Saturday, 15 August 2015
BERKREATIFLAH DALAM USAHA MENGAJAK MANUSIA
BERKREATIFLAH DALAM USAHA MENGAJAK MANUSIA
Tulisan kali ini saya nak hurai beberapa contoh program masjid yg boleh dibuat dlm usaha pengimarahan,membangkit penyertaan masyarakat untuk berbuatt baik,dan berfikir diluar kotak bagi yg mengurus masjid.Mungkin ini juga boleh dibuat secara persendirian.
Gambar ini diambil jam 5.15 pagi di kampung saya,arah menuju masjid.Perhatikan semua tiang letrik ada lampu,ini bukan taman.Semua tiang ini ditaja oleh orang ramai dg bil rm 10 tiap bulan.Manfaatnya,jalan sepanjang kampung cerah, pencuri pun agak cuak,Yang lebih penting lampu ini sebahagian dari kempen pengimarahsn masjid iaitu bila jalan cerah berlampu mudahlah jemaah khususnya wanita yg berbasikal atau berjalan kaki ke masjid.Ini juga membantu usaha pengimarahan masjid.Kempen menaja ini dibuat oleh pihak masjid semasa saya menjadi setiausaha lebih 10 tahun lalu.
Kini sudah lebih sepuluh tahun lampu ini ditaja.Bayangkan ganjarannya kerana memudahkan orang ke masjid dan membantu menjaga keselamatan masyarakat. Jangan bataskan usaha pengimarahan dg mengajak sahaja,tetapi selesaikan masalah anak qariah nak datang berjemaah,beri kemudahan utk mereka datang ke masjid dan mereka sudah tiada alasanJangan sempitkan ibadai dan berbuat baik itu hanya sekitar dlm masjid shj
Pihak masjid juga boleh mengambil daya usaha menyediakan wakaf air bertapia untuk orang ramai sebagai satu usaha memberi air minuman yg lebih baik untuk menjaga kesihatan penduduk terutama yg kurang mampu menyedia penapis air dirumah.Pasang penapis berkualiti tinggi dan mohon sumbangan wakaf unyuk membayar kos penapis dan bilnya.Memberi minum adalah antara yg disebut nabi sebagai sedekah yg baik.Menerusi program ini,terbuka ruang orang ramai utk bersedekah air,penduduk yg miskin mendapat manfaat dan masjid memperolehi faedah kerans penduduk sentiasa berulang ke masjid meskipun sekedar datang ambil air.Projek begini boleh juga dibuat secara persendirian dihadapan rumah seperti yg saya dah buat utk memasti kita bersedekah setiap hari.
Pihak masjid boleh mengambil dayausaha utk mengajak anak qariah bersedekah dg apa yg mereka telah tidak guna tetapi masih baik seperti pakaian.Ambil satu tempat letak kereta berbunbung di masjid,dan pasang dawai macam penyidai serta sediakan penyangkut baju.Ajak anak qariah yg ingin menyumbang pakaian terpakai datang sangkut pakaian disitu.Buat pengumuman kempen menyumbang dan juga mempelawa siapa yg nak ambil pakaian terpakai di situ untuk kegunaan sendiri.Masjid seolah menjadi pengantara antara yg nak menyumbang dan yg perlukan sumbangan.Ini juga kerja kebajikan iaitu mencegah pembaziran dan memperolehi pahala sedekah,walaupun dari bahan yg kita sudah tidak gunakan lagi, utk yg menyumbang dan meringankan beban hidup yg kurang berada,miskin.
Disamping itu mungkin boleh diletak meja utk sesiapa nak bersedekah yg selain pakaian.Contoh buah-buahan,sayuran,ikan dsbnya.
Apa yg saya nak sebut disini,kita kena kreatif dan berusaha mencari jalan untuk berbuat baik.Jangan jumud dg hulur duit ke tabung masjid,atau surau shj.Jwt kuasa masjid juga jangan jumud pemikiran duit masjid buat bayar bil api air dan beli alat shj,tetapi kena diluaskan kpd mempermudah masyarakat datang kemasjid,membantu dimana yg memerlukan,membantu yg tidak mampu,miskin,yatim supaya terlepas tanggungjawab masyarakat utk menolong mereka dan supaya mereka merasa terhutang budi kpd masjid.Program pengimarahan tidak berpusat dimasjid shj,buatlah program yg menyebab mereka terpaksa berulang ke masjid,walaupun pada awalnya bukan utk solat,tetapi utk keperluan lain,akhirnya secara bersnsur mereka mungkin berubsh.Jangan mengharap utk mengubah hati manusia bagai mengalih duit syiling,bagai drama Melayu dg satu ayat yg jahat sudah jd baik,satu ceramah habis sekampung insaf.Berkreatiflah dlm usaha untuk berbuat baik dan mengajak orang berbuat baik.Jika kita berbuat baik kpd orang,mudahlah mereka menerima ajakan kita, daripada marah,beri amaran,kata nista,mengherdik dsbnya.abd ghani haron.
Labels:
Kreatif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment