PACAKLAH SEBATANG JORAN SEMENTARA MENUNGGU ESOK
Pesan emak saya,"Pacaklah sebatang joran berkail berumpan sementara menunggu hari esok,moga Allah datangkan seekor ikan memakannya"Fahaman kpd pesanan ini adalah satu motivasi hidup yg luas yg saya ingin kongsi bersama.
Pertama buatlah perancangan dan tindakan hari ini supaya kita menunggu hari esok dg penuh harapan.Jika kita memacak joran hari ini,kita akan tertunggu hari esok untuk melihat hasilnya.Tanamlah biji benih hari ini, kita pasti menunggu-nunggu hari esok utk melihat ia tumbuh.Labuhkan tangkul ke sungai hari ini moga esok ada ketam yg menjengah.Lontarkan bubu berumpan ke laut moga esok ada ikan yg singgah.Situasi ini menjadikan kita mengharap hari esok dan seterusnya hidup tidak terasa kosong.Jika anda tidak buat apa tindakan pun untuk dilihat hasilnya ke hadapan, hidup akan terasa kosong,tak bermotivasi,tidak mengharap apa apa utk hari hadapan.
Kedua,jangan remehkan satu langkah yg kecil, meskipun sekedar memacak sebatang joran.Bandingannya ialah setiap usaha akan bermula dg satu langkah,langkah kecil,kemudian menjadi besar.Setiap perubahan mesti bermula dg langkah awal.Jadi ambillah tindakan utk memulakan usaha,utk berubah kpd lebih baik.Jangan hanya bercakap,hanya merancang tetapi mulakan langkah.Mulakan amalan zikir sehari beberaoa kali,mulakan baca quran sehari setengah muka,mulakan bersedekah sehari 50 sen,mulakan solat tahajud walau dipenghujung malam dsbnya.Mulakan niaga kecil bermodal sepuluh dua,mulakan menanam sepokok dua,sebatas dua sayuran.
Ketiga, berusahalah walau sekecil mana pun dan bertawakkal atau berserahlah kpd Allah.Bagaimana Allah hendak tunai hasrat kita,itu adalah hakNya, dan kuasaNya.Tetapi Allah telah menyebut kita kena usaha.Tidak sampai kpd fikiran manusia bagaimana umpan yg begitu kecil boleh ditemui ikan dlm sungai yg luas,tetapi itulah hakikat luasa tuhan.Siapa yg langsung tidak memulakan usaha,tidak akan mendapat apa apa.Saya biasa memulakan kutipan untuk membina masjid dg jualan kalendar sahaja,tetapi Allah membuka jalan lebih luas hingga berjaya mengutip ratusan rinu untuk menyiapkan masjid tersebut.
Kesimpulan jika anda pemancing,hulurkanlah joran,jika anda penjala,tebarkan jala,jika anda pekebun,tanamlah benih,jika anda guru,katakan sesuatu yg baik,jika anda ketua pejabat,gerakkan satu perubahan,jika anda pengusaha,mulakan satu innovasi, jika anda memcari teman,mulakan satu senyuman dan sapaan,jika hendak berubah,mulakan satu langkah....dan berserahlah kpd Allah.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment