Friday, 21 August 2015
TANGGUH DAN PECAH AMANAH OLEH AJK
TANGGUH DAN PECAH AMANAH OLEH AJK
Disatu mesyuarat agung sebuah masjid,bendaharinya yg membentang penyata kewangan menyebutkan,"Kami ajk sesi ini telah berjaya meningkatkam jumlah tabungan wang masjid menjadi hampir seratus ribu seperti yg tuan-tuan lihat dalam penyata."Saya membelek penyata,perbelanjaan baru hampir lima puluh ribu.Duit yg disimpan lebih banyak dari yg dibelanja.Berbangga tak kena tempat.Masa di sekolah dulu,YDP PIBG juga berbangga dapat simpan duit banyak.Saya nak menyanggah perkara ini.
Baik institusi mana pun,masjid,persatuan,badan kebajikan,wang yg dikutip sebagai sumbangan hendaklah dibelanja kembali untuk feadah golongan sasaran atau tujuan institusi,bukan disuruh simpan.Duit tabung masjid atau badan kebajikan disumbangkan untuk diguna bagi program aktiviti,maintainance,pembangunan, kebajikan dsbnya.Tidak ada siapa pun beri duit nak suruh masjid simpan,begitu juga badan lain yg berupa kebajikan.Ajk yg simpan duit ini telah tidak menunai amanah kerana menyimpan duit sedangkan amanahnya membelanja duit.Duit banyak,aktivititi hanya satu dua,kemudahan tak diupgrade,kemudahan utk oku tak dibuat,kerosakan tak perbaiki dsbnya.Prinsipnya mudah,orang beri sumbangan,kita belanjakan,serah kpd Allah untuk datangkan lagi sumbangan.
Oh nanti ada ajk kata,kalau belanja,habislah duit tu.Nanti nak buat apa-apa, tak ada duit.Bukankah duit yg disimpan itu datang dg izin dan dotongan dari Allah,maka kalau kita belanja habis kerana menunai amanah,nanti Allah datangkan lagi.Jika Dia berupaya memberi sebelum ini,apakah Allah tidak berupaya terus memberi, apabila hanis dibelanja,Allah maha kaya.Takut habis duit seperti tidak percaya Allah berkuasa untuk memberi lagi.Inilah ajk kedekut dan berjimat tak kena tempat,bahkan mereka akan ditanya diakhirat kerana tidak menunai amanah atau menangguh menunai amanah.Ini bukan pada masjid shj bahkan utk semua badan kebajikan,persatuan dsbnya.
Lebih teruk ada ajk suka simpan duit konon utk dpt faedah bank,boleh tambah jumlah duit.Atau ada yg melabur pula duit yg diamanah dlm saham untuk tambah hasil.Mereka ini seolah tidak percaya Allah berkuasa menambah duit sumbangan,sebaliknya mereka rasa mereka boleh menambah duit dg usaha mereka.Anda lihat dosa disini,dosa pecah amanah kerana mengguna duit untuk tambah duit,sedangkan diamanah mengguna duit untuk aktiviti dan dosa menafi kusa Allah yg memberi rezeki.🐃abdghaniharon🐃
Beralih kpd institusi seperti majlis perbandaran yg memungut cukai pintu dg tujuan untuk menyedia kemudahan dan pentadbiran majlis perbandaran.Hasil cukai sepatutnya diguna utk buat dan perbaki jalan,kemudahan riadah, kemudahan dewan,lampu jalan,pungutan sampah,penanaman pokok,sistem perparitan dsbnya.Tetapi ada yg guna utk labur bagi menjana untung hingga kemudahan pembayar cukai diabai.Contoh mereka bina hotel, berpuluh juta,sedangkan keadaan market menjijikkan,setesen bas yg tidak selesa,banjir kilat sering melanda dsbnya tidak diatasi.Baliklah kpd basic,lu kutip cukai pintu dg janji beri kemudahan,bagilah dg sempurna,jangan dok kalut buat projek tambah duit.
Akhirnya ada hadis yg melarang kita mengumpul harta untuk dibangga,dihitung, dimegah.Sesungguhnya,semuamya dari Allah,jika kita belanjakan dg jalan yg betul,jalan melaksana amanah maka yakinlah Allah berupaya mendatangkan yg lebih lagi.Tetapi ingat,mereka yg pecsh amanah,yg tidak menunai amanah akan dituntut diakhirat oleh pemberi amanah yg merupakan penyumbang,mereka yg mentadbir institusi yg mengutip cukai dg suatu janji,akan juga dituntut diakhirat nanti.Mereka yg berbimbang kpd ketidakcukupan,berbimbang takut habis dibelanjakan akan dihadap kehadapan Allah yg maha kaya kelak kerana menafi kemampuan Allah dan tidak berserah kpdNya.Ajk yg boleh menunjuk baki wang yg banyak adalah ajk yg patut diketepikan,pilihlah ajk yg membelanjakan wang utk berbagai aktiviti yg mengikut matlamat.Biar penyata belanja hampir menyamai kutipan,itu yg terbaik.abdghaniharon
(Sengaja saya tulis nama saya dibeberapa tempat dg harapan anda tidak deletekan semasa copy,menumpang berbuat baik bukan mesti memadam penulis asal,mengaku hak sendiri.)
Labels:
Amanah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment