Monday, 17 August 2015
MERANCANG JODOH
BERANGAN DAPAT MENANTU DOKTOR,LUPA JODOH DI TANGAN ALLAH.
Bila anak saya yg kedua dan ketiga mengambil kursus kedoktoran,anak saudara pun dibidang berkaitan,saya mula memasang impian agar anak-anak saya yg lain dan anak saudara akan juga mengikuti bidang perubatan.Impian saya lebih jauh berharap mereka berkahwin dg doktor,jadi jika saya mereka berkahwin dg doktor juga,saya ada ramai doktor,maka saya nak buka poliklinik atau hospital swasta.Adik beradik,anak saudara yg susah dpt kerja akan dibawa masuk bekerja setelah berkursus dikolej swasta.Saya pun mencari tanah utk tujuan ini.Tetapi masa berubah,anak yg doktor semua tak berkahwin dg doktor,saya tidak membantah,itu hak Allah.Impian dulu berderai,tetapi tidaklah saya kecewa itu ketentuan Allah.Lagipun saya rasa anak yg lain tak jd doktor pun takpa kerana teruknya kerja doktor di hospital kerajaan,oncall 36 jam tanpa tidur,agaknya orang kementerian kesihatan dan menteri tak cukup akal agaknya.Kekadang isteri saya terpaksa menjemput anak waktu habis oncall kerana tak berupaya memandu dlm mengantuk,menghantar makanan kerana kerja hingga tak sempat nak keluar makan.
Kali ini nak berbicara hal jodoh pertemuan yg menjadi hak Allah menentukan.Kita tiada hak menentukan atau memilih.Tak guna merancang jodoh kerana Allah telah merancangnya dan kita tidak berupaya mengubahnya.Bercinta bagai nak rak, kalau tidak ditakdirkan itu jodoh kita,tetap tidak berkahwin.Bukan macam cerita drama Melayu atau lebih trajis filem Hindustan.Jadi jika kita berusaha merancang jodoh, jangan kecewa menonggeng kalau gagal dg apa yg diharap kerana pemutusnya tetap pd tangan Allah.
Ibubapa jangan sesekali menentukan jodoh untuk anak.Jika anak doktor nak pilih doktor juga,pilihan anak yg bukan doktor ditolak.Yg nak berkahwin,nak hidup bersamanya berpuluh tahun adalah anak,maka biarlah dia membuat pilihan.Kita sebagai ibubapa mungkin hanya memberi nasihat,tunjuk ajar,supaya pilihannya tepat.Soal apa kerjanya,apa warna kulitnya,tinggi atau rendah,miskin atau kaya tidak menjadi syarat dlm agama.Sabda nabi sebagai panduan dlm memilih menantu.
“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasar hadis ini,agama diutamakan,meletak syarat yg lain kpd anak utk memilih jodoh adalah bertentangan hadis.Saya pernah mengetahui kisah seorang doktor yg menangguh berkahwin hingga 7 tahun kerana ibu tidak setuju dg pilihan yg bukan doktor.Anak perempuannya tidak berani dipinang kerana masalah sama.Ini menyiksakan anak-anak.
Jangan mudah menolak lamaran,jika lelaki yg melamar mematuhi sifat yg nabi sebut,bimbang kita menolak jodoh.Lebih lagi jika pihak anak dah setuju atau dah kenal lama.Dibimbangi membujang hingga ke tua kerana memilih dan kita tidak berupaya mengubah takdir.Sebaiknya ibubapa tidak menjadi kuasa penentu dg siapa anak akan berkahwin.Bukkankah imam akan meminta persetujuan pengantin perempuan sebelum akad nikah,menunjukkan hak menentu pasangan anak perempuan adalah ditangannya sendiri,bukan ibubapa.Tidak serikkah kita mendengar kisah gagalnya menghalang jodoh hingga terjadi kesengsaraan hidup,bahkan P.Ramlee pun melakonkan kisah ini dlm Ibu Mertuaku.Yg nak bernikah anak kita,nak hidup hingga mati pun anak kita,bukan diri kita,biar dia buat keputusan supaya dihari muka ibubapa tidak persalahkan.
Firman Allah,"Kamu merancang dan Aku juga merancang,perancangan Aku lebih baik..."Jelas Allah sudah beri ingatan.Jangan ceroboh hak Allah kerana ikut kehendak kita.Berlapang dadalah.Siapa juga yg jadi menantu,itu anugera Allah yg belum lagi kita ketahui kelebihannya.Ayuhlah menjadi ihubapa yg boleh berunding,bertolakansur dg anak dlm hal memilih jodohnya,jika baik afamanya,tidak meninggaljan solat,baik tingkah laku,budi bahasa,dan anak pula berkenan,berlapang dasalah untuk menerima,itu jodohnya.Akhirnya ketiga tiga anak perenpuan saya berjahwin orang bidang kejuteraan.mungkin satu tempekak Allah kepada saya yg merancang jodoh anak.abdghaniharon.
Labels:
Jodoh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment