Friday, 7 August 2015

MEMBELI UBAT DEMAN ANAK DI KEDAI RUNCIT

MEMBELI UBAT DEMAM ANAK DI KEDAI RUNCIT Suatu pagi saya menunggu giliran untuk membayar barang yg dibeli dikedai runcit sambil berbual dg seorang kenalan yg kebetulan nak beli barang juga.Seorang ibu pertengahan umur mendukung anak kecil yg merengek dan yg mengekornya anak lelaki yg mungkin 5 tahun.Dia bertanya taukeh,"Ah Huat,ubat demam budak kecik yg minum punya ada dak?"Ah Huat membalas,"Kak,ubat demam minum punya tarak juai sini,biji punya ada.Kak pi klinik la.Kesian budak tu"Wanita itu menjawab,"Tak cukup duit nak pi klinik." Saya cepat mencelah,"Kenapa kak tak pi hospital."Dibalasnya,"Cikgu,hospital kena tunggu lama,susah bawa anak kecik.Lagi pula kena ambik teksi,mahai.Klinik satu Malaysia pun jauh,lagi pun hari ni cuti.Saya tak cukup duit,dua tiga hari lagi baru nak dapat duit kebajikan masyarakat untuk anak yatim dan ibu tunggal."Anak yatim rupanya.Kesal saya berkata begitu padanya.Matanya mula berair,cepat dia beralih muka untuk melindungi kesedihannya.Mungkin dah semalaman anak ini demam,merengek dlm dokongan.Kepalanya panas bila saya menyentuhnya..Dia mencari ubat demam bentuk sirap untuk mudah anak kecil itu minum. Ketika dia nak melangkah pergi dg wajah penuh risau,kenalan saya berkata,"Cikgu,ini bagi pada saya untuk selesaikan.Saya bawa depa pi klinik." Saya bersyukur dan minta dipetiksa abangnya sekali..Mereka berjalan menuju kesebuah klinik berhampiran.Saya menghantar mereka dg pandangan sedih dan bersyukur.Sedih melihat ibu tunggal berhempas-pulas nak mengubat anak,bersyukur kerana Allah pertemukan dg seorang yg lembut hatinya,ringan tangannya dan pemurah.Ya Allah. 😣abd ghani haron😣 Kita selalu lihat orang memberi bantuan makanan dan pakaian pada anak yatim,tetapi banyak orang lupa aspek yg lebih berat pada seorang ibu tunggal ialah bila anaknya sakit,dimanakah wang yg dia nak dapatkan untuk membiayai ubat dan rawatan.Akhirnya,dg apa yg ada,berikhtiarlah mereka,seperti ibu ini.Berbanding kita yg anak baru nak demam,sudah risau,terus dibawa ke klinik tanpa fikir hal belanja.Kerisauan bila anak sakit melebihi yg lain. Semasa saya menjadi setiausaha masjid dulu,saya kutip data anak yatim dan miskin dlm qariah,dan daftarkan.Senarai mereka saya beri kpd satu klinik di pekan dan tiap keluarga diberi satu kad pengenalan.Bila ahli keluarga mereka sakit,mereka hanya perlu pergi ke klinik ini,mendapat rawatan dan ubat,tidak perlu bayar.Dipenghujung bulan saya kunjungi klinik untuk membuat bayaran rawatan seluruh keluarga yg terdaftar yg mendapat rawatan.Duit yg diguna adalah dari wang disumbangkan ke tabung kebajikan anak yatin dan miskin dibwh ajk masjid.Akhirnya klinik berkenaan sendiri tidak mahu menuntut bayaran kerana katanya dia pun nak membantu anak yatim dan miskin yg telah diiktiraf oleh masjid. Program begimi amat membantu yatim dan miskin.Hilanglah kebimbangan mereka bila mereka sakit kerana ada jaminan utk dpt rawatan.Anak qariah mendapat faedah dg menyumbang kpd tabung ini dan dg itu mereka secara tidak sedar telah membantu yatim dan miskin.Seluruh qariah juga telah secara tidak langsung melaksana tanggungjawab membantu yatim dan miskin kerana tabung kebajikan ini juga membantu aspek bahan makanan,pendidikan disamping sakit demam. Apa saya ajak anda fikir ialah jika anda boleh mencadang program sebegini kpd masjid atau surau iaitu mewujud tabong kebajikan anak yatim dan miskin.Mungkin mana-mana Ngo boleh mengumpul dana dan mewujud program sebegini.Bahkan apa kata jika keluarga yg berpendapatan selesa mengambil beberapa keluarga yatim atau miskin sebagai keluarga angkat yg dibantu aspek makanan,kesihatan atau pendidikan.Ingatlah yatim disehut 23 kali dlm quran menunjukkan perlunya diberi perhatian sedangkan ada perkara Allh sebut sekali dua shj tetapi kita gigih memperjuangkannya.abdghaniharon Catatan: Saya tidak dapat confirm friend request kerana telah maksimum,maafkan saya,follower shj.

No comments:

Post a Comment