Sunday, 16 August 2015
TIDAK BERGANJAK SETAPAK KAKI
TIDAK BERGANJAK SETAPAK KAKI,MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH
Seorang pelanggan saya yg nak mengadakan kenduri kahwin anak sulongnya, telah tiga kali hadir ke pejabat berbincang hal majlisnya.Sudah tiga kali juga mengubah jumlah tempahan.Mereka gelabah,bimbang lauk tak cukup, walaupun pihak saya sudah memberi nasihat berdasar pengalaman.Akhirnya bagi menamatkan gelabahnya saya berpesan,"Tuan Haji,kita telah berusaha untuk mencukupkan,kita buat satu perkara terakhir iaitu berserah kpd Allah kerana Dia yg akan mencukupkan."Dia terdiam dan bersetuju.
Bila majlisnya berjalan,memang sangat ramai hingga kami pun terasa risau,tetapi akhirnya orang yg terakhir sampai masih ada lauk untuk dimakan walapun tidak selengkap permulaan.Bila kami bersiap untuk balik,tuan rumah itu berkata,"Jika di tengok pada yg hadir,kita tak percaya lauk boleh cukup,tapi Alhamdulillah.Syukur sangat."Saya hanya membalas,"Yang nak mencukupkan atau tidak adalah Allah, banyak bukan mesti cukup,sedikit bukan mesti tidak cukup,kerana rezeki setiap tetamu tn haji tetap ditangan Allah.Berserahlah kpdNya."
Kebanyakan kita terlupa untuk mengakhiri semua usaha dengan berserah kpd Allah.Maksudnya kita terus meyakini usaha kita akan membuah hasil.Contoh pelanggsn saya ini yg terus menambah-nambah tempahan.Ada orang baca buku sampai dipanggil masuk dewan periksa,ada yg terus baca itu ini hingga dipanggil ke bilik temuduga,ada sekolah buat kelas tambahan malam hingga esoknya peperiksaan upsr.dan sebagainya.Sedangkan kita sedar sekuat mana usaha kita, akhirnya yg menentukan adalah Allah.Maka sebaiknya letakkanlah satu penamat pada usaha dan berserah kpd Allah menentukan.
Jika kita terus berusaha hingga ke akhir dan lupa berserah,bertawakkal, dibimbangi kita secara tidak sedar menafikan bahawa Allah yg berkuasa menentukan,bukan usaha kita yg menentukan.Moto usaha tangga kejayasn adalah betul separuh shj,kerana usaha diperlu utk jaya tetapi bukan penentu kejayaan,penentunya ialah Allah..Begitu juga dlm menghadapi musibah,penyakit,berusahalah mengatasi dan mengubat,tapi jangan lupa akhirnya kita berserah kpd Allah.😊abdghaniharon
Mereka yg meyakini usaha mereka yg membuah kejayaan sesungguhnya telah sombong kpd Allah,menafikan bahawa kita adalah hamba dan penentu apa yg dilakukan adalah tuhan kita iaitu Allah.Banyak orang tercapoi mulut,berkata,"ini berkat usaha gigih saya selama bertahun" "ini kesan perancangan yg rapi oleh kita semua" dsbnya.Janganlah demikian,sebutlah usaha dan perancangan gigih kami diberkati Allah utk tidak menafikan kekuasaan Allah.
Hadis nabi menyebut "Tambatlah unta kamu dan bertawakkallah kpd Allah".Jelas menunjukkan kita kena berusaha walau pun sedikit,dan tamatkan usaha dg berserah kpd Allah.Kunci kereta dan turun untuk bersolat di masjid dan berserah kpd Allah akan keselamatan kereta kita,jangan sesekali meyakini kereta kita tidak akan dapat dicuri kerana sistem keselamatan kita sangat canggih.Seorang kenalan saya yg sangat yakin dg sistem alarm dirumahnya dg cctv dua unit yg berbeza,yg nampak dan yg disembunyikan utk mrngeliru pencuri,akhirnya ditembusi juga pencuri dan hilang 3 kilo emas serta cctv dilarikan.Nabi seolah mahu meyakinkan bahawa berserah kpd Allah itu penamat kpd usaha dan itu lebih utama setelah kita melakukan usaha.Siapa yg tidak menamatkan usaha dg bertawakkal seolah dia menafikan kuasa Allah sbg penentu,dia yakin dia berupaya sendiri.Bila hartanya hilang,baru nak mengadu kpd Allah,sedangkan pada awal yakin dg usahs sendiri.
Kesimpulannya,apapun yg kita buat,usahakan,tamatkan dg berserah kpd Allah dari sekecil-kecil perbuatan hinggalah yg sebesar-besarnya.Tidak berganjak setapak kaki manusia dibumi ini melainkan dg izin,tidak terbang sehelai bulu melainkan dg izin Allah,tidak melunvur sebuah jet diudara melainkan dg izin Allah.Allah.abd ghaniharon.
Labels:
Tapak kaki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment