Thursday, 20 August 2015
BERBEZA PANGKAT DARJAT DI MASJID DAN MAJLIS KAHWIN
BERBEZA DARJAT PANGKAT DALAM MASJID DAN MAJLIS KAHWIN
Singgah solat jumaat di satu masjid,nampak seperti akan ada majlis dan tetamu VIP.Saya masuk,bersolat tahyatul masjid dan duduk beriktikaf di saf kedua di hadapan mimbar.Saya lihat ada 3 sejadah khas disaf depan berdekatan imam.Jemaah mula memenuhi masjid.Ada seorang tua yg berserban dan jubah kelihatan masuk mencari tempat dan bersolat di satu dari sejadah itu.Bila dia selesai bersolat,saya lihat seorang yg mungkin pegawai masjid datang berbisik dgnya,lalu dia bangkit dan mencari tempat duduk yg lain.Saya bertanya orang sebelah saya,"Apa hal?"Katanya,"Tempat itu dikhaskan untuk VIP yg belum datang lagi."Saya membalas,"Dalam rumah Allah pun ada VIP ka.Kesian orang tua tu,mungkin dia jemaah tetap masjid dan dia tahu kelebihan merebut saf pertama".
Saya hairan mengapa kita membezakan manusia hingga ke dln rumah Allah sedang Allah menyebut yg mulia dikalangan manusia pada pandangan Allah ialah siapa yg bertakwa,bukan pangkat kedudukan.Maka siapa yg masuk ke masjid,dia kena tinggalkan pangkat kebesarannya diluar masjid dan masuk sebagai hamba Allah seperti semua orang lain.Duduklah dimana tempat yg masih ada,kerana saf depan adalah untuk orang yg datang awal,siapa pun tidak boleh menanda haknya didalam masjid,kecuali imam masjid yg dikhas berada dihadapan saf.Hal begini terjadi dibanyak majlis yg berlangsung di dlm masjid.Saya mendengar kisah sultan Kelantan yg hadir bersolat di masjid dan bersolat dimana shj yg ada tempat kosong adalah suatu contoh yg tepat bilaberada dlm rumah Allah bagi seorang pemimpin.👓abdghaniharon👓
Seperkara lagi jika majlis berlangsung dlm masjid,kerap pengerusi dan yg berucap,menyebut kata aluan yg memuji pangkat kedudukan tetamu.Hal ini tidak sesuai kerana ini rumah Allah,kita semuanya sama disisiNya.Bahkan pemimpin bukan utk sanjung,dipuji tetapi mereka patut menghamba diri kpd rakyat yg memilih mereka.Jadi apakah mereka terus mahu disanjung hingga ke dalam majlis di rumah Allah.Apa kata Allah bila Dia memandang hamba sama shj,yg berbeza ketakwaan mereka.Pujilah Allah apa lagi dirumahnya,jangan yg lsin mengatasiNya.Berpadalah dg salam kerana itu kalimah yg besar utk manusia dari memuji Yang Mulia,Yang Berhormat,Yang Amat Berhormat...😡abdghaniharon😡
Bila menyentuh hal VIP dalam acara agama ini,saya nak lanjut kpd majlis kenduri kahwin walimatulburus yg juga suatu ibadah.Kelaziman yg berlaku ialah jamuan berbeza untuk VIP,kawan terdekat,pegawai sepejabat dg lauk diupgrade,tetamu lain makan lauk biasa-biasa saja.Cenderahati atau doorgift juga ada grade yg berbeza,antara orang tertentu.Kerusi tempat duduk dan khemah pun berbeza dg dome dan banquete bersarung.Mari kita merenung hadis ini
Rasulullah bersabda : “Janganlah bersahabat kecuali dengan orang-orang yang beriman dan janganlah memakan hidangan kamu kecuali orang yang bertaqwa.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Sabda rasulullah lagi : “Seburuk-buruk makanan yang dijamu ialah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari dua hadis ini menyimpulkan bahawa tidak patut dibezakan makanan dan layanan kpd tetamu dlm majlis kahwin,mereka semua bertaraf tetamu tidak kira pangkat darjat.Jika dikata buruk majlis yg menjemput yg kaya shj,begitulah buruknya majlis yg mengutama yg kaya dari yg miskin,yg berpangkat dg orang biasa.Bahkan yg patut diutamskan,diVIPkan dlm majlis kita ialah orang yg bertakwa dan anak yatim,fakir miskin.Mereka bukan tetamu sampingan utk meramaikan shj,sepatutnya kepada merekalah jamuan diutamakan mengikut sunnah.
Saya nak ajak anda semua memikir hal ini dan berubah.Pokoknya dalam ibadat tidak ada kasta,jurang darjat pangkat,miskin kayanya.Pada pandangan Allah hanyalah ketakwaan,bukan apa yg dipakai,apa yg disanjung,apa yg dimulia oleh manusia.Berhentilah dari membezakan manusia dlm rumah Allah,dalam majlis peribadatan.Mereka yg menjadi VIP sendiri patut sedar diri dan malu untuk disanjung dirumah Allah,sepatutnya mengenepikan kedudukan bila berada dimajlis keagamaan.abdghaniharon
Copy/share dg mengekal nama penulis.Sengaja membuang nama penulis adalah suatu yg khianat dan memalukan.kerana akhirnya akan diketahui penulis asal.
Labels:
Darjat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment