Friday, 28 August 2015

KACANG LUPAKAN KULIT DALAM MENCARI REZEKI

KACANG LUPAKAN KULIT DALAM MENCARI REZEKI Seorang saudara jauh isteri saya yg bekerja sebagai jururawat diberitakan meletak jawatan kerana berniaga.Lalu bila bertemunya disuatu majlis,saya minta kepastian.Katanya,"Gaji jururawat tak sebanyak mana pun.Pendapatan jualan langsung saya menyebabkan saya tak pernah ambik duit gaji.Lebih baik berhenti kerja."Percakapannya sedikit angkuh.Selang beberapa bulan saya dengar khabar dia minta kerja semula sebagai jururawst di hospital swasta setelah perniagaan merudum. Seorang guru yg membuat kerja sambilan membeli harta yg dilelong juga diadu oleh pengetuanya mengajar secara melepas betok ditangga.Bila ditegur, perkataannya hampir sama dg jururawat itu,"Saya dah bertahun tak sentuh gaji saya."Jawapan ini seolah nak mengatakan dia tidak heran dg kerja gurunya,kerana pendapatan dari niaga rumah lelong lebih menguntungkan.Baru-baru ini saya terdengar guru tersebut terkena serangan janting dan mula merosot kesihatannya.Mungkin bila dengar kos rawatan,dia akan sedar anugerah Allah pada pekerjaan gurunya. Dua kes ini saya nak ulas untuk teladan.Kita belajar bertahun disekolah dg harapan utk dpt kerja,selepas itu memang Allah makbulkan dg memberi kita kerja dan menjadi pintu rezeki kita.Dari situ kita bertatih melihat dunia,mula meninjau sumber pendapatan yg lebih banyak.Maka kita pun mencebur diri dalam kerja sambilan yg sesetengahnya membuah pendapatan yg banyak.Dari sini banyak orang mula tenggelam punca,antara yg utama dg yg sampingan,antara amanah yg wajib dg tambahan pendapatan.Pekerjaan kita itu utama kerana pekerjaan itu anugerah Allah hasil dari usaha belajar,pekerjaan itu juga yg membuah hasil hingga kini,hingga kita kenal dunia lebih luas.Pekerjaan itu juga amanah kerana kita yg minta,kita yg berjanji utk bekerja dan diberi gaji kerana menunai tanggungjawab.Banyak atau sedikit gaji,itu bukan soal,itu rezeki dari Allah.Menghina pekerjaan asal kerana pendapatan lebih dari kerja tambahan adalah ibarat kacang lupakan kulit. Jika pendapatan dari kerja tambahan bamyak sekalipu,usahlah angkuh dan menghina kerja asal.Bahkan saya melihat ada orang mempamer kereta mewah sebagai lambang kejayaan dlm niaga,dlm kempen menarik peniaga baru,yg sah berunsur riak.Rezeki bukan hasil tangan,bukan hasil tenaga empat kerat,rezeki terpijak,biasanya tidak lama,apalagi bila dicampur riak.Sebaliknya bersyukurlah kerana itu juga anugerah Allah.Yg sedikit,yg banyak semua dari anugerahNya.Jika nak tinggal kerja asal,timbanglah sebaik-baiknya,jangan terburu.Ingatlah pekerjaan pertama kita adalah anugerah Allah,jika nak ditinggal,betulkan niat untuk tambah pendapatan,untuk tumpu satu pekerjaan,jangan menghina,mencebek kerana pekerjaan itulah yg telah membawa kita ke tahap ini.Tinggalkan dg penuh beradab. Jika buat kerja tambahan,jangan mengabai tugas utama.Jangan jadikan tugas utama sebagai sampingan,ditunai secara lebih kurang shj,sekadar ada.Lebih teruk mencuri waktu kerja untuk buat kerja tambahan adalah merosakkan seluruh rezeki.Merasa kerja tambahan lebih penting juga seolah metendahkan satu lagi seumber rezeki yg Allah beri.Buatlah kerja tambahan diluar waktu kerja dan tidak menyebabkan keletihan untuk melaksana tugas utama.Jika tidak berdaya,lebih baik berpada dg pekerjaan utama dan bersyukurlah dg apa yg kita perolehi. Ingatlah,setiap sesuatu ada balasannya.Yg baik Allah akan balas dg kebaikan,yg buruk akan dibalas juga,jika tidak didunia,diakhirat.Kita telah banyak melihat orang yg tamak memburu rezeki,meninggal pekerjaan asal,berpindah dari satu kerja kpd kerja lain akhirnya kecundang sudahnya.Allah menyuruh berusaha,tetapi Allah juga melarang ketamakan.Allah melarang keangkuhan,melarang merendahkan kurniaanNya,tetapi menyuruh kita bersyukur.Sedikit bukan bermakna tidak cukup,banyak bukan bermakna sempurna.Yg betulnya ialah keberkatan,sedikitpun jika berkat, lebih baik dari banyak yg tidak berkat.Jadi hambatlah rezeki yg berkat bukan yg banyak,kerana orang yg berpendapatan ratusan rm dg memelihara anak isteri yg ramai masih bahagia berbanding yg berpendapatan belas ribu tetapi penuh kedukaan.Sebaiknya beristiqamah pada satu pekerjaan,buatlah lain tetapi ia tetap sebagai sampingan.abdghaniharon.

No comments:

Post a Comment