JANGAN MENANGGUH REZEKI ORANG LAIN
Seorang tukang rumah yg duduk berbual dg saya di surau bersungut,"Tak ada duit hari ni.Buat kerja perbaik dapur rumah,dah siap seminggu,tuan rumah tak bagi upah lagi."Kesian mendengar,saya tawarkan duit untuk belanja tetapi dia tolak kerana katanya masih ada yg boleh dimakan anak-anak di rumah.
Mai kita merenung insiden ini.Banyak orang suka menangguh bayaran kepada sesuatu kerja dengan bersembunyi dibalik kalimah tangguh sat bayaran sehari dua,seminggu dua.Itu hutang namanya.Dari upah mesin rumput,perbaik paip,letrik,kerja pembaikan kecil hinggalah ke kontrak kenduri kahwin .Sabda Rasulullah,”Berilah upah sebelum kering peluhnya dan beritahulah upah itu hasil kerjanya”(Riwayat Baihaqi.)
Jelas nabi mengarahkan supaya upah disegerakan sebaik kerja ditunaikan.Jika kerja itu suatu ibadat,sebaiknyalah ditunaikan segera upahnya supaya amalan kita terangkat ke langit,tidak terhutang.Mereka yg melakukan kerja adalah kerana memerlukan duit,maka penuhilah tujuannya.☺abdghaniharon☺
Mengupah atau meminta khidmat juga seperti jual beli yg perlu ditunaikan.Jika ianya beres,menjadi ibadat,menjadi kebaikan,jika tertangguh,tertangguh juga kebaikan bahkan bila yg memberi khidmat amat mengharap,yg menerima khidmat mungkin mula terpalit dosa,engkar suruhan nabi.
Kenapa bila nak ke Tesco,ke Giant,kita pastikan ada duit baru pergi.Bila nak ke KFC,PizzaHut,ada duit baru pergi.Bila beli,bila order makan terus bayar tunai.Tapi bila buat kenduri tahlil,kenduri kahwin,bayaran kpd caterer tangguh sehari dua,seminggu dua,tulis cek tarikh kehadapan.Nak kira duit salam.Sepatutnya,kenduri yg merupa suatu ibadat tidak boleh ditangguh bayarannya supaya tamat dan sempurna ibadat tersebut.Menangguh bayaran seperti merelakan syaitan menyelinap masuk merosak ibadat tersebut.
Dari sudut lain,Allah menurunkan rezeki kpd orang yg mengambil upah bekerja dg memberi khidmat itu melalui kita yg meminta khidmat.Maka jika kita tangguhkan bayaran upah,ibarat kita menangguh rezeki yg Allah turunkan kpd dia,dan rezekinya ada dlm tangan kita.Berbimbanglah takut Allah menghukum kita kerananya.Jika kita bertugas dijabatan yg mengurus pembayaran, berusahalah memenuhi amanah menyegera pembayaran,jika kita ketua disuatu pejabat,arahkanlah segera pembayaran kerana hadis ini juga merangkumi hal ini.Bahkan jika dihalusi,bil letrik,air,telefon juga perlu dilunasi segera sebaik bil disampaikan untuk menjadi muslim yg lebih baik,memenuhi tuntutan lunaskan upahnya sebelum kering prluhnya,iaitu bersegera membayar.
Begitulah juga hal lain,segerakan membayar upah biar sekecil mana upah tersebut.Bila kita memberi kerja,kita telah menyedia wang upahnyaJika gaji bulanan,tunaikan bayaran pada tarikh yg dijanjikan.Hidup ini ibadat.Setiap perbuatan yg baik adalah ibadat,sempurnakanlah ia tanpa cacat,sebaiknya menurut sunnah,menurut yg dianjurkan oleh Rasulullah.Seorang sahabat saya suatu hari minta pinjam duit dipekan kerana katanya nak tukar tayar motor yg koyak tak cukup duit,bila saya tanya minta tangguh sat bayaran pada mekanik tu, katanya,"Cikgu,menangguh upah bercanggah tuntutan sunnah,minta berhutang, seketika aku rasa lebih baik dari menangguh upah." Fikirkanlah.abdghaniharon
No comments:
Post a Comment