RAGI DAN PULUT BERCANTUM MELAHIRKAN TAPAI YANG MANIS
Memerah otak untuk mencari idea nak menulis sudah berjam,tak juga dapat.Terfikir juga,apakah Allah tidak datangkan ilham kerana hari ini saya belum berjumpa sesiapa pun,terperap dirumah.Tetiba telefon berbunyi dan ada whatsapp masuk.Tapi apa yg ditulis tidak difahami,bila saya bertanya,rupanya tersilap tekan dan pengirimnya meminta maaf.Saya segera membalas dg maksud memaafkan dan serentak itu datang untuk mengulas hal ini,kelebihan memaafkan.
Allah jadikan manusia dg sifat kekurangan,antaranya ialah membuat kesilapan,melakukan kesalahan,tetapi ia ditebus dg sifat meminta maaf.Semua orang akan terbuat silap,tetapi Allah menawarkan ganjaran besar bagi mereka yg memaafkan.Rasulullah s.a.w bersabda:Siapa yang memberi kemaafan (ke atas kesalahan orang), padahal ia mampu bertindak balas (di atas perbuatan tersebut), Allah akan memaafkannya, dihari yang susah” (Riwayat Thobroni)
Allah menyebut dlm surah An nur "..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?" Dan dlm surah As Syura"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah ..."
Ada orang melihat bila orang lain yg berbuat silap kpdnya lalu meminta maaf,sebagai peluang utk balas balik,maka terhamburlah leteran,sindiran,amaran,lebih teruk bercerita pada orang lain hal orang minta maaf kpdnya.Ini beroleh dosa,tidak beroleh kebajikan.Sedangkan bila ada orang meminta maaf,ia ibarat Allah datangkan peluang untuk kita memaafkan dan dapat ganjaran diampun dosa kita,diberi pahala yg besar.Marilah kita melihat bila orang minta maaf itu sebagai peluang berbuat baik,bukan peluang membalas dendam,peluang memuaskan hati.
Bila kita memaafkan,kita sudah menadam semua tuntutan kpdnya,bila kita memaafkan semua orang,kita telah tidak ada sangkutan lagi dg sesiapa.Jika lebih ramai yg kita maafkan,lebih besarlah ganjaran kpd kita,lebih luaslah pengampunan Allah pada dosa kita.Jadi maafkan semua orang meskipun mereka tidak meminta maaf,dan mohon maaf kpd semua kesilapan kita kpd semua orang.Saya pernah menulis,alangkah baik setiap pertemuan dg orang lain diakhiri dg memihon maaf kerana kita mungkin buat kesilapan yg tidak disedari walaupun sekadar tersilap memilih kata atau nada suara yg sedikit keras atau gerak badan yg tidak menyenangkan orang lain.😊abdghaniharon😊
Marilah kita mengambil sikap bahawa yg membalas setiap sesuatu keburukan yg dilakukan kpd kita hanyalah Allah,kita jangan berusaha membalas keburukan dg keburukan juga.Umpatan jangan dibalas dg umpatan,fitnah jangan dibalas fitnah,Tetapi balaslah keburukan dg kemaafan dan berlapang dada.Kecuali bila sesuatu tindakan buruk yg menyebabkan ancaman nyawa dan harta,gunakanlah saluran perundangan dan hukum,serah kpd pihak berkuasa,bila pelaku terhukum,maafkanlah dia.Balaslah kebaikan orang kpd kita dg kebaikan juga, dg pujian dan rasa syukur.
Dunia ini tentu lebih aman bila kita saling bermaafan.Hidup kita juga akan lebih tenang.Merendah dirilah untuk memohon maaf kerana lebih tinggi iman seseorang,lebih lagilah dia merendah diri.Meminta maaf selalu dipandang sebagai memalukan,tetapi hakikatnya ia suatu sifat baik disisi Allah.Mereka yg memaafkan pula diangkat dg berbagai kelebihan seperti dlm hadis diatas,bukannya seperti setengah orang menganggap yg memaafkan itu lemah,penakut,bacul..Jadi berhentilah dari bermusuhan,bermasam muka,berselisih faham,marilah bersama bergandingan mendapat keampunan Allah dan ganjaran yg besar disisinya..Maka dg itu perselisihan antara kita menjadi satu rahmat kerana ada yg mohon maaf,ada ada yg memaafkan dan Allah merahmati mereka berdua ibarat ragi dan pulut yg bergabung menjadi tapai maka lahirlah rasa manis.Allahuakbar!Allahuakbar! abdghaniharon
CATATAN: Pesanan buku Bicara Mata Hati edisi 1 dan 2 boleh dibuat dg mengirim alamat ke wassap/sms 0124120846 utk dipos.Tiada harga ditetapkan,hanya sumbangan utk projek sedekah jariah,wakaf air bertapis,quran dan kerusi roda kpd yg memerlukan.
No comments:
Post a Comment