Sunday, 16 August 2015
PEMUSNAH HARAPAN IBU
PEMUSNAH HARAPAN IBU
Suatu pagi seorang ibu pelajar mengetuk pintu bilik saya sebagai pengetua disebuah sekolah menengah.Berpakaian sedikit lusuh dan bertudung,dia memberi salam dan duduk dg sopan." Anak ssya kata cikgu panggil jumpa."Dia memula bicara.Saya mengiyakan."Begini, anak puan didapati melakukan beberapa kesalahan melanggar peraturan.Dia didapati kerap tidak hadir tanpa sebab,jika hadir selalu ponteng kelas,tidak buat kerja rumah dan amat bantah dengsn arahan guru.."Saya berhenti bila melihat dia seperti terkejut,matanya mula berair,mukanya semakin tunduk.Setelah menyambung sedikit lagi perbualan,saya dah tak sanggup meneruskan bila dia mula teresak.Saya tahu,betapa hancur hatinya dg apa yg dibuat oleh anaknya.Saya beralih memujuk dan mententeramkannya.
Bila dia melelangkah kaki keluar,saya melihat dia masih mengesat air mata dg hujung tudungnya.Saya seperti kesal membuat ibu ini sedih,tetapi itu kena saya harungi.Teringat satu nukilan yg lama lalu saya mencarinya dan menambah satu perenggan dlm nukilan tersebut utk membayang betapa hancurnya harapan ibu ini.Saya perturunkan semula,semoga ada guru yg boleh mengguna utk menasihat pelajar,ada ibubapa yg boleh memanjang kpd anak anak sebagi ingatan,ada hati yg mahu menginsafi.
Ketika kamu masih dlm kandungan,ibumu menanggungmu penuh keperitan,namun tiada ia mengeluh,bahkan tangannya tinggi menadah Ilahi agar ia dikurniakan anak yg baik,bijak,beriman yg menjd cahaya matanya,yg menjd tempat berteduh ketika ia tua.Namun kamu balas dg tendangan dan terjahan dlm perutnya.Tetapi ibumu hanya berkerut mukanya menahan sakit sambil tangan mengusap perut.
Ketika kamu dilahirkan,ibumu memelukmu erat memberikan susunya,mengusap kepalamu dg penuh kasihnya,bersengkang mata dikejauhan malam,bimbang tidurmu terganggu,.namun kamu membalasnya dg berak dan kencingmu dan tangisan memecah keheningan malam.Tetapi ibumu tetap senyum,menepuk dan memujukmu dg dodoian lagu samar samar lahir dr bibirnya.
Ketika usiamu melangkah musim,kamu disuapkan nasi,dihayun dlm buaian,dimandikan air suam,disalinkan pakaian selalu dan mengajar bertatih.Namun kamu sepahkan makanan,bebal tak tentu punca,kencing berak merata.Tetapi ibumu tetap merasa bahagia.☺ABDGHANIHARON
Ketika kamu mula berkata kata,mengajuklah kamu setiap kata kata ibumu,dibisikkan kata 'emak dan abah' sebagai kata mulia.Namun bila besar ibumu tidak cantik dibibirmu.Tetapi ibumu masih ibumu jua.
Ketika menghantarmu ke sekolah,kamu dipakaikan pakaian baru,dibekalkan sarapan takut anaknya lapar,menghantarmu dg penuh harapan menggunung,menyiapkan makanan dirumah menunggu anaknya pulang.Namun hasrat ibumu musnah di sekolah dg membantah cakap guru.Namun ibumu tetap menyayangimu kerana kamu anaknya.Linangan airmatanya ketika mengadap pengetua menjelaskan segalanya.Basah tudungnya oleh lelehan air mata membayang kekesalannya.Tunduk mukanya bersama kerutan wajah dan suara yg tertahan tidak pernah disangkakan terpaksa dizahirkan utk membayangkan kesedihannya atas apa yg dibalas oleh anaknya.
Itulah sebahagian insan yg lupa kpd pengorbanan dan harapan ibu mereka,Insaflah sementara kita masih boleh menoleh,sementara kita masih ada ibu,sementata hatinya masih noleh disembuhkan dengan airmata kekesalan
Anda boleh menyambung nukilan ini "Ketika kamu dihantar ke u......,ketika mendapat berita kamu mendapat pekerjaan.......Sambunglah dalam komen untuk kita sama berkongsi menilai diri.abdghaniharon
Labels:
Ibu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment