Thursday, 13 August 2015
SAYA TAK MENGIKLAN KERANA TAKUT DOSA
SAYA TAK MENGIKLAN KERANA TAKUT DOSA
Seorang pelanggan saya bertanya,"Mengapa cikgu Ghani tak mengiklan bisnes catering di mana-mana."Jawapan kpd soalan ini saya paparkan utk semua memikir. Saya tidak mengiklan sebabnya saya tidak bimbang berbohong, tidak menunai janji seperti dlm iklan,tak mau memuji barangan jualan saya dan akhirnya tak mau tambah kos,serta beroleh dosa.
Jawapan saya bunyi macam pelek dan bertentangan dg hukum niaga conventional yg menjadikan iklan perkara utama.Mari kita teliti hadis kerana saya peniaga muslim yg kena berpegang dan merujuk kpd prinsip Islam.
Dari Mu’adz bin Jabal ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik penghasilan ialah penghasilan para pedagang yang mana apabila berbicara tidak bohong, apabila diberi amanah tidak khianat, apabila berjanji tidak mengingkarinya, apabila membeli tidak mencela, apabila menjual tidak berlebihan (dalam menaikkan harga), apabila berhutang tidak menunda-nunda pelunasan dan apabila menagih hutang tidak memperberat orang yang sedang kesulitan.” (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Syu’abul Iman, Bab Hifzhu Al-Lisan IV/221).š”ABDGHANIHARON
Nabi memuji peniaga tetapi peniaga yg mematuhi sifat tidak bohong,amanah, tidak mungkir janji dan seterusnya.Iklan selalu memuji barangan yg kadang melampau dari sebenarnya,itu bohong namanya.Lihatlah iklan dlm media yg tak perlu saya contohkan.Apa yg dijanji dlm iklan kena ditunai,jika tidak jatuh pula kita kpd khianat pada janji.Bagaimana rupa barang diiklan,kesan ubat yg dijual,qualiti barang yg diiklan semua kena dipatuhi sprt iklan untuk kita tidak dipalit dosa tidak amanah,tidak berpegang pada janji.Kekadang harga di iklan tak sama dg harga sebenar,berselindung dibalik lidah yg berbelit.Rupa makanan yg digambar diiklan mesti sama dg yg dijual,udangnya patut sama besar atau lebih besar,pizzanya patut dipenuhi bahan yg sama seperti dlm gambar,nasi goreng USA patut ada udang,sotong,ayam ,bukan ua atau us dsbnya.Jika mengiklan dg bercakap seperti dlm ruangan Singgah tv3,berwaspadalah pada belitan lidah.
Saya nak ajak anda berfikir lebih jauh dan teliti sbg muslim.Jangan sandar kpd ilmu barat,yg mengajar cara niaga,sandar kpd hadis nabi kerana nabi juga pernah menjadi peniaga,berniagalah secara muslim.Kita bukan nak cari rezeki sahaja,nak hidup,tetapi kita nak kembali kpd Allah dlm keadaan dia redho.Maka jalan mencari rezeki juga kena halal,kena baik.Matlamat tak menghalal cara.Samalah seperti orang gilakan like,copy artikel orang dg memadam nama penulis,tetaplah haram.Allah maha mengetahui apa dijanji diiklan berbanding apa yg dibekalkan,dijual,walaupun kita berupaya menutup mulut pembeli kita. Muhasabahlah diri.
Dari Abu Sa’id Al-Khudri , Nabi bersabda
“Pedagang yang senantiasa jujur lagi amanah akan bersama para nabi, orang-orang yang selalu jujur dan orang-orang yang mati syahid.” (HR. Tirmidzi, Kitab Al-Buyu’ Bab Ma Ja-a Fit Tijaroti no. 1130)♎abdghaniharon
Ganjaran yg dijanji nabi ini jauh lebih besar dari keuntungan dari iklan yg tidak dipatuhi,bahkan itulah matlamat hidup utk mencapai syurga.Bukan tidak boleh mengiklan,bukannya haram tetapi bagi diri saya yg mengendali bisnes catering,saya khuatir janji dlm iklan tidak dipenuhi,saya khuatir saya memuji barangan sendiri,yg mungkin menitik tinta hitam kpd ceterer lain.Saya lebih senang pelanggan saya menjadi iklan setelah mereka berpuashati dg perkhidmatan kami.Telah 16 tahun,rezeki dari Allah tidak pernah putus untuk 22 pekerja saya yg bergaji bulan.Siapa nak mengiklan buatlah,patuh pd janji,tetap berpeganglah kpd hadis yg dipaparkan,moga niaga kita mendapat berkat.
Jangan terikut dg orang,terpengaruh dg perkataan orang.Kita telah diajar oleh nabi utk berniaga,dijanji ganjaran utk peniaga.Jika kita muslim,ikutlah, apa kata nabi.Jangan rosakkan rezeki niaga dg iklan yg tidak dipatuhi,ada unsur mendedah aurat,perlakuan tidak senonoh yg menitik nila dlm rezeki niaga.Binalah iklan yg sederhana,patuh syariah,boleh ditunai.Tulisan ini hanyalah pandangan dan pegangan untuk diri saya shj abd ghani haron.
(Tidak izin artikrel ini dicopy di edit tanpa nama saya,SHARE SAHAJA,kerana ini kisah saya,bukan kisah orang lain.)
Labels:
Iklan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment