Monday, 24 August 2015
NAK BUAT IBADAT PUN MAHAL
NAK BUAT IBADAT PUN MAHAL
Seorang perempuan tua berjumpa saya dan bertanya ssya ada anjur korban ke tidak.Saya hanya buat korban pakatan dikalangan anak-anak dan sudah penuh seekor lembu.Dia berkata,"Saya pi tanya di masjid,depa kata sebahagian lima ratus lima puluh ringgit,mahainya.Saya tak la ada duit sampai sebanyak tu.Dulu tak ssmpai empat ratus."Kesian melihat dia.Saya membalas kata-katanya,"Korban tu sunat,kalau tak mampu tak buat tak apa.Kita jadi orang yang menerima daging korban,kerana orang yg menerima pun ada ganjaran kerana sempurna suatu korban bila ada yg membuat korban dan ada yg menerima daging korban."Dia senyum dan berkata,"Sungguh juga.".Dia minta diri.
Perasankah anda bahawa beberapa perkara ibadat yg melibat perbelanjaan kini sangat mahal berbanding dulu.Lembu dan kambing korban meningkat dg tinggi kerana bukan sahaja keadaan pasaran tetapi peniaga yg ambil kesempatan. Binatang korban dan aqiqah dijual bukan ikut saiz tetapi ikut umur iaitu umur yg memboleh buat korban atau aqiqah.Harga binatang ini jauh lebih tinggi dari binatang yg disembeleh di dan dijual di market ,mereka seolah menjual umur binatang bukan dagingnya.Ibadat umrah dikatakan meningkat 30 peratus dlm lingkungan rm 8k lebih.Nak ibadat berziarah makan kenduri sakit mati yg jauh ,minyak mahal,tol mahal.Bahkan jika mati,urusan juga sudah beribu kerana seperti telah diswastakan,hingga ada satu masjid mengenakan bayaran kpd imam rm150,tak kira saguhati solat jenazah,solat hadiah.Mahal setinggi mana pun,bagi yg diberi rezeki dg banyak,berbuatlah ibadat dgnya kerana kita mengembalikan rezeki kepada Allah dlm bentuk ibadat,lagi besar lagilah baik,kerana apa yg dibelanja ke jalan Allah itu akan kekal menjadi milik kita.š”abdghaniharonš”
Banyak orang suka tangguh ibadat.Nak buat korban tunggu ada duit banyak,duit lebih,nafsu selalu berkata tidak cukup bukannya lebih.Nak berumrah,tunggu tua sikit,takut bila pi umrah tak boleh buat dosa dah.Nak sedekah,tunggu duit lebih,tunggu ada semiaq-semiaq (loghat kedah)sampai bila pun tak lebih,nak berkenduri konon tunggu rezeki lebih,yg dipelahap tiap hari tu bukan rezeki ka,yg dibuang ke tong sampah yg dibiar merosak membusuk bukan lebihan rezeki ka.Tangguh utk buat ibadat kerana rasa tak cukup,sampai bila pun tak cukup.Akhirnya masa berubah,harga naik,beri alasan mahal,alasan tak mampu,maka kita terus tak buat ibadat.Ada orang tangguh aqiqah,sampai mati tak buat aqiqah,tangguh korban sampai terkorban maut tak pernah buat korban.
Bila ada perbelanjaan, buatlah ibadat yg boleh dg kadar ada,rebutlah.Nanti Allah akan cukupkan apa yg terkurang.Nak tunggu cukup,berlebih,nafsu tak petnah merasa cukup.Apa yg terkurang,Allah akan cukupkan.Itu satu ujian.Jika tidak mampu buat ibadat dg perbelanjaan,tambahkanlah ibadat dg tulang 4 kerat,solat sunat,puasa sunat,berzikir,membuat kerja kebajikan,menolong sesama manusia,menyeru yg baik,menegah mungkar.
Diketika matawang kita jatuh teruk, kita sepatutnya beralih untuk belajar agama di institusi dalam negeri,tidak lagi ke timur tengah.Sudah berpuluh tahun kita menghantar pelajar ke timur tengah,apakah mereka itu tidak boleh menjadi guru,pensyarah untuk diujud institusi khusus seperti universiti,setelah UIA,UKM tidak mampu menampung pelajar jurusan agama.Kenaikan kos pengajian agama diluar negara akhirnya akan menyebab berkurang pelajar dapat dihantar,maka berkurang pula dimasa depan mereka yg berpendidikan agama utk memimpin masyarakat.
Jangan tangguh utk melakukan ibadat.Lintasan pertama untuk berbuat ibadat atau kebaikan itu dari malaikat,lintasan kedua yg memberi alasan atau menangguhkan itu dari syaitan.Bersegeralah kamu dg apa yg ada utk berbuat kebajikan,apa yg berkurang,apa yg hilang dari akibat kita berbuat kebajikan itu akan diganti oleh Allah dg lebih banyak kerana rezeki di tanganNya.abdghaniharon
Labels:
Mahal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment