Monday, 10 August 2015
MENGHUKUM KUCING BERAK KENCING MERATA
MENGHUKUM KUCING BERAK KENCING MERATA
Saya teringat satu kisah yg saya lalui 2013 lalu dan pernah saya tulis di timeline.Saya olah semula untuk memperingatkan diri saya dan pembaca,mohon terasa,mohon difikir dan senyumlah,kalau pun tak tertitis air mata kesal.
Pada suatu pagi ketika nak keluar rumah(dulunya Lagenda Height,Sg Petani),terdengar bunyi riuh di rumah jiran.Suara jiran marah marah diikuti bunyi teriakan kucing yg kesakitan.Saya meninjau menerusi pintu sisi rumah dan kelihatan jiran menangkap kucing dan dipukul pukal dg tangan dan dihenyak dlm karung guni,mungkin untuk dibuang ke mana-mana.Saya menghampiri ke tepi pagar dan bertanya hal..Jiran saya bersungut,"Kucing ini aku kutip di market ketika masih kecik dan kebuluran ,aku bawa balik,aku beri makan dan tempat tinggal.Dia sihat dan membesaq, elok tubuhnya.tetapi dia berak dan kencing merata tempat.Itulah aku godam dan nak lempaq semula ke market."
.
Saya cuma tersengeh kepadanya,dan menyampok,"Ini ibarat yg Allah nak tunjuk kpd kita,kita dilahirkan tanpa apa-apa,Allah beri rezeki melimpah ruah,tempat tinggal yg hebat,kesihatan dan kecantikan, akal fikiran,harta dan kemewahan,tetapi akhirnya apa yg kita balas kepadaNya.Kita tinggalkan suruhanNya,kita lakukan apa yg ditegahNya tetapi Allah tetap memberi kita rezeki yg melimpah ruah,makanan,kenikmatan walaupuin kita derhaka dan engkar kpdNya.Dia masih tidak memukul dan membuang kita seperti mana kita lakukan kpd kucing yg berak kencing merata,Dia beri masa berpuluh tahun,Dia juga beri peringatan dengan sakit demam,kehilangan harta,menjadi tua dg harapan kta insaf dan kembali kpd perintahNya."Jiran saya terus naik angin,"Hang nak bela kucing ni,hang ambik."Dia menghilang ke dlm rumah dan bunyi pintu di tutup agak mengejutkan saya.Biasalah,siapa yg menegur kerap kali terkena bahangnya,siapa gatai dua garu,siapa yg nak membuang najis,akan terhidu baunya.Tahan sajalah.
😠Abd Ghani HaronðŸ˜
Jika anda bela kucing dan berkelakuan seperti ini,muhasabahlah diri,Allah memberi peringatan kpd kita,dg kiasan pada binatang kesayangan.Pejamkan mata,berapa keingkaran kpd Allah telah kita lakukan hari ini,kelmarin,minggu lepas,bulan lepas,tahun lepas?Berapa banyak pula yg Allah telah beri kenikmatan kpd kita sepanjang masa yg sama.Adakah Allah telah hukum kita?.Allah tetap memberi tangguh,kita masih bernafas,masih ada rezeki bahkan mewah.Berbanding kita yg cepat marah,naik angin langsung menghukum, sepatutnya bila kita engkar perintah Allah,bila kita langgar tegahan Allah,waktu itu juga kita dihukum.Jika demikianlah, ramai dari kita tidak hidup lama selepas baligh kerana sebaik umur itu kita telah mula engkar dan membantah perintah Allah dan berdosa.Tetapi Allah Maha Pengasih,Maha Penyayang,diberinya tempoh,diberi tangguh berpuluh tahun hingga ke tua.Berbanding sifat Allah ini,siapalah kita jika tidak boleh bersabar,nak marah-marah,nak hukum itu ini.Bukan shj kpd kucing,tetapi dlm semua hal kehidupan.Jangan marah makhluk lain termasuk manusia,jangan mudah menghukum mereka.
Jangan pukul kucing,jangan maki hamunnya,kerana tidak sabar,tidak bersyukur.Kucing adalah binatang kesayangan nabi,dan menjadi satu sunnah memeliharanya,menyumpah seranah kucing ibarat menyumpah Allah yg menciptakan kucing sedemikian perangainya.Siapalah kita nak menyumpah seranah ciptaan Allah apalagi menghukumnya.abdghaniharon
Labels:
Kucing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment