun rm32000) jika anda tidak dibayai kerajaan,perkeso atau insuran hayat.

Pada pembaca saya,ingatlah kami pesakit kegagalan buah pinggang membeli hidup dg harga yg mahal sehari rm200 dan ditambat dikerusi selama 4 jam tanpa berubah.Anda menikmati hidup percuma,Tidak berbayar,tidak ditambat dikerusi,bangun pagi,lihat sinar mentari,berfikir untuk makan apa,buat apa yg di suka.Kami bangun pagi makan makan kena pilih,banyak yg tidak boleh,air sekadar sebotol mineral kecil utk sehari,esok ke hospital lagi menadah lengan kepada misi.Manfaatkanlah waktu sihat dg ibadat,jangan lupa,suatu hari mungkin anda juga akan mengisi kerusi dailisis ini jika makan ikut menurut hati.Kpd rakan dailisis,buat apa menyambung hidup jika hanya utk makan dan rehat shj,gunakanlah sehari yg dibeli dg harga yg mahal itu dg ibadat utk kembali kpd tuhan.
Maafkan saya,kali ini menulis cerita diri.Bukan minta simpati tetapi saya mengharap bait-bait kata saya ini menjadi satu peringatan kerana firman Allah 'berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu berguna'.Yg telah ada daibetes,high blood pressure,patuhilah nasihat doktor.Sesungguhnya penyakit ini akan menyusahkan diri dan menyusahkan anak isteri/suami,menjadi ujian yg berat kpd mereka dan saya melihat banyak anak yg gagal mengharunginya.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment