Monday, 3 August 2015
PAKSAAN SEBAGAI LATIHAN
PAKSAAN SEBAGAI LATIHAN
Berkawan dg seorang yg sangat wara,dia suatu hari berkata,"Saya lebih suka berzikir,membaca quran,bersolat sunat,berpuasa sunat dan bersedekah dg apa yg ada dari membuat amalan wajib.Yang wajib ibarat menunai janji kita,yg sunat ibarat kita memberi lebih dari yang dijanji.Tunaikan janji dan berilah lebih lagi dari yg dijanji"
Nak mengajak anda merenung kata kata ini..Kita ditetap oleh Allah untuk beramal dg 5 rukun Islam yg diwajib,dipaksa,,jika tidak dilakukan akan dihukum dalam neraka.Saya melihat bahawa paksaan rukun ini bukan bertujuan setakat penunaian mengucap dua kalimah,solat,puasa,zakat dan haji,tetapi paksaan ini bertujuan melatih manusia supaya mrnambah ibadatnya secara tidak terpaksa iaitu dg melakukan yg sunat.
Melafaz dua kalimah syahadat kita lakukan secara wajib dalam solat.Diluar solat sepatutnya kita meneruskan menyebut kalimah zikir,memuji Allah,beristighfar dan seterusnya membaca kitab Al quran kerana dalam solat ada surah yg perlu dibaca sekurang-kuranghya al fatihah.Maka berzikir dan bacalah quran.
Bila kita menunai solat waktu 5 kali sehari,Allah melatih kita unyuk meneruskan dg solat sunat yg lain yg diberi ganjaran,tetapi tidak duhukum jika tidak ditunaikan.Sepatutnya jika kita dah boleh bersolat 5 kali sehari,tambahkanlah dg solat sunat sebagai kesan solat wajib,tambahkan solat sunat sebagai hasil latihan solat wajib,kita terus menambah untuk sujud kpd Allah dg tidak dipaksa.
Bila kita diwajib berpuasa ramadan,mungkin Allah nak mendidik manusia supaya menambah dg puasa sunat.Puasa itu baik,menunduk nafsu,jika sebulan boleh dibuat,kenapa tak tambah sedikit lagi sebagai kesan ibadat wajib itu.Berpuasalah secara sukarela.
Zakat yg wajib ditunai,mungkin latihan untuk kita bersedekah.Allah wajibkan zakat sehingga kpd yg miskin utk membayar fitrah,jelas menunjukkan betapa bersedekah itu amat dituntut.Jadi jangan memberi hanya sekali yg dipaksa dlm setahun menerusi fitrah,tetapi bersedekahlah setiap hari sebagai kesan wajibnya zakat.
Jelasnya rukun Islam itu ibarat latihan yg Allah beri seumur hidup kita,supaya kita meneruskan ibadat itu secara sunat.Kita lihat bahawa Allah meletakkan tujuan supaya manusia beribadat dg sukarela,ikhlas menerusi ibadat sunat,kerana ibadat wajib dipaksa.Nabi bersabda bahawa kita tidak akan masuk syurga dg ibadat kita tetapi kita akan masuk syurga dg kasih sayang Allah.Untuk menjadi hamba yg dikasihi,jika sekedar buat yg dipaksa tentu tidak akan mencapainya,maka kita kena buat yg lebih dari itu.Itulah amalan sunat.Seorang anak yg hanya melaksanakan jadual yg ditetapkan oleh ibubapa,tentu tidak lebih dikasihi berbanfing anak yg melaksanakan lebih dari apa yg ditetapkan.
Jom semak diri,ada kita berzikir,membaca quran,ada bersolat dunat walau dua rakaat,adakah berpuasa sunat walau sehari dua dlm sebulan dan adakah kita bersedekah setiap hari meskipun sekedar sekupang dua.Sia-sialah seumur hidup Allah beri latihan,tetapi kita tidak mengambil iktibar.Jika Allah hanya mahikan manusia tunduk padaNya dg paksaan,maka tidaklah ditawarkan ganjaran untuk beramal perkara sunat,melainkan inilah tujuanNya supaya manusia menjadi hamba yg lebih ikhlas tunduk patuh kpdNya bukan kadar kerana paksa tetapi penuh rasa rela.ABD GHANI HARON.
Labels:
Paksa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment