Wednesday, 26 August 2015
SETIAP HARI ANDA MEMBAWA 4 KERUSI KOSONG
SETIAP HARI ANDA MEMBAWA 4 KERUSI KOSONG!!!
Kali ini nak berbicara mengenai memanfaatkan bahan makanan hingga ke penghujungnya,semaksimanya.Ada banyak bahan mentah makanan yg kita miliki kita proses untuk jadikan makanan,yg kita buang sebahagiannya atas alasan tertentu.Saya nak mengajak anda semua berfikir untuk memanfaatkan semua bahagian bahan makanan tersebut.Saya beri contoh saya memproses ayam untuk catering biasanya 500 ekor sehari.Isi ayam kami ambil.Kaki pedai, hati, tengkok,songgeng ayam disedekah diprojek sedekah jariah.Usus ayam diambil oleh penternak ikan.Najis ayam dibuat baja.Kepala ayam diberi kpd seorang pekebun untuk jadi makanan sekumpulan anjing yg menjaga dusunnya.Percuma,yg terbuang hanyalah bulu ayam kerana tak tahu nak buat apa.Perhatikan sebagai contoh betapa kita boleh memanfaatkan sesuatu hingga kehujungnya..Daging beku impot yg dipotong dg gergaji bone saw,menghasilkan habuk daging yg banyak.Ini diberi kpd mereka yg membela kucing sebagai makanan.😊abdghaniharon☺
Jom kita lihat orang tua-tua dulu.Saya cerita berdasar suasana diutara.Orang tua dulu bela ayam dg tujuan jika nasi tidak habis dimakan,diberi ayam makan.Bela itik,jika ada perut ikan yg disiang diberi pada itik.Gulai yg tak habis dimakan hari ini,akan diperhangat (perangat)utk dimakan esok dg peknga atau lempeng buat sarapan pagi, atau cicah dg apom.Sambal tumis atau sambal belacan yg tak habis dimakan esoknya dibuat nasi goreng bersama nasi sejuk yg juga tidak habis.Pisang yg banyak dan lasu tak sempat di makan dibuat serawa,buat pelengat,buat lepat.Durian yg buruk dibuat tempoyak dan lempok.Rambutan yg banyak tak larat nak makan dibuat jem,begitu juga betik dan nenas.Nasi sejuk yg tak habis mungkin kerana kenduri dijemur dibuat sagon, dimakan musim hujan ketika tak boleh ke bendang atau kekebun.Dan banyak lagi usaha orang tua dulu yg mahu memanfaatkan makanan ke penghujungnya dan tidak mahu membazir.
Lihatlah pula kita hari ini.Tidakkah kita berbimbang tergolong dalam kalangan orang yg membazir bila sebahagian bahan makansn masuk ke tong sampah.Ambil mudah dan jalan singkat.Makanan yg tak habis hari ini masuk ke singki dan longkang.Saya mengajak anda semua berpaling melihat bagaimana nenek moyong kita bercermat dlm hal ini,marilah kita jejaki supaya kita tidak membazir.Contoh,sisa sayuran dan kulit buah boleh direndah dlm balang dg tambahan sedikit gula menjadi baja yg baik utk tanaman.Jika ada ruang,belalah seekor dua ayam.Ingatlah kokok ayam adalah kerana melihat malaikat mengikut hadis.Makanan yg tak habis,cuba manfaatkan dg satu menu esoknya yg boleh diguna lagi seperti gulai dicicah peknga,sambal diguna utk nasi goreng,nasi sejuk buat nasi goreng berbagai jenis dsbnya.Bahkan mungkin sisa makanan boleh diberi sebagai makanan burung,kucing.Bila nabi menyebut supaya kita menghabiskan suapan terakhir makanan kerana mungkin padanya ada keberkatan,mungkinkah pada apa yg kita buang itu ada keberkatan.
Seorang kerani dipejabat saya dulu membawa nasi yg bercampur lauk ikan yg mungkin tak habis dimakan dirumah hampir setiap hari ke pejabat dan memberi makan kucing jalanan yg berkeliaran disekitar kantin.Uncang teh terpakai boleh diguna utk rendaman cucian pinggan.Minyak terpakai boleh dikumpul dijual semula utk pembuatan sabun dan biodiesel.Dan banyak petua lagi.Apa pun,jangan mudah buat keputusan utk buang dlm tong sampah,bertanyalah pada diri,apakah Allah tidak akan tanya diakhirat nanti kerana apa yg kita buang itu juga makanan.Jika malas nak usaha untuk selesai masalah lebihan makanan,berusahalah untuk tidak berlebih dlm memasak,membeli.
Selain aspek makanan,aspek lain juga boleh difikir utk dimanfaat kehujungnya.Kain baju,barang mainan,kasut,berbagai alatan yg kita rasa sudah tidak perlu lagi,berilah kpd orang lain sebagai sedekah jariah.Jangan digenggam hingga mereput.Jangan jumud bila nak memberi,fikir anak yatim shj,macam rumah anak yatim tempat buangan.Berilah kpd pendatang asing,mereka tu manusia juga,yg salah hanya dari hukum manusia sedangkan bumi ini milik Allah,bahkan Allah menyuruh manusia bertebaran mencari rezeki masing-masing. Pada mata Allah tidak ada Bangla,Indon,Burma,Kampuchea dsbnya.
Jom lah kita memikir apa yg terlebih yg ada pada kita,jangan hanya memikir aku tak ada itu ini,aku nak tambah itu ini.Kekadang saya risau juga bila rumah tingkat atas tiada orang yg menghuni bila anak telah berpindah,tanah yg dibeli ditumbuhhi semak dan lalang,rumah yg dibeli dibiar kosong,.Bahkan saya kekadang berharap ada orang menumpang kereta utk perjalanan biasa ke pekan atau tempat kerja kerana kita membawa 4 lagi kerusi kosong dlm kereta.Perasankah anda.abdghaniharon
Labels:
Kerusi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment