Friday, 14 August 2015
KITA SUKA MELIHAT YANG KECIL
KITA SUKA MELIHAT YANG KECIL
Semasa menjadi Ppd,seorang kerani datang mengadu kpd saya,"Cikgu,kerana kesilapan menulis alamat dan surat tak sampai tempat sepatutnya,saya dimaki,dicaci sebagai nyanyuk,lembab hingga menyebut keturunan, dan hal fizikal saya oleh pengetua.Pada hal telah bertahun saya berkerja dgnya,tiada masalah."Wanita separuh umur itu tunduk dan menyapu air mata.Kesedihannya membayang betapa teruknya kata-kata yg dilempar kpdnya.Saya nak berbicara hal betapa sesetengah orang mudah lupa jasa yg baik yg lama dicurah hanya dg satu kesilapan.Mungkin anda juga ada ceritanya.
Pepatah Melayu menyebut,kuman seberang laut nampak,gajah dibibir mata tak nampak.Masyarakat kita selalu memberi tumpuan kpd yg buruk walaupun sangat kecil,walaupun baru sekali dibuat,atau dia tersilap,tiada maaf bagimu.Perkara yg buruk yg kecil itu akan ditiup bagai belon membesar menelan segala kebaikan yg dah dibuat walau sebesar gunung.Dijajalah yg buruk itu hingga tenggelam semua yg baik..Sebaliknya jarang orang bercerita kebaiksn orang,mungkin rasa cemburu dan irihati.Tetapi mencerita keburukan orang sedap dan seronok kerana ditambah ajinomoto,dan digulakan oleh syaitan.š”abdghani haron
Kita patut bersifat menutup aib,berlapang dada pada kekurangan orang,ambil yg jernih,buang yg keruh.Tidak ada siapa pun yg sempurna,yg tak pernah berbuat dosa dan kesilapan,maafkanlah dia.Dalam mencipta manusia,Allah tidak jadikan kita semua sempurna dan baik,tidak ada buruk,tidak ada kekurangan.Tetapi sengaja Allah letakkan kekurangan kpd makluk,kerana mereka tidak boleh menyamai sifat Allah yg sempurna.Siapa berkata dia sempurna,tanpa cacat,tanpa kekurangan,pefect dia telah menyanggahi sifat Allah,hak Allah kerana Dia saja yg sempurna.Walau ada iklan kata wajah sempurna,itu perkataan memancing duit dg melupakan hakikat,manusia tidak sempurna kerana dijadikan kita berbeza pandangsn dan nilai.Baik pd orang ini,belum tentu baik pd orang lain.Jika kita menginsafi semua manusia ada kekurangan,termasuk diri kita,berilah kemaafan,kerana manusia itu ciptaan Allah,memarahinya seperti memarahi ciptanNya juga.
Dalam tiap ciptaan Allah ada bahagian yg tidak" disukai "pada pandangan manusia.Bintang filem yg comel lote,tetap berak kencing busuk juga,ketiak busuk juga..Dimana sempurnanya,baiknya.Ikan yg di jadikan Allah dibuang juga perutnya,sotong dibuang juga dakwatnya,udang dibelah dibuang juga najisnya,enas dimasak dibuang juga kotorannya,sebutlah apa saja.Billionaire tetap kentut busuk walau duduk dlm class executive atau bussiness class dlm kapal terbang,jenuh busuk bekuap.Jadi mengapa kita tidak boleh menerima kekurangan orang,berlapang dada pd sedikit sifat kekurangan mereka kerana kita pun tak sempurna.š„abdghaniharon
Pakar motivasi selalu berkata jika kita menunjuk orang lain bersalah,buruk laku,ada 4 jari lagi yg menuding kpd diri kita.Kita tidak dapat melihat buruknya diri kita,kerana mata kita hanya boleh memandang keluar,tidak dapat padang didalam diri.Dg itu buruk orang yg kecil pun nampak tapi buruk diri sebesar nangka busuk dalam hati perut tidak nampak.Telah lumrah,siapa yg tinggal ditepi kilang getah,telah mangli atau lali dg baunya dan dah tak terasa busuknya.Janganlah jadi orang yg tidak sedar diri banyak buruknya,tetapi melihat orang lain yg buruk.
Ayoh mari kita membaiki diri untuk menerima kekurangan orang seperti kita mahu orang menerima kekurangan kita.Satu kesilapan jangan memadam seluruh kebaikan.Contoh,Ustaz Hadi,Haron Din berpuluh tahun berjuang,telah kama disanjung, apakah dg sepatah dua perkataan yg terlajak diucapnya,maka tukarannya seluruh kebaikan yg dibuat selama ini dihumban ke laut kalzum..Bila Allah menegur nabi dalam suruh Abasa atas satu kesilapan kecil,,apakah selepas itu ada pengikutnya yg berpaling?Berlapang dadalah kpd kekurangan orang,kita pun ada kekurangan.Bila mereka berkata Us Haji berubah-ubah pendirian,tidakkah mereka ketahui imam mazhab sprt Shafie pun mengubah fatwa dan pandangan bila berubah masa dan terasa pandangan dulu perlu dibetulkan.Tak payah dok jaja aib orang.Maaf terlajak sikit ke politik.Pernahkah anda terasa kesilapan kecil telah memusnah kebaikan yg banyak yg telah dilakukan? Ceritalah sikit,moga kita terus tabah.abdghaniharon.
Labels:
Kecil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment