KESEMPITAN HIDUP WALAUPUN KAYA RAYA
Dalam Firman Allah surah Taha ayat 123,disebutkan kehidupan yg sempit.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Saya cuba menghurai hidup yg sempit dari satu sudut pandangan.Mungkin setengah kita berfikiran bahawa mereka yg engkar perintah Allah biasanya kaya raya,lalai dg kekayaan,kuasa dan pangkat,bagaimana pula dikatakan hidup yg sempit.Ini adalah disebabkan harta kekayaan masih ada kelemahan dan kekurangannya.Bukan kekayaan boleh membeli segalanya.Perhatikan beberapa contoh dibawah ini.
Jika kaya boleh membeli harta dan kemewahan,kekayaan masih tidak boleh membeli kebahgiaan, ketenangan hidup.Mereka hidup penuh ketakutan takut harta dicuri,membina penjara sendiri dirumah mereka,hidup bagai dlm kubu,berjalan ke mana pun penuh kebimbangan.Berbanding mereka yg hartanya sedikit,hidup tanpa ada ketakutan dan kebimbangan.
Jika kaya mereka boleh beli ubat terbaik,rawatan dihospital swasta terbaik,doktor pakar terbaik tetapi kesihatan tak boleh dibeli dg wang meskipun hanya sekedar sakit kepala.Sakit tetap mendatang dan bukan ubat,hospital atau doktor yg boleh menghalangnya tetapi Allah dg sifat kekuasaan saja yg mampu.
Jika kaya kita berupaya membeli makanan yg sedap,yg mahal,makan direstoren terkenal,chef terbaik,suasana makan terbaik.Tetapi selera dan nafsu makan tidak boleh dibeli,tak boleh dibuat.Hidanglah lobster sebesar betis pun didepan mata,jika tiada selera tetap tak boleh makan.
Jika kaya kita boleh beli dan paksa orang tunduk kpd kita dg membayar.Mereka akan hormat kita,tunduk,beri ucapan pujian tetapi itu pada ketika tertentu saja,ketika dihadapan kita sahaja.Semua yg dibuat bukan dg keikhlasan tetapi kerana telah dibayar,dibelakang kita mereka mengeji dan mengutuk,diluar masa kerja, mereka sedikit pun tidak menghormati kita.
Itulah beberapa contoh kelemahan harta.Bukan tak boleh banyak harta,tetapi ia hendaklah disertakan dg ketaatan kpd Allah,mematuhi setiap perintahnya dan harta yg ada ditadbir mengikut perintah Allah.Dg itu kehidupan yg luas,yg bahagia akan dikecapi.Harta tidak dpt membeli fikiran,selera, nafsu,kesihatan, kebahgiaan dan penghormatan orang.Tetapi gabungan harta kekayaan dg ketaatan kpd Allah akan membolehkan kita mengecapi kehidupan yg luas didunia ini.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment