Thursday, 27 August 2015
BOLEHKAH KIYA MENCAPAI HUSNUL QOTIMAH
BOLEHKAH KITA MENCAPAI HUSNUL QOTIMAH
Selesai kuliah malam tu,ada pengumuman dari ustaz yg mengajar buat kutipan wakaf untuk membantu pelajar membina pondok pengajian.Hj Ramli yg duduk ditepi saya berbisik,"Hang ada duit dak,aku pinjam sikit.Aku tak bawa duit,nak buat wakaf sikit."Ada beberapa ringgit yg saya bawa,saya serah sebahgian kepadanya lalu dia saya lihat berjalan berjumpa ustaz yg mengajar itu.
Selesai solat,ada kenduri di balai lintang masjid.Kebetulan saya duduk setalam dg Hj Ramli bersama seorang lagi,makan nasi dalam talam berlauk gulai daging dan acar timun nenas.Saya lihat Hj Ramli menyuap nasi dg kuah ,perlahan dan jarang suapannya seperti sengaja dia biarkan kami makan.Bila saya berhenti dan diikuti seorang lagi pun berhenti,saya lihat Hj Ramli baru bersungguh makan.Dia menarik semua butiran nasi dlm talam dibahagian saya dan seorang lagi , ke arahnya dan dia makan sehingga licin semuanya.Kemudian dia membawa takam utk dibasuh.
Apa yg saya ceritakan diatas hanya imbauan kisah lalu.Hj Ramli telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun dulu ketika dalam solat terawih di masjid di suatu malam Jumaat dibulan Ramadan.Mari kita ambil iktibar dari imbauan kisahnya ini.Orang yg teliti melihat kesempatan berbuat baik,tidak akan dilepaskan.Dia sanggup meminjam untuk berbuat wakaf hanya kerana dia tidak bawa duit ke masjid,tetapi tetaplah dia tidak mahu melepas peluang.Sedangkan orang lain mungkin memberi berbagai alasan,mengelak utk memberi ,atau jika memberi pun memilih duit syiling, tetapi insan ini sanggup meminjam.Ketika orang lain melihat permintaan untuk mendapat sumbangan sebagai suatu yg mengurangkan harta,dia melihatnya srbagai peluang yg kena direbut utk berbuat baik. Subhanallah.
Ada dua perkara yg patut direnung pada kisah makan.Pertama dia sengaja melambatkan suapan kerana mahu membiar orang lain makan lebih dari dirinya, dg maksud mendahulukan orang lain.Keduanya dia berharap untuk menjadikan dirinya orang terakhir makan kerana dia nak pastilan semua makanan dlm talam habis dimakan,tiada dibazirkan.Dia mungkin memahami hadis yg menyebut mungkin disuapan terakhir itu ada keberkatan,itulah yg hendak direbutnya.Mungkin inilah yg menajadikan pengalhiran hidupnya ketika bersolat dlm masjid.Allahuakbar.
Bandinglah diri kita dg insan ini yg halus perkiraan dlm hidupnya dan akhirnya Allah menjemputnya ketika dlm solat di masjid.Itu baru paparan satu malam bersamanya,belum lebih lama bergaul dan berkawan dgnya yg lebih banyak lagi ketelitiannya dlm hidup berpandu sunnah.Kita selalu berdoa agar diakhiri hidup dg husnul qotimah,kesudahan yg baik,tetapi apakah perlakuan kita,ibadat kita,hidup kita memenuhi ciri untuk mencapai husnul qotimah, kesudahan yg baik.Bukan dalam ibadat shj kita kena teliti,halusi tetapi setiap langkah hidup haruslah diperhalusi supaya berciri muslim.Jangan hanya dlm solat berusaha mengingat Allah,diluar solat langsung lupa.Jangan bila mengadap Allah penuh sopan,pakaian litup,berkopiah,bertertib,terapi diluar solat pakaian dedah sana sini,membonjol depan belakang,nak berkopiah takut dikata lebai dsbnya,tidakkah terasa seperti kita berlakon dan hipokrit dg Allah.abdghaniharon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment